Tuesday, February 15

_rasa_

..berapa deria rasa yang kita ada? empat? apa? pahit dan manis dan masin dan tawar. cukup laa tu. nak rasa apa lagi? kalau bab memasak, rasa-rasa kerap sangat, confirm entah apa-apa jadinya nanti. masak, kena ikhlas. penuh kasih sayang. tu mak yang cakap la. okay, cukup. rasa hati pulak ada berapa? gembira dan sedih dan bahagia dan marah dan excited dan sakit hati dan bosan dan macam-macam lagi laa. cuba kira? setiap kali kita rasa perasaan berbeza, note that. ala, bukan orang tau pun. kita yang rasa, orang lain peduli apa. perasaan orang lain, hanya dia sendiri yang tau. kita pulak nak menyibuk buat apa. bukan kita tau. aiyark! membebel apakah ini? apa pun yang kita rasa, macam mana nak luahkan dengan cara terbaik? dan yang penting, perlu ke luahkan? apa kata biarkan je berkubur perasaan tu macam lagu Taman Rashidah Utama. memang laa sakit, pedih dan tak tertanggung rasanya. haihh, cerita rasa lagi! cuma, cuba nilai balik semua perasaan tu. setiap satu jenis perasaan yang kita rasa terhadap sesiapa, kepada apa-apa, melalui keadaan bagaimana sekali pun. NILAI. bukan dekat dengan Sepang tu ya? ini, nilai dalam penilaian diri. cuba kaji, terima dan bersyukur. betapa indahnya Allah kurniakan kita hidup sebagai manusia dengan pelbagai perasaan. ya, memang bukan semua perasaan menguntungkan. dan tidak juga semua perasaan itu merugikan. ia sebuah nikmat yang indah. maka, tidak lah hidup ini tegak kaku tiada bernyawa. corak rasa itu yang membentuk pengalaman hidup kita. dan hanya kita yang tau apa sebenarnya yang kita benar-benar rasa..

No comments:

Post a Comment