Monday, November 19

_cermin_


With everything happening todayYou don't know whether you are coming or goingBut you think that you are on your way
Life lined up on the mirrorDont blow it
Look at me when I am talking to youYou looking at meBut I am looking through you

Song played : Mirror by Lil Wayne ft. Bruno Mars

Condition : Unstable.

Kira-kiranya, dah seratus tujuh puluh lapan hari aku biarkan kertas putih ni tak berconteng. sedangkan, selama ratusan hari ni, jutaan cerita sudah aku kepamkan. aku punya masa. cuma aku tak punya rasa. bermalasan sahaja setiap kali aku mahu meluah semua dalam bentuk kata-kata. tanpa sedar, beberapa hari sahaja lagi tahun ini akan berakhir. tahun menjengah ke tahun yang lain. siapa kata tiada beda? banyak. cuma  kita sahaja tak mahu dan segan silu mahu mengaku bahawa tiada apa yang berubah, tentang kita. aku sendiri rasa hari berlalu dengan diri aku yang masih sama. setiap hari memandang refleksi diri dalam cermin, setiap pagi, dan setiap kali, aku hanya lihat diri aku yang masih sama. naik jelak mengampu untuk memperbaiki diri. hasilnya? tetap saja aku dapat apa yang terbentang di cermin yang aku lihat setiap hari. 

mungkin dengan ketiadaan sang cermin, kita lebih tercari-cari siapa diri kita? dan bagaimana kita kelihatan pada mata dunia? mungkin dengan ketiadaan sang cermin, kita lebih terpanggil untuk memperelok tingkah laku dan budi bahasa? kerana tiada lagi balikan batang tubuh kita untuk diperlihatkan kepada kita semula. 


mungkin, harus aku musnahkan saja semua cermin-cermin dunia.


No comments:

Post a Comment