Just how deep do you believe?
Will you bite the hand that feeds?
Are you brave enough to see..?
Song Played : The Hand That Feeds by 9 Inch Nails.
Mood : Sick *due to coughing like hell*
Dah lama lagu ni ada dalam playlist. tapi jarang-jarang aku putarkan. dulu dalam mp3, antara lagu favourite masa atas katil. zaman belajar la. itu pun jika ada masa ber la la la sebelum lelap. biasanya ketika zaman sebagai pelajar, tertidur itu perkara biasa. tidur aku tak pernahnya betul. memang normalnya tiada langsung! now, mp3 pun dah semakin uzur meningkat usianya, jadi bersemadi di dalam kotaknya saja. *sigh*
sekarang? zaman kerja? yang diidam-idamkan dan dimimpi-mimpikan setiap jasad yang berada di universiti merata itu setelah tamatnya sesi pembelajaran dan kautan ilmu, kononnya? uhh. malas aku nak bicara. lalui saja sendiri. kadangkala, nak memanjakan diri pun tak kesampaian tiada berkesempatan. inikan pula nak layan segala track kegemaran dalam handphone mahupun apa jua medium elektronik serupa, MEMANG TIADA DALAM CARTA. rutin harian yang membosankan dan malap sahaja rupanya. hanya income di hujung bulan yang menjadi motivasi. tetapi, wajarlah. bekerja untuk wang. dan wang memang harus diberi sebagai imbuhan kepada kerja yang dijalankan saban hari. pergi balik pusing macam mana pun, circle dia memang macam tu. ya tak? ya kan? ya kan sajalah. ini kata aku. bukan kata orang.
cakap pasal kerja. lama dah aku nak update tentang kerja aku. bukan untuk tatapan sesiapa. dan aku juga tak bicara atau meluah kata di medium ini buat santapan khas. ini cuma cara aku bertutur bebas. ada mana-mana bahagian kata-kata aku yang salah? aku harap suatu hari, bila saja aku baca semula kisah semua ini, mungkin saja bisa meletus gelak terbahak-bahak? siapa tahu? tapi buat masa tika ini, segala butir kata adalah apa yang aku rasa. tentang aku. tentang semua yang terjadi sekeliling aku. apa saja. dan yang penting, ini kata aku. bukan kata dia mahupun manusia mana-mana.
bidang mungkin masih sama. suasana berbeza. cara dan tekanan yang jauh jurang antara dua. dua perkara seakan serupa tapi tak sama. jujur aku katakan, memang aku tertekan saban hari. tapi jujur juga aku katakan, aku selesa. bagaimana tertekan dan selesa bisa wujud pada noktah yang sama? jika tidak aku, mungkin hati yang lain juga pernah rasa. cuma mungkin kami belum bertemu untuk berkongsi rahsia pelusuk hati yang sama.
beban? mungkin lebih baik aku nyatakan ia sebagai cabaran. yang agak berat. bagi aku. keluhan saban hari kelihatan bagaikan rungutan. bisa robek dan berdarah sang telinga jika saja ia mampu bersuara. siapa yang mahu? TIADA. begitu juga aku. kita sama saja. setiap hari berdepan dengan karenah masa dan tarikh. terkejar-kejar? BIASA. berlari-lari? BIASA. tersua-sua muka? BIASA. lama-lama aku juga terBIASA dengan 'sistem' yang wujud secara sendirinya ini. ingin saja rasa hati nak memaling muka buat tak endah, malangnya, aku gagal. aku cuba fokus pada apa senarai yang hanya menjadi tugas aku SAHAJA, namun tetap jua aku gagal. bak kata Mr B, it is several and joint system. we need to know every inch. if needed, we must have the eyes at the back of our mind. nothing specific...
mendengar saja katanya, hati aku meradang. perasaan aku berang. aku bengang. mana mungkin dia mengerti perasaan kami. he never did. owh, hampir saja aku lupa. sebelum dia menjadi siapa dia sekarang, dia pernah menjadi seperti aku. dia pernah lakukan apa yang aku jalankan. mungkin situasi berbeza tetapi fitrahnya? aku YAKIN SAMA. bukan aku mahu mengadu yang bukan-bukan. bukan aku membesar-besarkan perkara kecil. lumrah lah manusia bersifat meluah, bukan? begitu juga aku. sekali lagi, ini kata aku. bukan mereka.
pelik dan kelakar hidup manusia, mengomel perkara sama. benci dan merungut sini sana. tapi yang satu ini lah diturutkan jua. biar berjuta mulut aku bercerita buruk atau sakitnya tentang ia. semuanya aku yang rasa. sakit mereka, mereka juga sendiri menggalasnya. lain manusia lain cara. hakikatnya, aku memang sayangkan kerja ini. aku cintakan perkara yang satu ini. aku tak pernah dapat lihat diri aku dalam bidang lain. mungkin kerana hanya ini yang aku tahu? yang aku mampu? uhh. terlalu kecil dunia kau, S. bodoh dan naif.
adil kah aku membanding cara hidup dan kerja pilihan aku dengan manusia lain yang selesa dengan apa pilihannya? manusia tiada sempurna. manakan mungkin takdir semua kita adalah sama. Allah lebih tahu apa kehendakNya. tidak adil untuk aku membezakan kesusahan aku dengan kesenangan orang lain sedangkan aku tidak pula membandingkan kesenangan aku dengan kesusahan mereka yang lain. bila saja sikap adil tiada timbul jua, kelak kejam pula akan tiba.
benarlah, bersyukur itu jauh lebih baik dari bersabar. bersabar adalah perkara yang terjadi akibat dari musibah atau apa saja celaka yang menimpa tapi kita tak mampu menolaknya. jauh berbeza dengan bersyukur, suka duka perit jerih rasa hidup, kita mampu bersyukur. manusia sama tetapi takdir mereka berbeza. bersyukur lebih berat dilakukan kerana perkara RELA dan IKHLAS harus turut serta.
malam ini, aku sedar aku kejam. tidak bersyukur. aku hanya bersabar atas semuanya. jadi, manakan datang adil nya?
So naive
I keep holding on to what I want to believe
I can see
But I keep holding on and and on
![]() |
