Tuesday, November 11
.laici.
Place : Cube G14.
Hello. Aku rindu ke sini. Keterlaluan rasanya apabila meninggalkan ruang cinta ini terlalu lama. Tatkala ini, aku berbaring malas di katil jepun anganan ku sendiri. Tak perlu aku khabarkan mengapa sehingga begini jadinya aku, berbaring di tilam beralaskan kayu. Sadis bukan? Ah, tak perlu kau kasihani aku.
Dua bulan berlalu. Hati aku masih di situ. Keras begitu. Membatu berkematu. Tetap sahaja tiada siapa yang bantu. Lagipun, aku bukannya perlu.
Oh hampir aku terlupa, si biru telah tiada. Maafkan dia yang banyak berjasa. Ada, masih ada dia untuk aku simpan sebagai kenangan. Entah bila baru hati aku senang untuk lepaskan. Kini, aku masih kekal melekap di katil jepun aku berteman cahaya Laici. Oh, mari aku kenalkan teman baru, Laici. Kau tahu siapa dia.
Aku mohon agar si Laici sudi menemani aku bila-bila aku mahu. Kerana aku berniat menulis lagi. Kerap, seperti dulu. Saban waktu.
Selamat malam, mimpi indah.
Wednesday, September 3
.rutin.
Place : 19-3, Mont Kiara.
Hello. Semacam rajin benar pula aku lewat kebelakangan ni, kan? Oh, aku maksudkan tentang sesi mengemaskini laman putih ini. Ala, sebenarnya aku punya masa. Sengaja aku lengahkan dan mungkin juga sengaja aku pudatkan segala aktiviti rutin kegemaran aku saban hari agar aku lupa pada perkara yang tak ingin aku fikirkan. Bukan aku mengelak, aku hanya tak mahu rasa sakit. Pada aku, rasa sakit yang kau sendiri cari terutamanya tentang sesuatu yang tak pasti, ia adalah perbuatan sia-sia. Tak adil kau lakukan perkara itu terhadap diri kau sendiri. Adil? Ya, adil itu bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Bukankah hati kita berhak rasa apa itu bahagia?
Beberapa hari lepas, cuaca panas terik melampau. Tiada setitis hujan yang turun. Air rumah aku juga berkarat selepas ketiadaan air beberapa ketika. Jadi, sekarang ini aku bersyukur. Hujan turun dengan lebat dan oleh kerana itu lah aku masih di sini. Sendirian. Mereka yang lainnya sudah pulang ke teratak masing-masing. Mereka kerap sahaja punya aktiviti harian selepas waktu kerja. Aku? Ada. Tetapi aku rasakan badan ini semakin meningkat usia, semakin tua. Aku tak mampu berjaga lewat malam lebih lama seperti aku yang dulu. Sebab itu aku sentiasa rindu. Tetapi manakan sama. Tetapi mana mungkin manusia kekal setia begitu. Pasti lambat laun akan berubah. Nah, ombak pantai juga berubah. Apa tah lagi hati hitam manusia. Mudah saja meliuk mengubah hala.
Ketika aku dengar lagu saat ini, aku dapati liriknya seakan menangkap rasa hati aku. Seakan satu rintihan hati jemu. Bait lagu ini disusun indah. Jelas terang maksud kesedihannya. Itu pada aku, pada kau semua, aku tak tahu.
Seawal jam 6 pagi aku bangkit setiap hari. Menunaikan tanggungjawab pada diri dan bersiap untuk ke pejabat setiap hari. Adalah rutin juga pada aku untuk switch on tv ketika bersiap lalu terpaksa saja aku dengar dan layankan apa sahaja siaran ketika itu. Bersiap ala kadar tanpa secalit mekap seperti selalu, aku menutup lampu dan mengunci pintu. Aku bergegas ke tempat kerja yang lebih kurang 20km pemanduan pemilik lesen baru seperti aku.
Seperti kebiasaan, sebelum jam 7.30 pagi aku akan tiba di perkarangan MK. Bersendirian bertemankan lagu-lagu di frekuensi 95.8. Menjadi rutin bagi aku untuk berada di posisi di mana aku saat ini tepat jam 8 pagi, 5 kali seminggu. Punctuality itu yang J suka pada aku, kata dia. Aku bukan pekerja tipikal yang duduk di depan komputer 8 jam sehari menghadap timbunan fail merapu entah apa. Setiap pagi aku berdoa agar J lewat masuk ke pejabat supaya aku tak berlari-lari apabila diteriak nama aku nanti. Kadangkala, belum sempat dia duduk di kerusi boss nya, aku sudah tahu nama aku bakal dijerit. Ke hulur ke hilir, turun ke bawah dan naik semula, dari hujung MK hingga ke Ground Floor MK ini aku dah jelajah. Oh, tapi tidaklah sampai menceroboh pejabat-pejabat swasta milikan persendirian. Kerja aku bukan berjalan fizikalnya sahaja malahan mental juga kerana kadangkala J lupa bahawa aku ini bukan komputer yang menyimpan semua maklumat firma dia. Oh, J!
Kesudahannya, 8 jam aku tak sama dengan mereka yang lain. Aku bekerja lebih masa. Lebih 50 jam seminggu aku seret kedua kaki aku ke sana sini dalam pejabat ini. Aku bukan mengomel kosong sahaja. Buktinya, sekarang jam tepat 6.55 petang dan aku masih di sini. Aku hanya ada peluang melangsaikan rindu aku pada laman ini bila semua orang sudah pulang dan kerja bersisa aku masih bisa disambung esok. Pada waktu dan rutin yang sama.
Persoalannya, kenapa dengan jalan yang aku pilih ini, aku masih rasa bahagia?
Aku rasa, aku sudah tahu apa itu ikhlas kerana Allah SWT.
Thursday, August 28
.selfie.
Song played : NONE at this moment.
Place : Level 1, Blok L.
Hai. semacam janggal saja apabila aku mula menaip tanpa bantuan bunyi bunyian. seakan bukan aku yang mengomel kali ini. bukannya apa, bilik kecil tempat aku mengendeng ketika ini tidak membenarkan sesiapa pun bercakap apatah lagi mendengar lagu. maklum saja lah, bila mendengar lagu wajib saja kita menari bergoyang kepala mengikut rentak irama, bukan? ah. aneh betul bila senyap sunyi begini. yang ketara hanya bunyi kipas gantung yang agak uzur pada pengamatan mata aku. ah biarlah.
Tadi aku menaiki lif untuk ke sini. Ya, aku tahu. Hanya tingkat satu. Maaf, aku tak tahu di mana tangga dan ya aku tak pernah kisah. Aku tak perlukan tangga. jadi kenapa? Hish.
Sebentar tadi, aku lihat refleksi diri aku di cermin lif. aku kaget sekejap. ada yang tak kena. aku berasa kurang senang melihat lembaga yang ada di cermin itu. bukan, ini bukannya cerita hantu. ini perkara benar. Setahu aku, pantulan lembaga tersebut seharusnya berbentuk lebih solid dan ya, ke mana hilangnya si kaki panjang yang dulu? semakin memendek kah atau saiznya yang bertambah menyebabkan ia kelihatan seolah seketul daging besar? jijik aku melihatnya. rasa mahu menangis pun ada. hati langsung tak gembira. mengapa mesti itu adalah aku?
Aku capai merah dan cuba ambil sekeping gambar. aku tekan butang PADAM. aku cuba ambil sekali lagi. dan sekali lagi aku padamkan. ah, aku mengejar masa. aku ambil sekeping lagi sebelum meninggalkan lif, dan aku simpan. jauh di lubuk hati aku, terbit rasa benci kerana kesibukan menyebabkan aku mengabaikan kesihatan tubuh badan. aku nekad, tak mahu melihat aku seperti itu lagi.
Jadi, aku perlukan sepasang kasut lagi. dan apa kata sekejap lagi mari kita pergi membeli?
Monday, August 25
.mencari.
Pada pagi yang suram ini
Meratapi nasib, kenapa hari ini..
Lama aku tak ke sini. kira-kira setiap kali aku terfikir nak ke mari, ada saja perkara lain mendahului. sekarang sudah menghampiri penghujung Ogos. lebih kurang 4 bulan aku pendamkan cerita hati. langsung tak sedikit aku palitkan di sini. bukan kerna aku lupa, tapi mungkin saja aku tak tahu dari mana mahu bermula. nampak seakan aku mudah saja melayari hari demi hari, bulan ke bulan. hidup aku tak pernah lekang dari jam dan kalendar. mungkin itu lebih merujuk kepada perkara tentang masa dan tarikh. terkadang aku buntu kerna aku langsung tak punya masa untuk sendiri. untuk berdiri. malah untuk menyendiri.
Saturday, April 19
.shit.
Song Played : Setia Hujung Nyawa by Fiq.
Place : On Federal Highway.
Mood kurang enak. Hari ni kelas bosan. dari pagi hingga petang. aku gigihkan diri. aku tabahkan hati. terkocoh-kocoh aku keluar kelas Arab tadi bila aku lihat langit mulai gelap. padanlah sejuk semacam.
Lagi nak tambah jiwa luka parah aku, entah macam mana pemandu teksi tu boleh dari entah mana, tak semena-menanya himpit aku. keparat. aku pun elak ke kanan. naik sikit atas divider. okay, tipu. naik banyak. kaget kejap aku. shit. dah lah hujan. melayang kejap jiwa aku. baru pukul 7 dah rasa macam shitty day gila.
Aku rasa semacam. lewat kebelakangan ni, aku rasa semua perkara tak kena. aku benci semua perkara. aku malas layan semua benda. mungkin ke aku dah tak ada hati lagi. mana pergi?
Saturday, April 12
.dendam.
Song played : Apartment by Young The Giant.
Place : Meja kuning, UiTM.
Hello world. Rindu benar aku pada laman putih ni. tak seperti selalu, kali ini jemari aku menari pada papan kekunci di telefon pintar. Telefon pintar? ah. semakin lama aku semakin jelek dengan kemudahan yang satu ini. dek kerana ini lah satu dunia berantakan. kau tak perlu ke kafe siber untuk berinternet. saat kau di jamban pun kau mampu berada di alam maya, kan? perasaan dan hati aku penuh duri saat ini. mahu saja aku cantas segala apa yang ada di depan mata. mungkin kerana itu aku jauhkan diri dari segala perkara. mahu saja aku lari dan tak toleh lagi. mahu saja aku pergi dan tak kembali ke sini. hati kecil aku penuh dengan benci dan sakit hati. kecil? ya, kecil. hati kecil. sebab aku sedar aku tak punya hati yang besar dan aku gagal berbesar hati dalam banyak perkara. ini bukan soal ikhlas atau memgambil kira sikap terbuka, memang sengaja aku tutup pintu itu dan sudah aku campakkan kunci nya entah di mana. maafkan aku.
eh, kalau ada di antara kamu yang jumpa kunci itu di mana-mana, aku mohon kalian buang ia lebih jauh lagi. jangan kembalikan kepada aku. ini bukan dendam amarah aku, ini cuma sebuah rasa yang tak ingin aku rasa lagi.
cukup.