..cuaca gelap. langit hitam mendung sentiasa. hujan sepanjang hari. sejuk dan tenang. tak dapat balik shah alam tadi. berehat je la bersama keluarga. betul punya berehat. tidur. tidur. dan TIDUR. haihh. tidur ni kalau dilayan sampai bila pun tak cukup. sampai ter missed lunch dengan family tadi. tak patut betul. diaorang pun tak paksa bangun. faham laa tu letih macam mana. terima kasih mak abah sebab sangat-sangat memahami. tapi, betul. rasa sangat rugi tadi. menyesal pun ada. balik cuti seminggu sekali. kadang-kadang busy dengan hal uni dan berlibur sana-sini, sampai dapat balik hari je. hmm. pernah jugak tak sempat balik sampai mak abah yang terpaksa datang. teruk. rasa macam pentingkan diri pun ada jugak. ya Allah, ampunkan aku. hidup sebenarnya penuh dengan masalah, dugaan dan cabaran. mulut senang je cakap, masa tak cukup. waktu tiada. tapi, jauh dalam hati kita sedar, kita yang tentukan. masa ada, tapi disia-siakan. waktu itu kita punya, tapi sengaja dilengahkan. jadi, kenapa menuding jari bila segala perkara gagal dilakukan. gagal disiapkan. dan gagal disempurnakan. semuanya salah kita. ya, kita sendiri. mungkin kerana pentingkan diri, mungkin sebab terlalu ego, mungkin kerana kita fikir hidup ini hanya kita. tak perlukan nasihat dan pendapat sesiapa. betul, hidup tak harus terlalu bergantung. kita mesti belajar berdiri sendiri. tapi, itu tak bermaksud kita tak perlukan sesiapa. kita perlu keluarga, teman, kawan-kawan dan orang sekeliling. semuanya membantu dan menyumbang untuk kita teruskan perjalanan hidup ni. satu perkara, lebih baik berfikir jauh atau kita mungkin akan menyesal suatu hari nanti atas tindakan dan tingkah kita sendiri. mungkin alam dan orang sekeliling tampak remeh bagi kita. semuanya sebab kita tau mereka sentiasa ada. wujud setiap masa. hingga kadangkala kita terabaikan hati dan perasaan sesiapa. lumrah manusia, cepat lupa. pada saya, satu perkara. biarlah orang lain bersikap angkuh. biarlah anak lain lupa diri. biarlah lelaki itu lupa tanggungjawabnya. biarlah gadis itu lalai mengabaikan kewajipannya. kita, berhenti menyalahkan. berhenti membebankan. biarkan saja mereka yang lain. kita? harus tau siapa diri kita. apa tanggungjawab kita. ke mana hala tuju kita. apa yang kita nak buktikan dalam hidup ni. bercakap perkara baik tak semestinya mempamerkan siapa diri sebenar seseorang. hati itu, cuma kita yang kenal. cubalah sebaik mungkin, kita pasti gagal menipu diri sendiri. saya bukannya insan sempurna, mengingatkan orang lain juga membuatkan kita sentiasa beringat. sekurang-kurangnya, kita masih sedar. masih waras. dan sekurang-kurangnya, lakukan apa yang kita rasa patut dan selayaknya, sebagai seorang anak. mungkin anak lain tak seperti kita. mungkin lebih, mungkin kurang. cuma, kita lakukan apa yang patut. tak salah kan? tak susah kan? ya, dan saya masih mencuba..
puan noorina yg amikkn gmbr kt ats tu?? haha COOL!
ReplyDelete: haha. yeap. masa ni kitaorang dipaksa kutip batu oleh bonda. abah pun kena sekali. adoiyai.
ReplyDelete