
..hah! tu dia tajuk besar. atas tu haa. THESIS. buat pertama kali saya nak bagi tajuk betul-betul berkaitan entri. obviously, sebab memang nak cerita pasal benda alah yang satu ni. ya, Encik Thesis. dan YA. saya sangat stress. dan bukan saya je, dah semestinya partner stress saya, Cik M pun turut rasa perkara yang sama. dah nama pun partner task. adoiyai. dan yang saya paling pasti, bukan saya dan partner je yang stress, kawan-kawan seangkatan semester akhir selepas almost 5 years jugak menghadap perkara legal ni, dah tentu STRESS GILA. sebab, itu salah. ini tak betul. sana lacking. sini hole. issue tak ada. idea tak relevant. problem tak clear.entah apa yang betul pun tak tau. senang kata, semua totally lost. dengan itu, proposal kami regarding copyright matter tu haa di katakan LOST. sampai ke page number pun tak kena? haihh. tu dah tahap bebal laa. okay, kami salah. fine. sebab rarely datang jumpa supervisor and seek for advice. ya, tapi maaf tuan. kita ada masalah komunikasi ketika itu. sesungguhnya, ayam dan itik tak bisa bercakap dalam bahasa yang sama. haihhh. mengeluh tak habis-habis. kerja tak jalan gak. habis, kalau dah bertimbun sangat, serabut gila kot. cakap senang laa setel satu-satu. meh sini tolong setelkan? itu subject LR je. tak kira pulak subject lain. tu haa, gambar tu bukti malam sebelum proposal berhantu tu dihantar. siapa kata tak buat research? buat laa. sumpah, buat. tapi tak sepenuh hati. akibat dan natijahnya? ya, betul. A PROPOSAL WITHOUT KNOWING THE ACTUAL BACKBONE. ouch, lagi laa stress. rasa nak marah semua orang. okay, cukup. okay, tak apa. sabar. sabar. tarik nafas. sabar lagi. saya dan partner akan buat lagi sekali. kami takkan ulang perkara yang sama. thank you to Mr H sebab bagi clear view and help us to visualize the way of our thesis should be. no wonder laa seniors dulu semua macam zomba. tak bercampur orang. terlalu fokus gamaknya. dulu, masa semester satu, dengar senior buat thesis, tak sabar nak mengutarakan idea dan rasa nak amik Legal Research terus pun ada. sekarang? amik kau! ;) rasa nak mula research dari semester satu dan hantar masa semester akhir. mak aihh. lamanya buat research. sampai 3 tahun? habis, kalau dah reject 40 kali, mana tak 3 tahunnya? kan? nasib laa partner task. kalau individual, boleh rosak kornea mata ni agaknya. menyampah kat diri sendiri. siapa suruh tak berusaha. siapa suruh tak kaji kelemahan diri. sekarang? tanggung sendiri.