Song played : The One That Got Away by KP.
Current Mood : Dull and Gloomy.
Heart Condition : Unstable.
..wah. siap nak details kan. keadaan bilik yang tunggang langgang bak kapal pecah ni tak nak pulak cerita setiap sudut. dang! uh, jarang-jarang aku meletakkan tajuk entri sebelum aku shuffle jari jemari pada si biru ni. bukan apa, aku tak suka terikat pada satu kata. biasanya, patah perkataan aku muncul entah dari mana. aku tak mahu hasil nukilan aku berdasarkan tajuk atau punca cerita yang satu. ia seakan objek kekal. aku tak mahu mencarik-carik satu kata dan membikin ia menjadi cebisan dan kepingan cerita lain yang possibility untuk terpesong dari landasan asalnya adalah di tahap yang agak tinggi. oleh itu, aku lebih gemar menggerakkan jari seiring dengan kata hati.
..owh, tapi kali ni aku rasa lain. memandangkan kondisi hati aku juga kurang stabil, secara tak langsung ia telah mempengaruhi bacaan mood aku tika ini. di tambah pula dengan frekuensi radio pada bacaan 95.8MHz mengutarakan lagu yang agak tak kena pada masanya. "Seseorang Yang Telah Terlepas" ? WHAT THE FISH? siapa yang terlepas? apa yang lepas? ala, barang yang lepas jangan dikenang. kalau dikenang merana diri. sounds selfish? oh, ye ke? tak perasan pulak. ngeh. aku bukan ambil jalan mudah, cuma adalah lebih molek kiranya kita meneruskan langkah dan terus tegak mendongak dari diam tertunduk terpaku mengenang. kan? itu pendapat aku laa. kalau pendapat kau lain, apa yang aku nak cakap?
..chop. ini bukan entri beremosi. ini cuma medium bebas bagi sesiapa untuk memuntahkan kata-kata tanpa perlu ada simpati dan memikirkan tentang rasa hati-hati lain. aku pasti tiada akta yang menghalang kau berkarya bebas menyusun konsonan-konsonan asal saja ia tidak sampai kepada tahap melampaui batasan kewarasan akal dan menentang kesucian budaya. selagi kau berhati murni, silakan saja kau jujur melontarkan kata. jangan kau sampai ke sempadan fitnah sudahlah. maklumlah, zaman siber ni apa pun mungkin. aku cadangkan, apa kata kau anggap saja ini mekanisme komunikasi yang positif. untuk aku, ini adalah mekanisme dari hati melalui otak menerusi liuk lentuk jari. itu saja. ya, kelihatan sinis dan cukup mudah bagi aku. ya, aku
sinis. jadi?
..kenapa aku rasa lain? sebab kali ni, tajuk entri ni telah aku tulis awal 23 minit sebelum aku mula mengarang. entah apa yang kuat sangat akarnya pada ISYARAT ini membuat aku terngiang-ngiang sejak minggu lepas. setiap hari mencari peluang dan kekuatan untuk aku ukirkan kekalutan hidup aku. setiap kali ada magik terjadi dalam kehidupan seharian aku sama ada hitam atau putih, laman sesawang yang satu ini lah yang laju menerjah ke otak aku. kenapa? aku tak ada jawapan. aku tak tahu. dan aku tak peduli. aku cuma anggap ini medan aku berkongsi tanpa aku perlu khuatir akan telinga yang segan dan tak mahu dipinjam. ada kala, bicara sama dinding dan kertas mungkin jauh lebih menenangkan. tiada harapan tinggi yang akan kau putuskan. benar kan?
..minggu lepas, putih buat hal dua tiga kali. tapi, aku redha. sekurang-kurangnya dia yang banyak berjasa bantu aku mencari rezeki saban hari. meragam sikit-sikit tu biasalah. apa kurangnya manusia. benda tak bernyawa pun tau nak makan hati jugak kadangkala. macam biasa, aku on mp3 di volume 30. wah, bagai nak pecah gegendang telinga. itu kalau kau pakai kedua-dua belah earphone which is aku takkan buat lah. sebab lama lagi nak pakai telinga ni rasanya. dang! aku pakai sebelah kiri. sarung jaket dan helmet. silang beg dan bersedia nak mengharungi jalan basah dan kesesakan lalu lintas Kuala Lumpur yang entah bila akan surut tu. seperti selalu, aku tawakal dan redah saja.
..di atas highway, aku tenang menyusuri jalan di sebelah kiri. aku punya banyak masa dan aku tak rushing ke mana-mana pun lewat petang tu. tak semena-mena, sebuah superbike perlahan beriringan dengan aku di sebelah kanan. ceht. pak cik rupanya. lengkap pakaian dia dari kepala hingga kasut. dari aspek keselamatan, aku kagum sekejap. nah, begitu lah cara yang betul menunggang. okay, fine. aku kurang markah di bahagian kasut. dan beg! pak cik tu bagi isyarat sambil melepaskan handle bike dia. walaupun tanpa suara. dan dari gerak geri dan cara dia, aku faham. dia cuba untuk menunjukkan betapa tingginya tahap kesengalan aku dengan membiarkan beg yang aku silang terletak 'cantik' di belakang. seolah-olah sengaja memberi ruang untuk para pencopet untuk rampas dan cabut setelah menikmati peluang keemasan untuk mendapatkan beg aku. aku sungguh bijak di situ. dang dang! pantas, aku tarik beg ke depan dan angkat tangan pada pak cik tu. isyarat yang cukup jelas. okay, aku faham.
**terima kasih pak cik sebab ingatkan manusia yang sering alpa macam saya. maaf, kita tak sempat berkenalan. dan saya tak tau pun nama pak cik untuk saya kirimkan betapa bersyukurnya saya kerana masih ada manusia prihatin walaupun di atas jalan raya yang serba sesak itu. (",) senyuman paling manis untuk pak cik walaupun tak mungkin pak cik akan baca telenovela saya ni**
...hari dah lewat malam. otak aku mula kosong. melayang mengenang beberapa peristiwa sejak sebulan aku menjadi pekerja tetap di WBA. serius, macam-macam hal yang terjadi. kalut aku tak berkesudahan. hari-hari aku mendung selalu. adakala, aku yakin isyarat dan bisikan hati yang aku rasa. adakala, aku meragui jalan atas pilihan aku sendiri. adakala, aku terima isyarat tanpa kata-kata sahih yang membuat aku hampir hilang bicara. kadangkala, isyarat yang aku terima cukup jelas, tapi masih jua aku tercanguk menongkat dagu, mengetap bibir kerana walaubagaimana cara, kata hati itu jua lah yang aku turutkan sentiasa.
jadi, isyarat yang bagaimana yang kau damba? kau minta sendiri luka kecewa?
khabarkan saja.
khabarkan saja.
No comments:
Post a Comment