Monday, November 21

_azam_

..baru-baru ini, self-esteem aku lemah. banyak yang terjadi. selama ni aku tak pernah kisah. aku tak pernah ambil port. bila tengok orang, aku senyum. bila orang tegur aku, aku senyum.bila pandang diri, aku senyum. namun, aku sendiri tak ambil peduli. aku malas pada perkara remeh temeh. aku diajar menyelesaikan perkara sulit yang membawa impak besar. namun, aku tak dipupuk menjaga perkara remeh yang mungkin menimbulkan kemudaratan akan datang. tiba-tiba sekarang, aku tersedar. gara-gara suara sumbang memekik pada telinga aku. seolah-olah mengejek dan meng'eleh' pada situasi tegang yang aku alami. lantaran itu, aku punya azam baru..

tahniah pada kau yang menyumbang pekikan dan lolongan.
dan tahniah pada aku yang naif tentang kehidupan.

_maaf_

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

uhh. 
bait-bait indah petikan lirik lagu dari Jamal Abdillah. 
ahh.
 bukan itu yang aku pedulikan. 
tapi bait yang ini. 
yang bawah ini. 

"Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku"

bait-bait ini. yang atas ini.
ya.
yang di atas itu.

Wednesday, November 16

_honest_

Level 5, while waiting for the lift..

B  : Ahaa. There you are. Where are you going?
m : Err. Home.
B  : What bike you are riding?
m : *smile* A scooter.
B  : What kind of scooter?
m : Ego.
B  : You mean ego as in E G O?
m : Yes. *fake smile* Ego S. not Egois. (What the hell?!)


Walking into the lift. Pressing G4 and B3 buttons.

B  : Haha. You are funny.  Where are you heading to?
m : My place? Kelana Jaya.
B  : That's quite far. You didnt bring any jacket?
m : No, its not that far. It took me only 20 minutes to arrive here. (F*ck! why must I told him?!)
m : Hmm, jacket? I am wearing one right now. *fake smile again*
B  : Owh, I thought it was your shirt. You know what? I took almost 45 minutes from here to Kelana Jaya. You are much better with a bike than a car. *laughing out loud* You just bought it a month ago, dont you?
m : *totally fake smiles* (What's your point old man?!)
m : No, I bought it since 2008. And that was three years ago. 
B  : Great! you can go to court by scooter after this. Not that far, right? Hmm, from here to Kelana Jaya is only 20 minutes? That is far but you are fast. 

TINK TONK, G4.
m : Its G4. Im leaving. See you tomorrow. 
**walking out and not very sure whether to look back and smile or..**
B  : Well, of course. Take care.


Sometimes, you are just being honest and speaks through your heart, but it turns out worst. bad. VERY BAD! stupid.

Saturday, November 12

_bebas_

 ..dan apabila tiada muncul rasa bersalah itu dalam dirimu, walau pada mata dunia kau telah mengingkari garisan lurus, 


tetapi kau tetap kekal berjalan terus tanpa sekelumit rasa robeknya ia, 


maka dengan itu, kau adalah si pelaku bebas. insan yang bebas hatinya..

_sengaja_

 ..arghh. sengaja aku tahan perasaan. sengaja aku tak mahu mencoret. sengaja juga aku enggan melaung luahan rasa. memang sengaja aku menunggu masa menukar detik. ya, aku sememangnya berniat untuk tidak menarah apa-apa tika hari menginjak masuk ke 11.11.11. sengaja juga aku biar hari berlalu tanpa bicara supaya tiada apa bisa dijadikan kenangan pada tarikh bertuah ini. aku yang dulunya pencinta tarikh-tarikh keramat, kini tidak mahu lagi hidup berteman memori. bila kenangan melekap pada setiap tarikh keramat tersebut, aku jadi tak keruan bila saja tarikh tersebut tiba saban tahun. ini bikin aku bertambah benci menghitung hari. walau apa pun istimewanya. jadi, hari ini memang aku sengaja. entah apa lah istimewanya. aku tak tahu, dan aku juga tidak mahu tahu. dan tolong jangan beritahu aku. 

*gelak sinis* 

tarikh keramat? istimewa? oh, konon saja. 





maaf, aku peduli apa.

Thursday, November 10

_cemburu_



lewat malam ini
tika dan saat ini
hari hambar
kelihatan suram muram

lantaran itu
aku hamparkan sebuah kisah
kisah cemburu
cemburu sang hati
milik aku


cemburu aku
pada mereka-mereka
yang sedang tidur kala ini
dendangan helaan nafas
membukti kadar nyenyaknya

cemburu aku
pada bayi-bayi kecil
merengek manja
tatkala memerlukan belaian
bantuan segera dihulurkan


cemburu aku
pada insan sebaya
melayari hidup
bergembira riang ria
seakan tiada tanggungjawab
disisi mereka

cemburu aku
pada pasangan merpati
bagai belangkas
melekat berdua
mengukir senyuman
berbalas cinta

cemburu aku
pada manusia
yang tetap kekal teguh
pada jalan Nya
tiada syaitan
menggoyah jiwa
utuh iman di dada

ketika aku
menopang dagu
menongkat mata
bercanda dengan kisah cemburu
jiwaku merangkak
mencari maksud
pada setiap rahsia dan punca
terbit cemburu membuta
cemburu entah pangkal di mana
berpokok asas tiada muncul jua

puas
aku puas
melahirkan rasa cemburu
hingga wujud rasa hiba
apabila
cemburu ku 
bertemu pnghujung jalan mati

tersasar aku jauh
terhumban nun dalam
pendek akal
bila saja aku merajakan hati
dan nafsu
melebihi keupayaan
akal berani



cemburu berasasku konon pada zahirnya, tiada jua disusuli dengan perlakuan selaras mengikut kehendak kesedaran jiwa. cemburu membabi buta. kelihatan hina.

hina.









Tuesday, November 8

_engkau_

kau
kau yang bersifat tenggelam
terkadang kau timbul
kadangkala kau kelam
entah bila kau muncul

kau
kau yang bersifat menyendiri
terkadang kau diam dalam gelap
kadangkala kau bersembunyi
entah di mana punca silap

kau
yang selalu lari
buat aku kerap mencari
meraba dalam mimpi
mengharap pada yang tak pasti