Tuesday, February 24

.kita.

Song played : Incomplete by Backstreet Boys
Place : Cube G14.

Hello. 

Aku tak tahu apa aku rasa. 
Aku tak pasti aku mengapa. 
Aku sendiri tak mengerti salah apa atau di mana. 

Cuma, jauh di sudut hati aku terluka. 
Perasaan aku tercedera. 

Andai saja aku bisa mengungkap sebuah rasa ini dengan memejam mata, 
pasti bertaburan kata-kata yang indah bercampur cela. 
Aku juga tak pasti susunannya adalah seperti apa, 

Aku yakin sekelumit apa perkara di dunia, 
penceritaan dan pengajarannya pasti muncul jua.

Apa yang aku tak yakin adalah benarkah ini perasaan aku semata?
Atau kau juga berkongsi rasa yang sama?

Maaf, tetapi mengapa harus kita?

Silakan beri aku jawapan dengan segera,

Monday, January 26

.mak.


Song played : Young and beautiful by Lana Del Rey.
Place : 446, KPJ Hospital Shah Alam.

Hello. Saban hari aku menghitung detik untuk duduk terpacak mencurah sesuatu. kadangkala ada juga rasa mahu bercerita melalui telefon pintar ku saja, tapi ruang nya yang kecil berbanding Laici ni buat aku tak puas, rasa tidak cukup lebar hamparan kertas untuk aku celoteh sini sana, 

Ya, ya, aku tahu sudah masuk tahun baru. Salam 2015. sudah 26 hari di tahun baru ini berlalu. oh, hampir ke penghujung bulan juga nampaknya. serius, aku terlalu sibuk. kalau kau cukup kenali aku, kau akan tahu rutin hidup aku bagaimana padat sendat nya. aku juga kadangkala benci. 

Hampir 3 bulan ini, setiap hujung minggu aku berisi pudat. jika aku cuba untuk imbas kembali apa yang jadi saban waktu, aku kira aku masih bisa mengingati setiap satu peristiwa. aku tahu, setiap masa terlepas tak mungkin kembali. aku tahu, setiap perkara yang terjadi ada hikmah. aku juga tahu, walau kau hidup bermewah berwang dan berharta, kasih sayang keluarga lah satu-satunya perkara yang kau tak mungkin dapat jual beli. 

Ya, aku di hospital dan aku sedang sakit menahan sendu tangis aku dek kerana jam sudah 1.39 pagi dan aku berada di sini, di sudut ini mengharap cahaya Laici. 2 bulan lepas, aku ada menemani Mak di hospital. tak lama, tapi 3 4 hari aku tidur bersama Mak, Mak bukannya sihat sangat. kesihatannya lebih parah di dalaman. kau tahu? kemurungan adalah punca kebanyakan penyakit. apa sebabnya? pelbagai. dan saat ini, aku di kerusi yang agak empuk di sudut bilik 446 memandang Mak yang tidur diselangi dengkuran dan pernafasannya yang kurang lancar. tersekat-sekat dan terbatuk-batuk di tengah malam sehingga mahu saja aku turunkan Mak dari katil dan berharap aku baring di situ dan melalui semua itu. ah, Mak bukan pandai menipu. Mak tak kuat. Mak berpura-pura segalanya baik dan segalanya Mak boleh lalui. aku tahu, hati  Mak tak tenang. ada juga perkara yang Mak kurang senang. entah apa, sehingga hari ini, aku masih belum berjaya gali rahsia hati Mak. Mak, risau apa sebenarnya ni?

Aku kecewa. aku mungkin tak dapat jaga mak sebaik adik beradik yang lain. aku pun bukan punya harta berguni untuk aku tabur pada Mak Abah. aku tak mampu mengadakan apa yang mereka yang lain beri. jauh di sudut hati aku, aku hanya nak berkongsi rasa hati mak. sakit pening mak. cukup dapat sapukan minyak di badan Mak apabila dia kelihatan kurang selesa dan cukup tenang hati ini bila aku dapat selimutkan Mak sebelum tidur. 

Pada keamatan aku, adalah kebiasaan bagi Mak meminta aku mengikat rambutnya. mungkin adalah kegemarannya juga untuk belek-belek uban dan kelemumur di rambutnya. pernah juga sekali aku bertidak menjadi tukang gunting tatkala aku lihat rambut Mak panjang keterlaluan. oh ya, Mak lah 1st customer dan mungkin satu-satunya pelanggan aku. 

Mungkin tak banyak kenangan aku bersama Mak. atau mungkin juga aku bukan anak yang cukup baik untuk mendoakan ibu bapa dalam setiap sujudku. tetapi setahu aku, jika Mak kata jangan, adalah sebabnya. kalau Mak kata tak usah, ada lah tu kenapanya. aku tahu aku bukan jenis menurut membuta tuli, tapi kalau itu kata Mak, aku ikutkan saja, mungkin dulu kerana aku jelak mendengar bebelan Mak, tapi sekarang aku pasti aku menurut kerana aku sudah dewasa. aku rela menurut kerana aku sayang Mak. 

Aku rasa, kita semua tahu bahawa kita langsung tiada pilihan untuk memilih siapa ibu bapa kita. Tapi, aku pasti, jika kita diberi pilihan memilih siapa yang layak jadi ibu bapa kita, sudah tentu kita masih tetap memilih apa yang kita telah sedia ada. Aku mahu dan aku harap anak-anak aku kelak dapat rasa apa yang aku rasa, dapat cinta dan kasih ke aku sepertimana aku aku berbahagia punya keluarga aku yang sekarang, keluarga yang kurang nikmat mewahnya, tetapi penuh dengan kasih sayang, 

Jika ada di antara kau semua yang pernah sedetik berfikir untuk tak punya keluarga atau ibu bapa sekarang, aku kira kau patut dicela kerana kau antara contoh manusia yang tak layak punya apa-apa. 

Pejam mata dan bayangkan wajah setiap satu ahli keluarga kau, dan pandanglah dengan hati, hati yang penuh rasa cinta dan syukur.

Semoga Mak dipanjangkan  usia, diberkati Allah SWT selalu hendakNya. Salam Lima Belas.