Tuesday, March 29

_sihat_

..kaki, sakit.
peha dan betis, sakit.
pinggang, sangat sakit.
badan, sakit jugak.
kepala, sakit pusing dan pening.

hati, tak pasti..

Sunday, March 20

_aku_

.. dasar manusia. tak tahu diuntung. takkan mahu dirugi pulak? tak faham dunia. tak mengerti angkara siapa. tak reti sikap sendiri. lebih parah gamaknya.
apa lagi yang kau mahu? apa lagi dambamu? mahu apa lagi tuntutanmu? tak penat ke? tak tahu ke erti letih? mengapa tidak kau syukuri saja nikmat Nya. kenapa tidak kau terima saja takdir Nya. kenapa perlu kau persoal kesempurnaan yang kau terima. mengapa pula perlu kau menjelajah teroka isi dunia mencari ketidaksempurnaan yang manusia lain tidak pernah impikan? apa masalah sebenar?
mengapa kau cari yang hitam jika yang putih itu pasti untukmu? kenapa mahu kau tanam rasa curiga itu jika jernihnya sentiasa ada? kenapa sikapmu begitu? kenapa kau bertanya setiap perkara? apakah perlu mencari makna pada setiap kata-kata? mana pergi budi bahasa? ke laut? terbang dek angin?
sungguh, aku tak mengerti. ke mana pergi diriku yang dulu. aku hampir saja hilang. tidak mengenal asalku. biar saja aku rasa hilang, daripada menanggung seksa batin rasa kehilangan. aku bukan aku yang dulu lagi. hampir terpesong mencari diri.
tegakkan aku kembali. tunjukkan aku ke denai yang pasti. biarkan aku berjalan perlahan daripada berlari. aku masih mahu diri ini lagi..

Monday, March 14

_semalam_

..semalam. hari yang baik. hari bermula dengan senyuman. bangun dengan perasaan yang indah. bahagia rasanya punya keluarga yang sentiasa setia. Ya Allah, semoga kau panjangkan umur ahli keluargaku. Aminn. pagi, bergerak ke Perak. katanya, nak ke Teluk Intan. alamak, salah alamat lagi. dekat Kampung Gajah rupanya! sempat jugak lah mak abah bergurau senda dan bergaduh jugak. haishh. 4 jam perjalanan. memang penat, walaupun hanya duduk saja. lepas selesai semua, bergegas balik. sebab adik-adik tinggal kat rumah kang entah mana pulak merayau budak berdua tu.bahaya budak sekarang ni. ajak pergi makan free pun tak nak. pelik. mungkin, semakin kita meningkat dewasa, semakin tu kita rasa perlu mendekatkan diri pada keluarga. betapa jauhnya kita dari mereka masa sibuk dengan hal duniawi ni. pada yang muda, gembira la seadanya. ;)

..petang tu, jam 6 sampai kat rumah. rehat sekejap dan terus bersiap nak balik shah alam. aduh, time ni pulak si comel tu datang. tapi, maaf. tak sempat nak layan sangat. sempat kiss sikit je. tak apa, minggu depan kita jumpa lama sikit ya? okay, teruskan perjalanan. but, shit. malang sekejap. sampai suku perjalanan, hujan. HUJAN. agak lebat. tapi saya yakin shah alam tak hujan. so, ini sementara saja. pakai baju hujan dan redah jugak. oh, TIDAK. makin lebat. muka sakit kena percikan hujan. tutup visor, tak nampak pulak. tah mana lubang dan jalan tak rata, semua langgar. BAHAYA. benci diri sendiri sebab degil. tapi saya kena balik jugak. haihh. stop sekejap dekat pondok mana entah, cari plastik. untuk apa? apa pun, selamatkan si biru kesayangan. kalau rosak, duit memang tak ada. takkan ada peruntukkan untuk itu. jadi, tolonglaa selamat. please. haihh. macam-macam dugaan. okay, redah lagi. this time dah tak boleh stop. memang tak ada tempat pun. so, memanglaa basah kuyup. atas sampai bawah. nak tambah kecewa lagi? sampai shah alam hujan lebat tu. adoiyai. kecewa. kecewa. KECEWA. harap-harap laptop tak apa-apa. :|

..akhirnya, sampai jugak. sejam lebih jugak perjalanan jadinya. penat. yang teramat sangat. menangis jugak la sepanjang perjalanan tu. tapi, air mata dan hujan, siapa yang dapat bezakan? saya tak menyesal. saya bersyukur. dengan apa yang ada. dan at least, selamat tiba. cuma, tak pasti apa yang dikesalkan sangat. entah laa hati ni. sukar betul nak difahami. emosi membabi buta. badan letih tak terkata. terbaring dalam kebasahan. semalam, 130311, hidup seharian dihabiskan di atas jalan raya. sampai dah tak tau nak kata apa. cuma satu, PENAT.

..hari dah jauh malam, sepatutnya tika itu diri menghadap buku. tapi, saya tak mampu. di penghujung hari, saya terima sebuah hadiah paling berharga. sesuatu yang amat saya harapkan selama ni. tapi tak pernah saya sangka akan terjadi. hadiah yang indah. cukup untuk buat saya tersenyum lebar setiap kali mengenang. memori pahit dan manis dalam masa sehari. semalam, hari bermula dengan senyuman, diduga hati dan kecekalan di pertengahan, disambut cinta yang semakin mendalam ketika hari itu semakin berada di pengakhiran. (",)

* hujan itu sebuah rahmat. ketika ada hati menangis kecewa, masih ramai yang gembira mensyukuri nikmat dari Nya. saat ini, hujan lagi. memori semalam mengusik kembali.

_buku_




..alhamdulillah. akhirnya final touch on my thesis siap jugak. tak la sempurna. tak jugak sebagus mana. tidak la sehebat yang lain. tapi cukup saya dan Cik M berpuas hati. dari mula sampai akhir adalah hasil kerja tangan kami. penat, tapi berbaloi. yeayy! tahniah untuk diri saya sendiri. (",)


Tuesday, March 8

_teori_

..haishh. busy gila ni. first law paper for final semester. ahaks! okay, happy sikit je. jangan nak excited sangat. belum habis pun exam. haha. saja la nak singgah sini jap. nak cakap pasal teori. sebelum terlupa. *saya tak mungkin lupa teori ni pun, sebab perkara ni penting. untuk semua anak-anak di dunia. untuk saya. untuk semua. teori apa? TEORI LAYANG LAYANG.

hmm, macam ni laa. layang-layang itu bebas. bisa pergi ke mana pun. terbang melayang mana jua pun. ke kanan atau kiri. tapi, cuma satu. ia mungkin terbang tanpa arah. mungkin melayang tanpa tujuan. tapi, ia tak mungkin terbang tanpa tangan yang bermain dengan talinya. tak mungkin melayang tinggi tanpa ada pelakunya. selagi layang-layang bisa mendengar kata, mahu mengikut bicara. ia pasti selamat hingga ke hujungnya. ke pengakhiran sebuah permainan. walaubagaimanapun, jika layang-layang degil keras hati mengikut arah angin sendiri, dan si pelaku masih mampu menariknya kembali. si layang-layang masih selamat. haihh. tapi, malang sekali, jika layang-layang masih enggan dan berdegil mahu terbang lebih tinggi, tali pasti akan putus. tali yang halus nipis tapi kuat pada dasarnya jika ditarik tegang sudah tentu takkan bertahan. jika itu pinta mu wahai si layang-layang, jangan sesekali kau salahkan si pelaku yang ikhlas bermain dan mencorakkan kau pada asalnya. ya, tiada salahnya menjadi layang-layang yang tunduk akur pada tuannya. daripada tersangkut di pepohon dan koyak akhirnya. ("_)

Sunday, March 6

_love_

this one goes to my lovely love, Mr M.

..anywhere you are, I am near..

..anywhere you go, I'll be there..

..and Im gonna be here forever more..

..do wait for me..

..take me to the moon..

..with you..



_interesting_

..something happened. I learnt my lesson. I discovered new things. I am weak. I am so tired of my life demands. I hate being strict me. I refused to fulfilled my own needs. I hate being hurt. I hate hurting people that I loved. I just wanted to be a boring dull imperfect girl. I hate high expectations. I hate those hopes. but, I cant denied. all those craps that I keep denying are the things that really happened in my life. I cant live without them. life is miserable, but my life is INTERESTING. I couldn't change the story line because the destiny is already written. all I had to do, is stand with it and live with it. everyone hates the maxim so much, dont we? but, trust me. we have to bear with it..


Saturday, March 5

_kertas_


..hey, Im back. hee. baru je bangun tidur. setelah lama jadi zomba yang entah apa. berjaga selalu. tidur entah ke mana. baru ni la dapat ganti balik. tak cukup sebenarnya. letih sangat. tapi okay lah, sekadarnya saja. lagipun, tidur ni kena betul. kalau nak diganti, sampai bila pun takkan cukup. haihhh. YEAH, finally, dapat jugak submit my final Legal Research Project semalam. agak petang, tapi masih sempat. tak boleh nak bayangkan, bila ingat balik kesungguhan dan ketekunan saya dan Cik M untuk siapkan benda alah tu. like we always said, we are SUPER PEOPLE. hee. syabas and high five to you, Cik M! terima kasih sebab bersabar dengan saya. ;) 030311, tarikh keramat. malam sebelum tu tidur 2 jam je. pagi bangun jam 7.36, memang la sangat terkejut sebab kami ada kelas pukul 8! nasib baik la kami ni jenis yang tak perlu nak spend time make up apa semua. so, by 8.20am, kami dah ada dalam kelas. gosh! bagus sungguh. cepat pantas dan tangkas. and, after class, from 12pm onwards sampai la pukul 2am, saya dan Cik M, melekat kat kerusi mamak tu. nasib baik tempat selesa dan mamak tu pun tak banyak hal. haihhh. pagi tu pepy stop by when we were about to finish the project. then, dia siap pesan suruh balik nanti makan, mandi and basuh muka betul-betul sebelum tidur. teruk sangat agaknya keadaan kami bila dia datang 'melawat' pagi tu. lebih 12jam kat mamak. huishhh. boleh bayangkan tak? balik tu, lepas selesai semua, sambung edit sikit lagi then pass it to Cik M. saya niat nak baring and rest kejap, tapi pap! OFF. hilang dah. otak saya dah SHUT DOWN. tertidur. letih gila. kesian Cik M stay sorang to get done the editing process. zzzzz. pagi jumaat, bangun and pergi kelas. my last class ever! sedih jugak. tapi otak lebih kepada LR yang masih belum di print. terkejar sana, call sini, edit lagi, berhabis duit lagi. semua serba pantas la katakan. akhir sekali, soft copy sent. hard copy sent by hand to Pn King sendiri. just hard cover tak sempat sebab amik masa 3 hari. ya Allah, WE ARE DONE! 15008 words. wow. kami sendiri tak sangka. hee. kepayahan dan lega nya Allah je la yang tahu. semoga semuanya berbaloi. baru saya sedar, bukan mudah nak siapkan thesis tu. kesabaran dan kegigihan yang teramat laa TINGGI diperlukan. memang semua orang boleh belajar, masuk universiti, dapatkan degree dan diploma. tak dinafikan. zaman ini, semua tu biasa saja. tapi, pada pendapat saya, in order to dapatkan segulung ijazah tu, TERLALU banyak proses yang harus dihadapi. jadi, kepada setiap student yang berjaya masuk dan melangkah keluar dengan sekeping kertas berharga tu nanti, saya sangat memahami. percayalah. ya, kita sama-sama akan dan pernah melalui dugaan dan cabaran itu. jadi, tak salah kan, kalau saya nak bangga terhadap diri sendiri sekarang ni? good job and well done Cik Huhu.

Thursday, March 3

_belum_

..hari ini sangat penat. serabut. lega. risau. pening. terharu. sedih. segala macam perasaan laa ada. malas nak describe what why who when and how perasaan semua tu boleh ada sekali dalam satu masa. apa pun, that was my last presentation for this semester. to be exact, it was my last time standing in front of the lovely classmates, sharing knowledge. specifically, the last presentation in my BLC life! yeah, its more like presenting facts and rule that we have learned for all this while. awesome day, I can say. tapi, selagi En T ni tak sampai pada Pn King, hati belum okay. separa lega mungkin. yeah, Im trying hard to crack my head and my superb brainy to make this sounds like a legal research. or at least write it in a proper way to convince Pn King that we have done the research. haha. of course we did! please give me an A!