Saturday, December 3

_bantu_

  ..maaf. kadangkala timbul juga rasa jelik aku pada manusia yang memandang enteng pada rasa dan cara manusia lain. aku juga bukan siapa-siapa mahupun apa-apa bagi mereka-mereka. insan biasa seperti kalian juga. bukan superman. bukan tok bomoh. bukan juga nenek kebayan. amboi, lagak mereka bagai mempunyai kuasa super mengalahi satu persatu lembaga di dunia. hidup bukan serupa itu lah. cuba saja kau buka mata seluas-luasnya. bukan kedua mata kau. cuba kau buka mata hati. dan minda kau sekali. cuba kau terima bahawasanya, setiap ciptaan ini berlainan rupa bentuk dibekalkan hati dan otak yang sama dengan sejuta rahsia  bagaimana mereka-mereka itu sendiri yang bakal menentukan rentak dan tingkahnya. senang kata, cuba kau terima kata orang-orang tua dan merangkap peribahasa yang nampak sengkek tapi amat jauh benar maksudnya - rambut sama hitam, hati lain-lain. mungkin lah benar rambut manusia kini pelbagai warna mengikut  suka jiwa mereka menggayakannya. itu hak mereka. kita tiada hak mahupun kuasa menghalang kebebasan mereka. antara mereka dengan Tuhan, aku angkat tangan. bukan tak mahu ambil tahu, tapi adalah lebih baik untuk aku tak tahu. cukup tentang itu.

  ..aku cuma rasa jika kau mahu kepala lain menerima cara diri kau bekerja, cara kau berfikir, cara kau bertindak, cara kau menyelesaikan sesuatu dan jauh di sudut hati kau enggan peduli apa kata hati lain asal saja ia bukan dosa pada mata kau, apa kata kau bantu aku? secara tak langsung aku percaya ia membantu kau dan jiwa-jiwa lain juga. cuba kau bantu aku untuk terima segala macam cara jiwa-jiwa lain berfungsi melalui hari-hari mereka. ye, sebagaimana kau mahu mereka-mereka memahami dan menghormati cara kau berfungsi. 

  ..mudah. buka mata hati. terima seadanya. jika masih susah, aku percaya kau mampu belajar. asal saja itu adalah kemahuan kau sendiri. apa? kau rasa sangat sukar? maaf, sebenarnya aku juga begitu. jadi, aku hulurkan tangan aku untuk kau capai. mungkin kita boleh belajar bersama? menerima dunia lain seadanya. kerana kita tak mungkin mahu terus hidup hanya dalam dunia kita. 

kau tak rasa begitu?jika kau masih membentak TIDAK, apa lah daya aku. 

No comments:

Post a Comment