Wednesday, September 28

_kaki_

..hari ni hari Rabu. pertengahan hari untuk setiap minggu. tapi Rabu minggu ni lain sikit. bukan laa special pun. cuma LAIN. sekali sekala melarikan diri dari rutin harian, rasa macam heaven jugak. tambah lagi, tadi sempat buat temujanji dengan E, sang gff aku yang kerek lebih sikit dari aku. ngee. love you E! since mood aku ada sikit baik sekarang, so aku nak meracau lebih sikit. cerita sekitar Rabu minggu terakhir di bulan September..ehek ehek.

..semalam tidur lambat. almost 5am. entah buat apa. kemas sana. kemas sini. kemas luar. kemas dalam. agak-agak macam dah selesai pada pandangan mata kasar aku, aku off si biru. off lampu. off otak aku juga. pooff! and? tiba-tiba macam dengar lagu Bottoms up dua tiga kali. dalam mimpi pun ada lagu tu? mana si kecil NN ni? okay, ada kat dalam selimut di hujung katil. and guess what? 9:09am! GREAT. GREAT. GREAT!! punya la melompat dari katil terus terbang ke bilik air. tak ada langsung sifat lemah longlai kemalasan seperti kebiasaan. otak ligat fikir, A dah ada kat bawah. mati la aku. adoi. nasib semua dah settle malam sebelum tu. apa nak pakai dah ready awal-awal malam tu. fuhhh. tepat 9:30am jam tangan aku, A call lagi. okay, aku serabai dan hodoh. tapi tetap pergi kerja.

..finally, sampai office. buat kerja sikit. handle sana sikit. susun sini sikit. dah pukul 12. perghh. cepat je masa berlalu. was planning to go to KLBar after lunch. tapi lepak dan gelak punya pasal, pukul 2 baru gerak. and? jalan jammed. biasa lah Kota Lumpur di tengah hari. haishh. tapi sempat la sampai tepat 14:20pm. dengan bergegas terkedek-kedek dengan heels tak berapa nak tinggi tapi agak menyiksakan, aku dan K melintas hiruk pikuk kota tu. yeay. sampai. owh? tak ada apa-apa seminar kat situ? wtf? we got the wrong place? takkan Selangor Bar kot? SHIT. memang salah. kat building lagi satu rupanya. fine, tingkat 10 pulak. FINE!

..selepas hampir 3 jam aku dan K kat situ, menghadap land law yang menurut Pn H dulu, aku tak berapa 'minat' nak belajar, akhirnya kami dibebaskan juga. by the way, it was a such a knowledgeable seminar. a good base and fundamental untuk legal attachment macam aku yang asyik menghadap liti sepanjang 4 bulan ni. aku dengan pantas dan gagahnya (gara-gara kasut la ni) melangkah mencari kelibat E. kesepian dia depan Burger King tu. haha. E memperkenalkan aku dekat kedai makan yang 'sangat sedap' tu. cis. nasib baik aku lapar. haihh. nak berniaga tu biar lah ikhlas. baru tak kena maki berbakul-bakul bang. siap boleh tanya kenapa E reject air oren kau? gosh. cuba kau rasa sendiri. apa deria rasa kau rosak atau kau memang tak ada deria rasa? rugi la kalau macam tu. haih.

..hampir senja. kaki aku dah tak mampu. segera susun tapak cari pengganti kasut ni. memang aku malang ke apa hari ni? bangun lambat. kasut putus. yang ni pulak siap makan kaki aku. fuhh. dugaan gila. and macam biasa la, bila benda terdesak memang time tu la tak jumpa apa kita nak. cuba time biasa, berlambak pilihan ada. mencanak sana sini, sampai Central Market. aku putus asa. bila E angguk tanda setuju terhadap desakan aku untuk let go off my heels and walking around without the blacky shoes, aku tanpa ragu-ragu, buka kasut. I just dont give a damn about others looking at me. kaki aku kot. yang penting tak susahkan orang. ngeh.

..hampir jam 9:00pm. it means, I have been outside for almost 12 hours. wearing the plain white shirt with black pants and black shawl. not to mention, the damn shoes. urghh. before balik, sempat aku singgah kat satu kedai lukisan ni. I bought three pieces of red white abstract painting. mak dah lama nak. hopefully, memenuhi cita rasa mak. tapi aku dah reserve yang lain in case mak tak berkenan yang ni. aku kena confirm and come back to the shop in two weeks time if nak tukar. hmm. gembira sikit hati aku mengenangkan mak akan senyum nanti. lupa terus pasal kasut!

..tepat pukul 10 tadi selamat sampai. selamat membersihkan diri. selamat menyimpan si kasut hitam. dan sekarang, selamat merehatkan kaki aku di dalam sebaldi air suam bersama garam. lega. fuhh. LEGA!

No comments:

Post a Comment