Monday, January 31

_kembali_

..ya Allah. sesuatu mengganggu fikiran. sesuatu mengusik minda. sesuatu mengocak hati. semacam ada yang tak kena. ada yang kurang. ada yang pelik. tapi, apa? kenapa tidak beritahu saja? arghh. misteri sungguh hidup ni. misteri lagi sang hati ni. tak tahu apa kehendak sebenarnya. letih laa. serabut. dalam hati.

wahai sang hati.
usah kau bercanda.
jangan kau menduga.

tolonglah, menari.
kenangkan kembali.
semua detik abadi.

aku mahu diriku
yang dulu.
silakan kembali.

_mungkin_


..cuaca gelap. langit hitam mendung sentiasa. hujan sepanjang hari. sejuk dan tenang. tak dapat balik shah alam tadi. berehat je la bersama keluarga. betul punya berehat. tidur. tidur. dan TIDUR. haihh. tidur ni kalau dilayan sampai bila pun tak cukup. sampai ter missed lunch dengan family tadi. tak patut betul. diaorang pun tak paksa bangun. faham laa tu letih macam mana. terima kasih mak abah sebab sangat-sangat memahami. tapi, betul. rasa sangat rugi tadi. menyesal pun ada. balik cuti seminggu sekali. kadang-kadang busy dengan hal uni dan berlibur sana-sini, sampai dapat balik hari je. hmm. pernah jugak tak sempat balik sampai mak abah yang terpaksa datang. teruk. rasa macam pentingkan diri pun ada jugak. ya Allah, ampunkan aku. hidup sebenarnya penuh dengan masalah, dugaan dan cabaran. mulut senang je cakap, masa tak cukup. waktu tiada. tapi, jauh dalam hati kita sedar, kita yang tentukan. masa ada, tapi disia-siakan. waktu itu kita punya, tapi sengaja dilengahkan. jadi, kenapa menuding jari bila segala perkara gagal dilakukan. gagal disiapkan. dan gagal disempurnakan. semuanya salah kita. ya, kita sendiri. mungkin kerana pentingkan diri, mungkin sebab terlalu ego, mungkin kerana kita fikir hidup ini hanya kita. tak perlukan nasihat dan pendapat sesiapa. betul, hidup tak harus terlalu bergantung. kita mesti belajar berdiri sendiri. tapi, itu tak bermaksud kita tak perlukan sesiapa. kita perlu keluarga, teman, kawan-kawan dan orang sekeliling. semuanya membantu dan menyumbang untuk kita teruskan perjalanan hidup ni. satu perkara, lebih baik berfikir jauh atau kita mungkin akan menyesal suatu hari nanti atas tindakan dan tingkah kita sendiri. mungkin alam dan orang sekeliling tampak remeh bagi kita. semuanya sebab kita tau mereka sentiasa ada. wujud setiap masa. hingga kadangkala kita terabaikan hati dan perasaan sesiapa. lumrah manusia, cepat lupa. pada saya, satu perkara. biarlah orang lain bersikap angkuh. biarlah anak lain lupa diri. biarlah lelaki itu lupa tanggungjawabnya. biarlah gadis itu lalai mengabaikan kewajipannya. kita, berhenti menyalahkan. berhenti membebankan. biarkan saja mereka yang lain. kita? harus tau siapa diri kita. apa tanggungjawab kita. ke mana hala tuju kita. apa yang kita nak buktikan dalam hidup ni. bercakap perkara baik tak semestinya mempamerkan siapa diri sebenar seseorang. hati itu, cuma kita yang kenal. cubalah sebaik mungkin, kita pasti gagal menipu diri sendiri. saya bukannya insan sempurna, mengingatkan orang lain juga membuatkan kita sentiasa beringat. sekurang-kurangnya, kita masih sedar. masih waras. dan sekurang-kurangnya, lakukan apa yang kita rasa patut dan selayaknya, sebagai seorang anak. mungkin anak lain tak seperti kita. mungkin lebih, mungkin kurang. cuma, kita lakukan apa yang patut. tak salah kan? tak susah kan? ya, dan saya masih mencuba..

Saturday, January 29

_sure_

..some says

it got a big shot deal

and thrown it all away..



..but, Im not too sure

how Im supposed to feel

or what Im supposed to say..



..Im not, not sure

not too sure how it feels

to handle everyday..



..make room for the prey

because Im coming in

with what I want to say..



..and its gonna hurt me

and I love the pain

a breeding ground for hate..



..remember today

and I miss you love

and dont miss use the love..

_tenang_

..hey, yeah. its 4.52AM now. and, like usual. Im still awake. surprisingly, tak ada satu pun tingkap di blok lain yang lampunya masih menyala. saya pasti, hanya kotak kecil ni yang penghuninya masih segar menghadap si biru ni sejak petang tadi. entah lah buat apa. hari ni biasa je. cuma, lebih aman dan tenang, mungkin? dah dua minggu agaknya hidup terkejar-kejar, berlari-lari, pecut ke sana sini, fikir dan uruskan segala macam perkara, akhirnya dapatlah satu hari yang sangat tenang. fuhhh! hmm, tenang laa sangat kan sebab tidur lambat, bangun tengahari kejap, celik mata, golek-golek, tarik selimut dan tidur balik. tak ada apa yang nak dibuat pun. tak ada apa yang nak dihantar pun. tak ada apa yang nak disiapkan pun. dan tak ada menunggu sesiapa pun. sangat gembira membuang masa hari ini. alaa, sehari je. esok dan hari seterusnya balik kepada asal. get back on track. macam selalu. busy dengan urusan seharian. dan dengan gembiranya, hidup kembali lengkap dengan si biru ni. semua dah okay. tak laa perfect sangat, tapi keperluan hidup yang dulunya hanyalah kehendak, sekarang ni dah melekat je. kalau tak ada, merana jugak laa kan. hee. yea, make it simple. the only thing I want to say is, I have no complaint about today. I mean yesterday. 28 January 2011. ouch, lupa pulak. tarikh ini, 3 bulan yang lepas sesuatu telah berlaku yang mengubah hidup saya sekarang. thanks to YOU..

Thursday, January 20

_ceritera_

..ini cerita tahun lepas. sebulan yang lepas. bulan yang sangat memenatkan, tapi menarik. berlari penat, membuatkan saya lebih bersungguh-sungguh. bergegas, mengajar saya untuk lebih menghargai masa. kejutan, menjadikan saya lebih bersedia. dan, kenangan menunjukkan saya erti sebenar rindu. yea, saya rindu. saya buat semuanya dengan rela. saya nak gembira. saya nak rasa apa itu bahagia. walau saya tak tahu mana hujung jalan ceritanya. walau tak pernah satu pun janji cuba di beri, ya, saya mengerti. kita berjalan di landasan berbeza, dengan matlamat hidup yang hampir sama. malang sekali, ia selari. sehala laluannya. tiada pasti pertembungannya. tak apa, saya masih mampu mengerti. kejutan itu buat kita sama-sama tersenyum. kaget membaca tingkah masing-masing. mungkin gembira itu sebentar cuma, tapi kenangan itu tetap ada. dari situ, wujudnya rindu. ya, saya masih rindu. thank you so much for every single thing. kadangkala, hidup ini harus dibiar begini saja. usah dirancang keterlaluan, usah difikir terlalu dalam, usah dikaji hingga ke akar umbi. biarkan saja ia berlalu mengikut kehendak takdir. take a risk, make a mistake, or else you would never learn. kita? tarik nafas dan nikmati hidup sebaik mungkin..

_experience_


..yeah, thats me. Im so slow, man. with that huge red camping bag filled with basic needs and of course a lot of foods! it was Chrismast. it was 25 and 26 December 2010, my friends and I went to Gunung Nuang to have some kind of challenging holiday, perhaps. I slept only 2 hours the day before and we after all started the journey at 10 early in the Chrismast morning. it took us about 3 1/2 hours tiring and slippery walk. it was my cheap dirty old sport shoes actually that doesnt help me much. two bottles of 100plus drink is not enough. you absolutely need more. yea, its heavy. I know. something happened that night, we decided to stay and rest at the base camp. those who joined the expedition knows better. haha. it was damn cold and empty night. but, it cant be denied that I really enjoy it and had so much fun and experience there. too much things to be said. backache, shoulder pain, legs hurt, lack of oxygen, hot day, not enough water, river, nice green jungle, hot tea and biscuits, heavy bag, and friends around. I guess all that answer my question that keeps lingering before this. this is my first experience climbing a so called mountain. Im satisfied, enough said.

_tunggu_

..alhamdulillah. selesai semuanya. tinggal tunggu finals je. less than 2 months. tak banyak yang dapat dikongsi. macam biasa, exam gila susah. dah tentu la tak dapat nak siapkan. dah tentu la tak cukup masa. enam atau tujuh soalan yang memerlukan 2 pages jawapan untuk setiap soalan, dalam masa 2 jam? memang tak cukup la. 20 minit pertama pun da bazir. baru nak masuk exam on time, nak tulis nama lagi, baca doa, check sana sini, draft jawapan, state cases and section sekadar yang mampu diingat, coret sana, conteng sini, dan baru nak mula. haa? manala sempat kan? haha. alasan saya je tu. kalau orang lain boleh okay, kenapa tak saya? sama-sama manusia kot, kan? apa pun, sesuatu terjadi lately. haihh. ingatkan saya tentang 20 Januari setiap tahun ya? 20.1.2016, kita bertemu semula. saya janji. saya tunggu. semoga Allah panjangkan umur kita. semoga kita, tetap diri kita..

Saturday, January 8

_exam_

..hola. ada banyak hal yang nak dicerita. ada banyak perkara yang nak di luah. ada banyak cerita yang nak dikongsi. tapi belum berkesempatan. cerita tahun lepas pun masih bersisa lagi. nanti saya habiskan eh? err, midsem minggu depan. 10-15. ini adalah second last exam in my degree. after finals, then no more yellow papers for me. yeayy! tunggu la masa mengizinkan dan semuanya selesai, boleh conteng laman putih ni untuk tahun baru pulak..

Monday, January 3

_sebelas_

.. HELLO TO THE WORLD. a sincere smile from me to the world. (",) HAPPY THE THIRD DAY OF A NEW YEAR. lets make a new start. new chapter. new story line. with the same deadpan writer. HOLA 2011..