Monday, June 13

_dugaan_

..ya Allah. seminggu yang sangat teruk dah berlalu. tak sangka semuanya jadi dengan sebegitu cepat. tanpa perancangan. tanpa penantian. tanpa ruang dan masa yang cukup. hari ni, genap seminggu semuanya terjadi. isnin lepas, semuanya baik-baik saja. memang la sebelum ni dia ada buat perangai, marah tak tentu pasal, bising sana-sini. tapi mungkin kali ni dah sampai tahap maksimum. selasa bertambah teruk, kesalahan kecil jadi bebelan hampir dua jam. menyalahkan orang tak tentu hala. dikerah kerja bagai lembu. bagaikan hari tak ada hari esok. penat. rabu, perasaan nekad menggunung. hati dah tak mampu bertahan. letih lunch dan dinner bersama air mata. berhingus bagai. hati sebak menahan geram. khamis, detik hati mengatakan itu yang terakhir memaksa diri menyelesaikan segala tugasan. cuba sehabis baik mengukir senyuman. tepat jam 6, kaki melangkah keluar dengan hati yang sebal. bukan di situ lagi tempat tuju setiap pagi ku. cukup. dalam hati, cuma satu. nak menghadap muka yang tersayang. hanya dia yang aku harap dapat membuat senyum ku manis kembali. cukup dengan melihat dia, aku yakin hati ku kembali pulih. atau sekurang-kurangnya, aku dapat mencari jawapan untuk semua soalan yang muncul. malang sekali, semuanya tak seperti yang diharapkan. kesal dan sesal. pagi jumaat, badan bertindak mengatasi kewarasan akal. semuanya harus selesai. diri dah tak mampu lagi. petang itu, semuanya terjawab. hati gundah gulana. tapi, aku percaya semua ni takdir dari Nya. hari ni, segalanya baru. setiap perkara yang berakhir adalah permulaan pada sesuatu yang baru. malang lagi, setiap pembaharuan yang tiba, suatu pengakhiran bakal berlaku. sekali lagi, aku tak mampu.

No comments:

Post a Comment