..okay. memandang hari sangat indah. hati sangat tenteram. mood sangat tenang. otak boleh berfungsi dengan baik. saya nak review sikit pasal hidup saya yang SANGAT stress dan serabut seminggu dua ni. haihh. Allah je laa yang tau. ni kalau esok lusa nak buat report log book untuk internship, refer sini je laa. tak pun, bagi je link ni pada Mdm Z. haha. saya gila. okay.
..first day, rasa tak sabar. tapi dah tau kerja tu memang stress. sebab masa traning a week before official commencement date, saya dah kena balik pukul 7. habis, kalau lepas seminggu? sebulan? 3 bulan? 6 bulan? balik pukul berapa pulak? tak faham sungguh. so, that day, pergi macam biasa. jalan kaki tak sampai 10 minit. setakat ni, paling lambat saya jalan, 8 minit. paling cepat boleh sampai dalam masa 5-6 minit. dekat. bangun pukul 8 pun Insyaallah, sempat. okay, pagi-pagi. masuk meeting. ONE BY ONE. adoi. mengalahkan meeting menteri agaknya. rupanya, dia memang buat macam tu sebab nak talk in person. nak tau progress setiap seorang. haihh. selagi turn tak sampai, selagi tu tak boleh buat kerja. hati gundah gulana!
..sepanjang minggu pertama, masih tak faham. masih terkial-kial buat kerja. dapat satu file, review satu case, IM STUCKED. terkedek-kedek refer sana. bukak sini. klik old files. S, budak intern lama ada laa ajar sikit-sikit. tapi, BLUR. saya tak pernah macam ni. rasa teruk gila. lunch hour, tak pergi makan. tak ada selera. pergi toilet bawah. buat apa? MENANGIS laa! nak makan apanya? ada lagi dalam setengah jam je masa pun. gila tak sempat. SANGAT TENSI. masa berjalan sangat cepat, tapi hari berlalu sangat lembap! menyampah! and for the whole week, balik hanya selepas 8.45. MALAM okay? firm gila. honestly said, I didnt get the idea what am I working on. masa tu laa. ye lah, dapat case setahun lepas. mana laa saya nak tau apa sequences case tu dulu. tak ke amik masa setengah jam jugak nak baca setiap file? pastu, kena marah. sebab? SLOW. delay work too long. tak buat itu. tak buat ini. laa? dah saya tak faham. macam mana nak buat cepat. and, kena marah sebab tak tulis dalam notebook every single process of learning. Ms L oi, kalau saya sibuk tulis apa yang awak cakap, bila saya nak faham technically apa yang awak tunjuk dan ajar. kat campus life dulu pun, dengar lecture. balik, revise. thats me. lagi satu, takkan cara guna mesin photostate pun nak tulis dalam buku? I know Im not a superman to remember everything. TAPI, superman ada ke menulis dan menghafal macam kita? YOU GUYS INSANE. heh! Ya Allah, minggu tu berlalu dengan air mata kat bantal setiap malam dan hati yang sebal setiap kali nak pergi kerja. wtf.
..masuk minggu kedua. hati dan perasaan masih macam tu. tapi, bisik kat hati. kuatkan semangat. banyak perkara dah saya tempuh. this is just another phase of my life. bukan apa, saya mengaku. saya tak biasa kena marah. saya jarang kena sound dengan lecturer zaman belajar dulu. susah jugak mak abah nak marah saya sebab saya selalunya akan dengar cakap. benda betul, kita dengar laa kan? and now, when a stranger told me to do this and that, I just felt awful. and sucks. rasa tak boleh terima. manja betul! baru sedar. haihh. tu laa, everything in my life seems perfect. walaupun tak semua, but at least saya still boleh handle. sebab tu bila jadi macam ni, mudah je nak give up. apa punya orang laa. adoiyai. dalam second week ni, baru jumpa big boss. she's okay. tapi garang gila. and sangat bossy. laa? dah dia boss. nak buat macam mana lagi. and one thing about this freaky firm, they are not teaching me how to do things, they were just giving instructions and expect people to understand and get everything in order on time. okay, saya boleh terima tu. saya dah biasa working under pressure. but, could some one at least TEACH me first?? looooooooooonggggg SIGH! macam mana saya nak handle case yang dah kat tengah-tengah if I dont even know what was the client's problems in that case at the first place? haiyyaa. I just wonder, diaorang dulu kerja memang terus pandai ke? wow, SANGAT HEBAT laa kalau macam tu. clap clap clap!
..pheww. after all, saya dah okay. SIKIT. tengoklaa sampai hujung bulan ni macam mana. basically, saya dah faham the whole procedures from A to Z. dapat case apa pun, dah tau nak buat macam mana. cuma, masih slow lagi. ye lah, business melibatkan overseas clients and money. kena laa hati-hati. kang kalau rugi? ahh, bukan firm saya pun kan? HAHAHA. setakat ni bila dapat new instruction, saya boleh handle. salah sikit-sikit tu biasa laa kan? tak salah, kita takkan tau. takkan belajar. its okay then. tapi? ada TAPI lagi? ada! saya masih tak boleh tahan yang part kena tahan setiap kali nak balik awal. haihh. kerja berlambak setiap hari. seriously, saya kena hadap benda ni sampai hujung tahun?? serious ke ni? adoi. Ya Allah, tolong permudah hari-hariku.
..I wish I could be just fine after this long holidays. I wish. keep wishing.