Tuesday, November 11

.laici.

Song Played : Jika by Melly feat. Ari Lasso.
Place : Cube G14.

Hello. Aku rindu ke sini. Keterlaluan rasanya apabila meninggalkan ruang cinta ini terlalu lama. Tatkala ini, aku berbaring malas di katil jepun anganan ku sendiri. Tak perlu aku khabarkan mengapa sehingga begini jadinya aku, berbaring di tilam beralaskan kayu. Sadis bukan? Ah, tak perlu kau kasihani aku.

Dua bulan berlalu. Hati aku masih di situ. Keras begitu. Membatu berkematu. Tetap sahaja tiada siapa yang bantu. Lagipun, aku bukannya perlu.

Oh hampir aku terlupa, si biru telah tiada. Maafkan dia yang banyak berjasa. Ada, masih ada dia untuk aku simpan sebagai kenangan. Entah bila baru hati aku senang untuk lepaskan. Kini, aku masih kekal melekap di katil jepun aku berteman cahaya Laici. Oh, mari aku kenalkan teman baru, Laici. Kau tahu siapa dia.

Aku mohon agar si Laici sudi menemani aku bila-bila aku mahu. Kerana aku berniat menulis lagi. Kerap, seperti dulu. Saban waktu.

Selamat malam, mimpi indah.