While somehow saving you
It must have been the season
That threw us out of line
Once I stood so tall
Now I'm searching for a sign
So don't need your salvation
With promises unkind
And all the speculations
Save it for another time
Because we all need a reason
A reason just to stay
And Some just can't be bothered
To stick around another day
And some say this can't be real.
Song Played : Victim by Avenged Sevenfold
Condition : Exhausted but feeling fine.
ha, genap sebulan selepas entri terakhir. sekarang jam 3:45 pagi. aku dah layan movie sebuah. dah hadap hearing pagi tadi setitik dua. masih, ya aku masih segar. entah kenapa. rasa mahu berjoget berdansa menari gelek tatkala hari menginjak subuh ni. silinder? seketul dua? hee.
sementara masih mampu ni, aku nak kisahkah khabar si X. kesian X hari ni. hari yang panjang buat dia. kenapa? sebab 18.12.2012.
18 haribulan? tak ada apa pun yang istimewa. sebenarnya, dari semalam aku tengok X gelisah. cuak menghadapi hari Selasa barangkali. alah, macam lah ini kali pertama. dah puluhan kali aku kira. sampaikan pak jaga depan pintu MDC tu pun dah kenal X. X biasa ke meeting atau hearing atau mitigation di Jalan Cenderasari yang aku rasa bukannya asing lagi bagi dia. mungkin X nervous untuk kes yang dia perlu selesaikan petang Selasa. mungkin mudah, tapi bila dia harus berdepan dengan warga asing? X canggung tak tentu arah.
pagi tu, X bangun macam biasa. dek kerana housemate dia yang mandi bagaikan kilat kebiasaannya, dia tak endah untuk berbaring seminit dua lagi. tapi nasib X malang dari awal pagi, si A, housemate X, mandi bukan main lama. entah apa dibikinnya. panas hati X. aku pun rasa nak curah lagi minyak di hati X yang mendidih tu. fuhh. batu api sungguh.
X sarung seluar hitam dan kemeja putih. dan tudungnya turut dipadan putih. sudahnya, hampir jam 8 baru X keluar rumah. macam biasa, langkah X tak pernah kecil. lincah saja berdesup perginya. tak hirau kiri kanan. sambil radio ditukar ke frekuensi 95.8fm, X menuju ke LRT.
cagas saja X sentuh kad pada mesin di LRT, tettt! "Sila sentuh semula. Baki tidak mencukupi." Kelam kabut X capai sekeping RM20 dan segera ke kaunter. tiga empat orang beratur di hadapan X. X kelihatan hampir hilang sabar. selesai, X lari tak guna eskalator. dan masih, dia baru saja terlepas train. menitik peluh X. X punya ngam ngam 20 minit untuk ke Masjid Jamek. X tau, dia tak angkat sempat. walau dia on time, dia tetap akan jadi yang paling lewat.
8.23am, X tiba di Stesen Masjid Jamek. menyelit sana sini. jalan bagai kan lari tak cukup tanah. X tak fikir panjang, terus tahan teksi. menjadi norma pada X untuk berjalan kaki meniti tetepi untuk sampai ke MDC. kerana kelewatan, X sanggup membayar RM4.50 untuk perjalanan yang hanya tepi hidung tu. X memang nak cepat.
sempat X tukar kasut dalam teksi tadi. bukan dia mahu berlagak tinggi, dia harus menyarung kasut itu untuk kerja ini. seperti dijangka, X datang on time. tapi, dia tetap paling lewat dan kelihatan golongan veteran yang lain telah menanti berpakaian lengkap. tie and full suit, of course! X berbalas senyuman. hearing kes 104 bermula. in that very small cozy room, they were having a hearing consist of 16 people against Dr WF Meow. hee. biar betul kau ni, X? dia doktor gigi atau doktor kucing? DANG!
Alamak, dah pukul 4:20 pagi. aku kena tidur. kisah kesian X ni, aku sambung nanti. biarkan X dengan hearing dia dulu. biar dia belajar erti fokus. okay? Chiow.
mane sambungan cite x..
ReplyDeletemalam ni saya sambung. punyalah hampir setahun baru saya ingat semula apa yang jadi. thank you sebab baca.
ReplyDelete