Tuesday, December 31

.barulama.

knock knock

aku tak lama kat sini. aku sibuk mengejar azam 2014. aku singgah sekejap supaya laman ini tak bersawang sebagai penutup tirai 2103. tadi aku bertemu Q. teman tak berapa lama. tak lah berapa baru. banyak yang kami kongsi walau hanya seketika. kadangkala buat aku rasa, aku mahupun ubah 100% hidup aku. cara hidup aku yang sebenarnya. tak apa lah. cukup untuk setakat ini, aku kira aku masih belum berpuas hati dan aku tinggalkan 2013 ini dengan sebuah harapan dan cahaya baru. meskipun aku belum pasti, aku tahu Allah bersama aku.

selamat tinggal 2013. selamat datang 2014.

Sunday, November 3

.hujan.

I never meant to start a war 
I just wanted you to let me in
And instead of using force 
I guess I should have just let you win

Lagu diputar : Wrecking Ball oleh Miley Cyrus
Kondisi : Panas terik.

..sekarang jam menunjukkan 3.49 petang. panas terik kat sini. tak seperti minggu lepas, ahad yang lepas Kuala Lumpur basah gara-gara hujan lebat disertai kilat. minggu ini jauh berberbeda. tetapi aku kira, panas terik hari ini tak menggambarkan hati aku. hati aku bagai sebu yang jika kau guna sebatang jarum peniti untuk cucuk is sedikit cuma, aku yakin akan terhambur semua kesedihan terpendam. aku rasa macam berada paling bawah. paling kecil. paling kerdil. 

orang kata aku terlalu banyak fikir. aku kira, aku berfikir keterlaluan kerana aku kisah. aku ambil kisah. aku tahu kerna itu adalah apa yang aku mahu tahu. dan aku mahu kau tahu yang aku kisah semuanya. tentang semuanya. 

mungkin kerana itu jugalah aku rasa terlalu kecewa tika ini. bagai tak berguna. bagai tiada nilai sepertinya.

Saturday, November 2

.kembali.


Kan baru saja aku bilang
Ku mahu seru kau sayang
Hikayat kau aku
Tanpa dua dan bayang-bayang

Apakah seorang raja tanpa 

Permaisuri di sisinya
Ibarat jantung tiada degupannya
Dan diri aku bisa jadi ratu kamu
Dan memang kamu ratu aku

Andainya kamu mampu buktikan padaku


Lagu diputar : Infiniti Cinta oleh Zizan Razak feat Kaka.
Kondisi : Sayup-sayup bayu petang.

..ehem. selamat petang. agak lama aku tak ke sini untuk menulis. kebiasaannya setiap pagi aku singgah saja seminit dua untuk mengimbau kenangan. aku suka tarikh. aku suka ingat kenangan. mungkin sebab itu aku abadikan kenangan itu dalam bentuk penulisan yang semacam ini. mungkin ada gembira sedih suka duka. tapi aku nilai semua itu setiap satunya. hanya aku yang tahu kerana aku gagal berkongsi rahsia hati kecil yang satu ini.

pernah terkadang aku menitiskan air mata tanpa sebarang sebab munasabah yang tak terjangkau oleh pemikiran aku. mungkin aku nampak keras luarannya, tapi mungkin juga cukup rapuh dalamannya. kadang aku bingung dengan kata hati dan gerak minda aku. ada sesuatu yang gagal aku muntahkan walaupun hati aku meronta untuk meludah setiap baris kata.

tanpa sedar, hampir setahun aku tak ke sini mencampak idea dan berkongsi cerita tentang diri yang berlaku saban hari. apa yang aku sibukkan? kerja. berjuta perkara yang berlaku kalau bisa aku kira. sehingga aku tak lagi mampu seperti dulu mencoret setiap rasa di sini. bukan untuk sesiapa, untuk aku sendiri seperti apa yang sedang aku lakukan kala ini.

sudahlah. aku berniat kembali kerana selama setahun itu tetap saja aku gagal bertemu tempat berkongsi cerita penglipur lara kisah suram aku ni. jadi ke sini lah aku kembali. ke sini jua aku pasti, tempat yang setia dan tak mungkin pergi.. 



selamat kembali buat AKU.