.. dasar manusia. tak tahu diuntung. takkan mahu dirugi pulak? tak faham dunia. tak mengerti angkara siapa. tak reti sikap sendiri. lebih parah gamaknya.
apa lagi yang kau mahu? apa lagi dambamu? mahu apa lagi tuntutanmu? tak penat ke? tak tahu ke erti letih? mengapa tidak kau syukuri saja nikmat Nya. kenapa tidak kau terima saja takdir Nya. kenapa perlu kau persoal kesempurnaan yang kau terima. mengapa pula perlu kau menjelajah teroka isi dunia mencari ketidaksempurnaan yang manusia lain tidak pernah impikan? apa masalah sebenar?
mengapa kau cari yang hitam jika yang putih itu pasti untukmu? kenapa mahu kau tanam rasa curiga itu jika jernihnya sentiasa ada? kenapa sikapmu begitu? kenapa kau bertanya setiap perkara? apakah perlu mencari makna pada setiap kata-kata? mana pergi budi bahasa? ke laut? terbang dek angin?
sungguh, aku tak mengerti. ke mana pergi diriku yang dulu. aku hampir saja hilang. tidak mengenal asalku. biar saja aku rasa hilang, daripada menanggung seksa batin rasa kehilangan. aku bukan aku yang dulu lagi. hampir terpesong mencari diri.
tegakkan aku kembali. tunjukkan aku ke denai yang pasti. biarkan aku berjalan perlahan daripada berlari. aku masih mahu diri ini lagi..
No comments:
Post a Comment