..urghh. asyik sangat melayan lagu Grenade ni dari tadi. perut lagu Keroncong Untuk Ana. hati gundah gulana nyanyi So Far Away. adoi. apa nak jadi. lagu, bukan main cepat menghafal. bila belajar? bukan main cepat lupa. banyak makan semut? eh, tak. semut rela datang kot. sebab? manis? ah, tak kuasa.
..pernah tak kau rasa otak macam bengang sangat. sampai kau tak boleh fikir. sampai tahap kau tak tau nak buat apa. kau nak mula dari mana. kau nak pegang apa. kau nak pandang siapa. nak lihat ke mana. semuanya kau tak tau. pernah? mungkin ya. mungkin tak. mungkin juga tak pasti. ish. aku pernah. mungkin bukan kerap kali. tapi aku pernah. dan ya, aku sedang.
..secara analoginya, kau akan rasa ia biasa saja. di penghujung jalan kau rasa ia tak mengapa. mungkin setelah kau lalui beberapa persimpangan, kau bakal ketemu sama noktahnya. nah, mana mungkin jalan tiada berpenghujung. mana mungkin sandiwara tiada pengakhiran. mana mungkin cerita hidup kau tiada penghabisan. kau hidup bertemankan sifat palsu. kau hidup meyakinkan diri kau sempurna. kau hidup bergembira bertemankan air mata pada malam harinya. kononnya, kau masih tak apa-apa. kau berpijak di bumi nyata, kau dongak ke langit. dan ya, asal saja kau tegar kekal tegak di situ, kau fikir kau nyata. dari atas hingga bawahnya.
..sudahlah. cukup untuk aku teriak. kau fikir kau siapa? takkan selamanya kau mampu hidup memperdaya. memutar kata. hanya kerana kau takut menghadapi dunia. kau takut mengaku dosa. kau tak bisa menjadi sesiapa.
..kau, manusia GAGAL.
No comments:
Post a Comment