I just wanted you to let me in
And instead of using force
I guess I should have just let you win
Lagu diputar : Wrecking Ball oleh Miley Cyrus
Kondisi : Panas terik.
..sekarang jam menunjukkan 3.49 petang. panas terik kat sini. tak seperti minggu lepas, ahad yang lepas Kuala Lumpur basah gara-gara hujan lebat disertai kilat. minggu ini jauh berberbeda. tetapi aku kira, panas terik hari ini tak menggambarkan hati aku. hati aku bagai sebu yang jika kau guna sebatang jarum peniti untuk cucuk is sedikit cuma, aku yakin akan terhambur semua kesedihan terpendam. aku rasa macam berada paling bawah. paling kecil. paling kerdil.
orang kata aku terlalu banyak fikir. aku kira, aku berfikir keterlaluan kerana aku kisah. aku ambil kisah. aku tahu kerna itu adalah apa yang aku mahu tahu. dan aku mahu kau tahu yang aku kisah semuanya. tentang semuanya.
mungkin kerana itu jugalah aku rasa terlalu kecewa tika ini. bagai tak berguna. bagai tiada nilai sepertinya.
No comments:
Post a Comment