..ini cerita tentang si Z. dia terkaku dan perlahan-lahan meletakkan gagang telefon. hati serba tak kena. dia berkira-kira mahu gembira hari itu. khabar yang diterima tadi buat dia kaget dan bingung. ah, dia bisa berdikari! bukan dia tak biasa. jari pantas mendail. gagang digenggam erat mengharap jawapan pasti. hati berdoa semuanya berjalan baik. yes! kelihatan senyuman bersama lesung pipit itu. love you, E, detik hati Z.
..Z menunggu dengan perasaan sabar. E muncul dan memeluk Z dari belakang. bagai sepasang manusia yang bertahun tidak bertemu. ah, sinis saja bunyinya. mereka gembira. jalan bersama. makan bersama. meluah perasaan sesama mereka. bergurau senda. galak saja kelihatannya kedua gadis yang berkawan sejak belasan tahun lagi itu. indah rasanya punya teman yang sentiasa buat hati berasa canggung jika kehilangan. E, sentiasa ada. bila-bila saja Z perlukan dia. masa berlalu pantas, E dan Z lupa pada sorotan waktu. apa yang mereka tahu, mereka bahagia punya antara satu sama lain. lewat malam, Z akhirnya tiba di kondo kediamannya.
..selesai membersihkan diri, Z capai telefon mininya yang serupa digimon itu. teragak-agak hatinya mahu menekan butang call. dia letak kembali. hati rasa tak senang. Z merebahkan diri baring berselimut. di dalam gelap, itu pasti. telefon berbunyi. cagas saja tangannya mengangkat walau hati tak bergerak selari dengan tingkah laku. ya, pertelingkahan berlaku. wujud ketidak puasan hati. kata-kata bertindak membatasi akal. nafsu amarah menjadi raja. tiada keputusan dibuat. akal mati. malam itu, Z menapak sendirian bertemankan kotak putihnya. hati yang riang gembira awal malam tadi, kini patah. patah hatinya mahu saja dicampak ke dalam pool. pandangannya dihempas ke air yang tenang itu. biar setenang mana air itu, tapi hati Z berkocak bagai tak mahu. pedih dia mendengar kata-kata luahan yang dia pasti cepat lambatnya, bakal kedengaran terluah jua. sakit, Z sakit. dia terluka.
..Z berkalih ke kanan. ke kiri. tiga empat kali tidurnya terganggu. jam baru menunjukkan pukul 5.30 pagi. ah, masih awal. Z capai selimut. menyambung mimpi sialannya kembali. di buangnya beruang tidak bersalah itu. diletak jauh dari pandangannya. hati Z masih sakit. tidak keruan.
..Z menekan punat kiri telefon mininya. biliknya masih gelap. OH TIDAK! jam tepat memaparkan angka 9.56 pagi! pasti saja Z terlompat dari katilnya. 16 missed call dan 9 messages. kelam kabut Z. dia terus mendail pantas. 2 talian penting gagal disambungkan. Z memaki diri. mencaci-caci. tiada langsung kata-kata suci yang ditebar melainkan sumpah seranah terhadap diri. Z cuba sekali lagi. talian bersambung. kali ini, dia mengurut dada. dia segera meminta maaf. namun, langit tak selalunya cerah. nasib Z tak selalunya baik. perkara indah tak selalunya singgah dalam hidup Z. Z pasrah. dia kelewatan hari itu. dia gagal mengawal perasaannya malam tadi. natijahnya, dia bangun lewat. dia ditinggalkan. dia harus sendirian ke pejabat. Z bingung. bagaimana harus dia ke Kota Lumpur berbekalkan lesen yang sudah mati?
..Z bergegas mengenakan pakaian yang dikiranya sesuai. tidak dipedulinya kasut kegemarannya hari itu. dia pakai seselesa yang boleh. dia capai seminimum outfits yang boleh. dia harus limitkan dirinya. hari itu. hanya untuk hari itu. hari Rabu. Z capai helmet dan kunci scooter putih kesayangannya. Z capai sweater untuk membalut tubuhnya. jauh di sudut hatinya, Z tak yakin. cuma kali ini, Z nekad. dia akan redah saja.
..tepat jam 11.00 pagi, Z sudah duduk di kerusinya. otaknya kosong. gara-gara cinta, Z gadis kuat hatinya, cekal jiwanya, jatuh tersembam. tidak pernah dia terfikir dia bakal sekecewa itu. Z cantas hatinya dari terus mengelamun. Z kerja seperti biasa. kekok saja dia hari itu. ah, dia tak peduli 4 pasang mata yang kerap bertanyakan khabar harinya. tentu saja harinya tidak baik seperti selalu. tentu saja.
..cahaya mentari terbenam menemani Z pulang petang itu. hatinya kosong lagi. entah apa lagi yang mahu dijejaknya. lantas, diikutkan saja langkahnya. nasib baik ada si putih. asal saja putih tak meragam, pastinya putih menjadi buah hati utama Z. perjalanannya bahaya. meredah lautan kereta yang berpusu-pusu. mereka juga mahu pulang ke pangkuan keluarga, anak dan isteri. sama seperti Z. bezanya, tiada siapa menanti kepulangan Z. seperti selalu. mungkin dia saja terhegeh-hegeh menyorong pipi memberitahu rutin hariannya. adapun, tiada mereka-mereka yang kisah jalan hidupnya. kasihan Z.
..malam dingin itu, Z kembali ke pool. sudah menjadi tempat cuci kakinya kini. dalam diam, Z mula membenci hari Rabu. dan hampir saja dia jatuh benci pada dirinya sendiri. kasihan, berjuta-juta kasihan aku pacakkan pada Z.
..jika saja aku diberi pilihan, pastinya aku tak mahu jadi seperti Z. Z, kau kalah lagi. dalam dunia yang kau cipta sendiri.
..
..
..
No comments:
Post a Comment