Saturday, March 5

_kertas_


..hey, Im back. hee. baru je bangun tidur. setelah lama jadi zomba yang entah apa. berjaga selalu. tidur entah ke mana. baru ni la dapat ganti balik. tak cukup sebenarnya. letih sangat. tapi okay lah, sekadarnya saja. lagipun, tidur ni kena betul. kalau nak diganti, sampai bila pun takkan cukup. haihhh. YEAH, finally, dapat jugak submit my final Legal Research Project semalam. agak petang, tapi masih sempat. tak boleh nak bayangkan, bila ingat balik kesungguhan dan ketekunan saya dan Cik M untuk siapkan benda alah tu. like we always said, we are SUPER PEOPLE. hee. syabas and high five to you, Cik M! terima kasih sebab bersabar dengan saya. ;) 030311, tarikh keramat. malam sebelum tu tidur 2 jam je. pagi bangun jam 7.36, memang la sangat terkejut sebab kami ada kelas pukul 8! nasib baik la kami ni jenis yang tak perlu nak spend time make up apa semua. so, by 8.20am, kami dah ada dalam kelas. gosh! bagus sungguh. cepat pantas dan tangkas. and, after class, from 12pm onwards sampai la pukul 2am, saya dan Cik M, melekat kat kerusi mamak tu. nasib baik tempat selesa dan mamak tu pun tak banyak hal. haihhh. pagi tu pepy stop by when we were about to finish the project. then, dia siap pesan suruh balik nanti makan, mandi and basuh muka betul-betul sebelum tidur. teruk sangat agaknya keadaan kami bila dia datang 'melawat' pagi tu. lebih 12jam kat mamak. huishhh. boleh bayangkan tak? balik tu, lepas selesai semua, sambung edit sikit lagi then pass it to Cik M. saya niat nak baring and rest kejap, tapi pap! OFF. hilang dah. otak saya dah SHUT DOWN. tertidur. letih gila. kesian Cik M stay sorang to get done the editing process. zzzzz. pagi jumaat, bangun and pergi kelas. my last class ever! sedih jugak. tapi otak lebih kepada LR yang masih belum di print. terkejar sana, call sini, edit lagi, berhabis duit lagi. semua serba pantas la katakan. akhir sekali, soft copy sent. hard copy sent by hand to Pn King sendiri. just hard cover tak sempat sebab amik masa 3 hari. ya Allah, WE ARE DONE! 15008 words. wow. kami sendiri tak sangka. hee. kepayahan dan lega nya Allah je la yang tahu. semoga semuanya berbaloi. baru saya sedar, bukan mudah nak siapkan thesis tu. kesabaran dan kegigihan yang teramat laa TINGGI diperlukan. memang semua orang boleh belajar, masuk universiti, dapatkan degree dan diploma. tak dinafikan. zaman ini, semua tu biasa saja. tapi, pada pendapat saya, in order to dapatkan segulung ijazah tu, TERLALU banyak proses yang harus dihadapi. jadi, kepada setiap student yang berjaya masuk dan melangkah keluar dengan sekeping kertas berharga tu nanti, saya sangat memahami. percayalah. ya, kita sama-sama akan dan pernah melalui dugaan dan cabaran itu. jadi, tak salah kan, kalau saya nak bangga terhadap diri sendiri sekarang ni? good job and well done Cik Huhu.

No comments:

Post a Comment