Thursday, October 13

_korban_


..rumah aku hingar bingar tika ini. ada pesta facial barangkali. hampir sepuluh gadis di hall sana. gamat. aku pulang tadi. mereka berpandangan sesama mereka. dan akhirnya ada yang bersuara. bertanyakan aku siapa?

oopss. sad to say, its my home. and who the hell you girls are? fine. you can stay. but, do not make that silly awkward faces. because I am not really in the good mood. thank you.

..otak aku ligat. aku sendiri tak pasti tentang apa. cuma satu patah perkataan muncul entah untuk keberapa kalinya hari ini. korban. ya, KORBAN. apa yang nak dikorbankan? atau ada mangsa bakal terkorban? mungkin sebuah pengorbanan harus dilakukan? entah. serius, entah. aku tak tahu.

..bagi aku, semua perkara tiada jalan pintas. ia adalah antara kau mahu atau tidak. kau nak usaha atau berdiri tegak. kau mahu cuba atau kau mahu ikutkan saja. hidup mungkin punya banyak pilihan. banyak cara. ia terletak pada bahu kau sendiri untuk galas atau campak ke tepi. semuanya, terpulang. kau tentukan apa kau nak. dalam pada kau cuba capai apa kau nak, kau akan jumpa sejuta perkara yang halang kau untuk bertindak sedemikian. yang menghalang kau untuk kecap apa yang kau nak gapai. terlalu BANYAK. yang aku pasti, perkataan korban itu akan terbit di kala kau benar-benar harus lakukan pengorbanan tu.

..sudahlah. jauh menerawang melayan perasaan, gamaknya kau kekal di situ tanpa melakukan apa-apa. serupa seperti aku saat ini. aku tahu apa aku nak. aku mahu. aku selalu tau apa yang aku nak dan mahu.

..berbeza kali ini, aku benar-benar buntu. fikiran sebu. lidah kelu. perlakuan ku kaku.







..buat masa ni, aku rasa lebih baik aku korbankan kotak putih ni. aku dah tak tahan menatap dia setiap masa. apa pengorbanan aku nak buat? mudah. cukup MUDAH.

..buang kotak putih. dan gantikan dengan yang hijau. lebih ringan. lebih baik..

..eh, aku lupa.
Sometimes we expect more from others just because we would be willing to do that much for them. there you go. here, the terms of sacrifice play its role. which means sacrifice needs expectations in order for them to exist. and for you to put aside the fucking sacrifices is by avoiding the damn expectations.

No comments:

Post a Comment