Monday, November 29

_dia_


"..kotak hati ini dilanda ribut

serabut kapal maka jadinya

ada yang nak

tapi hati menolak

ada yang mahu

tapi jiwa meronta tiada bertemu

ada yang mencuba

minda pula gagal menerima

kenapa ni?

tak bersyukur?

tiada sampai serunya?

atau sudah tiada rasa?

mungkin juga takut?

kosong.

penat.

itu lebih tepat

mungkin jasad ini selesa begini

sendirian saja


perih

ditambah lagi

kotak hati

diketuk dan cuba dibuka

kembali

sampai bila

sampai ke mana

mahu diheret pergi


lelah

silih berganti

ada sesuatu

tersangkut tergantung juga tenggelam

di situ

apa mahunya


aku tak pasti

aku keliru

tak pernah begini

jangan biarkan aku lari

lagi.."

Saturday, November 27

_gemuk_

..hujan lebat gila kot sekarang. guruh kilat semua ada. boleh pulak saya online. duhh. lapar ni. tapi tak la kritikal sangat. pelik zaman sekarang ni. yang gemuk memang la berusaha sungguh nak kurus. tapi yang kurus, apahal pulak sibuk nak gemuk? apa perkataan bersyukur tu tak wujud atau orang tak faham? haishh. muak jugak dengar sebenarnya. ya, saya kurus. berat pun tak seimbang dengan tinggi. padan la selalu sakit tulang belakang. tu tak kisah la kan. tapi yang saya kisah sekarang, bab makan langsung tak jaga. suka hati nak makan pagi ke petang ke malam ke tengah malam ke. kadang-kadang tak makan. yang lagi haru terlupa nak makan. boleh? entah apa buat seharian pun tak tau. kesihatan langsung tak jaga. nampak macam sihat, tapi saya pun tak pasti. bila dah makan or selera datang, makan suka hati pulak. telan je apa ada. ni bukan hal nak gemuk ke kurus. ni tentang kesihatan. sekarang ni tak kisah sangat la kan. nanti dah tua baru sibuk nak cari punca. bahaya betul. phewww~

_dream_


..I dream about

how it's going to end

approaching me quickly

leaving a life of fear

I only want my mind

to be clear

people making fun of me

I will kill myself from

holding my breath

voices telling me what to do

Im sure you will get yours too

help me

comfort me

stop me

from feeling what I'm feeling now..

_seksi_

..yeah, and this entry goes to my sweet sister ever. haha. only her know why. hiks. okay, tak ada la nak cakap apa sangat. cuma nak luahkan tentang suatu subjek yang subjektif. seksi. apa tu? ala, sama la macam cantik atau kacak. subjektif gila kot. lantak orang tu la nak describe subjek tu macam mana. its just a word. seksi, ada bagus ada tak. ikutlaa macam mana kita nak bawak diri. seksi bukan pada rupa dan gaya je. wait, nak dengar satu cerita? okay, baru-baru ni saya ada gunakan public transport. maklumla semua nak jimat. so memang sendat padat ketat la keadaan masa tu. SESAK. sangat. apa la yang saya buat kat hiruk pikuk kota tu pun tak tau. haishh. yang saya pasti, perjalanan itu berbaloi. haha. hmm, watak cerita ni adalah seorang lelaki remaja berbaju melayu hijau cair tanpa sampin. rupa? okay,saya suka je. seorang nyonya yang tak la berapa tua, bawak dua paperbag, dan seorang gadis lebih kurang sebaya saya. gadis tu? manis, rambut pendek, pakai jeans paras lutut, tank top hitam, kasut dan bawak beg silang. nampak lincah la. okay. tiga watak. dalam train yang sangat memeningkan tu, semua orang pun rasa nak rebut tempat duduk kan? pasti la. penat kot. jalan jauh. saya? badan kecik pun tak dapat selit jugak! so, kat sini budak lelaki tu tengah duduk. tak tau la dari mana kan. bertuah awak ya! haha. then, saya, nyonya dan gadis tu masuk. ouch, ini bukan gerabak khas untuk wanita ya. ini koc biasa. ;) bila nyonya tu ditolak-tolak masuk ke dalam, dia langsung berdiri depan lelaki tadi. maka terjadi laa kejadian offer and acceptance. budak ni bagi laluan pada nyonya tu untuk duduk, tapi nyonya tu tak nak. "dekat saja maa.." itulah katanya. banyak kali budak lelaki tu offer. orang tua kot. respect sikit la kan. saya nampak budak tu bukan nak menunjuk. tapi dia ada rasa tanggungjawab. cool. offer banyak kali dah ni, nyonya tu tak mau gak. apa la payah sangat. duduk saja laa auntie..duhh. dari tadi saya dan mata-mata yang lain jadi saksi je kejadian tu. tak masuk campur. budak laki tu serba salah. dia dah berdiri kot. dah la train da jalan. terhuyung hayang di buatnya. nak dijadikan cerita panas, gadis lincah yang tadi tu dengan slumbernya, selit sikit dan duduk. HAAA?? nyonya, budak lelaki, saya, dan kebanyakan orang yang nampak apa yang jadi, terpinga pinga. adoiyai, adik manis yang lincah berambut pendek, anda NYONYA ke? ya, mungkin dia rasa situasi offer tanpa acceptance tu bingit dan merimaskan, jadi tanpa ragu-ragu dia yang bikin acceptance. still, tiada kontrak berlaku. haha. tak patut sungguh. nyonya tu pun terkejut tapi dia malas nak kecoh. apa yang dia nak buat pun kan? ouh, sampai sudah di jalan templer. nyonya tu tak pandang pun sesiapa, terus menuju pintu nak keluar. ouh, gadis tu dah pun selamat menyumbat telinga dia dengan earphone. layan lagu ya dik. slowly, budak lelaki tadi tegur. " awak, kalau pun tak nak hormat orang tua, sekurang-kurangnya hormat la diri sendiri sebagai manusia." perghhh. kalau saya, da berdarah telinga, tercabut kepala dengar macam tu. ya la, kadang-kadang kita ni sebagai manusia, tak tau pun tanggungjawab sebagai seorang insan. haihh. memalukan. mungkin tau, tapi malas nak amik port. okay, apa yang saya nampak kat sini, lelaki itu sangat seksi! apa? ya, caranya. perlakuannya. kata-katanya. gayanya. dia langsung tak membentak gadis tu. dia cuma tegur dan senyum. juga bukan senyuman sinis atau bengis. gadis tu diam, muka merah padam. tunduk. mungkin ke saya kata lelaki pertengah 20-an tu seksi sebab dia berbaju melayu? lagi-lagi warna hijau? if yes, maksudnya seksi tu dari paras rupa la eh? macam ni la, cukup kalau saya katakan gadis itu kelihatan seksi luarannya, terdedah kaki dan lengannya, tapi tertutup hatinya. dan lelaki tadi, sopan luarannya, tapi hatinya terbuka mudah untuk berbicara. jika seksi yang sangat subjektif itu boleh di definisikan sebagai apa-apa bahagian yang terdedah, jadi, lelaki tadi lebih seksi dalamannya. awak nilai la sendiri. seksi itu tiada spesifikasi dari segi makna dan abstraknya. jadi, awak seksi tak? ini cuma cerita bukan periksa..

_saya_

..selamat malam. ahaks. siang tadi tidur dua jam je. I was trying hard to be such a normal person. damn. FAILED. lama tak menari-nari kan jari kat keyboard ni. laptop ni kuat merajuk laa sekarang. tiba-tiba buat hal. tu yang buat kurang mood nak online. eh, ye ke? haihh. busy kot. eh, tak jugak. mungkin sebab terlalu banyak perkara yang ada dalam minda, banyak sangat hal yang nak diluahkan, juta-juta lemon. tu yang sampai tak tercerita. stucked and senyap sunyi. bila banyak sangat perkara datang dalam satu masa, langsung jadi hitam kosong pekat gelap. duhh. kenapa saya? urghh, musykil kejap. sekarang pun tengah ada mood nak menulis, tapi otak tengah celaru. jadi, macam mana? :'(

Thursday, November 18

_kamar_


..berminggu aku disini

di dalam kamar aku sendiri


terasa berat kugapai mimpi

dan akhirnya aku bangun lagi


berkali kali aku mencuba

paksakan diri tuk pejamkan mata


namun masih terngiang di telinga

suaramu yang selalu bertanya


aku bukan malaikat

yang takkan pernah terpikat


namun harus kau tau

aku tak bisa hidup tanpa dirimu


cintakah aku

sayangkah aku


pedulikah aku

padamu


masih aku disini

dalam kamar yang tadi lagi


namun belum terjawab resahku

mengapa harus kau cemburu..

_tanda_

..fuhhh. kat shah alam dah. sakit-sakit badan pulak. ada beberapa perkara yang menyedihkan sepanjang seminggu kat rumah hari tu. kalau nak list down, nanti menangis air mata darah pulak. erkk. ada ke benda macam tu? entah. yang pasti sangat sedih. tapi saya dah tak menangis dah. dah tak larat. biarlah Allah yang tentukan. saya percaya je takdir. semoga semuanya akan baik-baik saja nanti. insyaallah. tapi, dalam banyak-banyak perkara, ada satu hal yang buat saya gila lost. haihh. benci sangat. saya tak pernah ada perasaan macam tu seumur hidup. feeling of betrayed. BENCI! tapi, saya maafkan jugak. kenapa laa sengal sangat. nampak je hati batu, tapi bila bab-bab macam ni, dah sakit gila pun boleh lagi nak ingat segala macam kenangan tu. perghhh. bodoh. perasaan bercampur-baur laa sekarang. tadi on the way balik pun, otak kosong je. tak fikir apa-apa pun. boleh tak macam tu? bahaya betul! bawak pun tak nak laju pulak, sekejap je dah sampai, less than half an hour. kalau mak abah tau, padan muka! hmm, tiba-tiba tadi check phone, ada pulak perkara yang menambahkan lagi kebiolan otak ni haa. semuanya tiba-tiba hilang? damn! bila pulak terdelete nih? arghh. bodoh. bodoh. bodoh. itu semua bukti tau tak?? now dah hilang. nak buat macam mana? bukti, hapus. semua ni macam petanda je. tak suka laa. esok nak face hari penting pulak. perasaan sekarang? huh! tak ada perasaan. bengang dan bodoh, mungkin. :'(

Tuesday, November 16

_dapur_

..cool. dah pagi. ini entah malam ke berapa berjaga waktu macam ni. macam dah lupa waktu pagi ala-ala langit tengah membiru tu macam mana. well, this is me. yeah, letih jugak sebenarnya ni. nak raya kan? eh, orang lain ni tak sambut raya ke? tidur macam tak ada apa je. pelik betul. saya baru je selesaikan semua kerja dapur. siapkan bahan-bahan nak masak esok petang. malam raya katakan. ala, sama je raya puasa ke raya korban. bezanya kita tak puasa. badan pun dah bau bawang, cili, halia, lengkuas dan segala macam laa. dapur dah setel semua. macam tak ada apa-apa jadi pun tadi. ehem, bagusnya saya! harap-harap mak tak ada bising esok. nak cerita pasal dapur dengan mak sikit ni. mak okay. dapur pun okay sebenarnya. tapi yang buat jarang nak masuk dapur time mak pun ada kat dapur tu bukan apa, mak banyak komen. ahaks. memang la boleh. tapi mak saya susah sikit. kerja kena perfect. exactly like her. siap masak satu, basuh. setel pakai barang ni, basuh. lap sana. lap sini. kain buruk tu bila kotor, mak akan rendam dalam air klorox. mak awak macam tu tak? aduhh. buat kerja semua kena elok, kalau salah akan diungkit la sampai tua gamaknya. mati la siapa nak jadi menantu mak nanti. kena betul-betul siapkan diri. kang kena reject tak pasal je. aha! tapi, rasanya la kan. saya dah boleh faham cara kerja mak ni. almost 80%. nak kata sama macam mak tak berani la kan? sebab still ada je komen-komen yang agak buat saya kadang eager sangat nak tau macam mana nak jadi perfect macam mak. arghh. memang la tension. tapi kan, sebab mak saya mcam ni la saya buat kerja kat mana-mana pun, rumah siapa pun, saya terikut cara mak. tak suka messy and serabut. mak, bangga tak? haipp. kalau tanya mak macam tu, tak ada nya mak nak puji. mak akan tetap kata ada salah lagi. tak apa, orang belajar lagi eh? tua nanti pandai laa. duhh, tunggu tua baru nak pandai. letih ni. tapi sebab buat kerja tadi suka and ikhlas sebab nak RAYA, rasa seronok! perghh, macam banyak je if nak cakap pasal mak ni. apa pun, orang nak sangat jadi macam mak. ada masalah ke , sakit ke, lapar ke, kerja jalan gak. mak hebat laa! okay, nak rehat kejap. harap mak puas hati bila bangun nanti. ;)

Monday, November 15

_kenapa_

kenapa
kenapa dan kenapa
nyatakan kenapa
kenapa harus begitu jadinya
kenapa perlu itu jalannya
hati tak segan menangis
jiwa tak silu merintih
minda tak malu menjerit
namun
kenapa tiada apa akhirnya
kenapa begitu lakunya
dan kenapa
perkataan kenapa
itu jadi soalannya
hati jiwa dan minda
terlalu berat
terlalu letih lagaknya
terlalu canggung rentaknya
dan masih, kenapa?

Sunday, November 14

_tidur_

..dah lama rasanya tak tidur dengan betul. time exam lagi laa kan? kira tidur sekadar cukup syarat supaya tak blank. aha! bila laa nak jadi normal. dah lima tahun macam ni. kelawar gila. adehh. siang tidur. malam berjaga. entah bikin apa. dah lama tak rasa perasaan basuh muka, tutup lampu, pergi katil, tarik selimut dan tidur. dah lama sangat! asyik-asyik tertidur. bila sakit-sakit badan sebab tidur tak betul, sibuk mengomel. marah diri sendiri. padahal, sendiri yang tak cuba jadi normal. kan nikmat tu jadi macam orang lain. jadi NORMAL. haisshh. hari ni ahad, dan ini dah masuk dua kali. duhh. dah dua kali ahad saya tidur 6-6. teruknya! zohor asar langgar saja. sedap sangat tidur. eh, tidur bila-bila masa pun sedap. kan? haipp haipp. jangan buat lagi! saya tak suka laa. saya mahu jadi normal macam zaman sekolah dulu. sangat nikmat!

_she_



.. I love her. she is another version of me. she is a happy girl who loves to smile and laugh. act like a little kiddo who always been called minor. she helps a lot in cheer up my life. she always being herself. she never easily get influenced by others. if only I could be like her. enjoying my life to the fullest. if only I could be this girl all the time. I like her. always. when she being way too happy with her life.i wish. and you are, another side of me..

_kebal_

..lagi sekali. eh, bukan lah. dah berkali-kali. tapi, kerana ini. dek kerana perkara ini tangisan ini entah untuk ke berapa kali. saya tak pasti. perlu ke 'itu' jadi penyebab pada tangisan ni? saya penat. bukan badan, tapi jiwa. sampai kadang mati akal dibuatnya. saya nak, saya cuba, saya percaya. semuanya tak mustahil. tapi, nampaknya kuasa Allah tu lebih dari segalanya. saya mungkin bukan gadis polos yang ikut semua telunjuk. saya juga mungkin bukan gadis manja yang bisa dijinakkan dengan mudah. dan saya bukanlah gadis liar yang bikin gara-gara hanya sekadar untuk meraih perhatian. saya gadis biasa. tiada yang luar biasa. saya sama macam manusia lain. macam awak. bezanya, saya gadis yang kenal diri saya dan saya tetap dengan cara dan lenggok ni. apa pun, siapa pun saya, betapa jauhnya beza saya dengan orang lain, saya tak rasa hati saya patut dicalar. macam ni. yea, memang tak nampak. kalau boleh nampak, dah tentu banyak hati dah terubat kat dunia ni. luka ni kan awak, memang lah boleh sembuh. tapi kesan parut tu susah nak hilang. dan, kalau pun hilang, memori tentangnya takkan padam. ini bukan papan kekunci yang ada butang delete mahupun backspace yang dengan mudah dan tanpa ragu-ragu kita tekan kalau berlaku kesilapan. ini kehidupan. berpijaklah di bumi yang nyata. kalau parut tu hilang, kita tetap tau sesuatu pernah berkesan di situ. kalau la kan? kalau la awak boleh nampak hati saya, saya yakin awak akan tengok hati paling banyak kesan calar berbirat dan parut buruk menetap. haihh. terima kasih atas kekuatan yang Allah bagi pada saya selama ni. biarpun hati ni begini, kekebalannya saya je yang rasa. dan hanya Allah yang lebih mengetahui. nak tau kebal macam mana? bukan. bukan. bukan macam gaban suria perkasa hitam tu. kebal nya hati ni sampai tahap sebal. saya yakin saya mampu terima apa saja. atas segala kesusahan dan keperitan yang saya lalui, hati saya sangat sangat sangat rapuh pada zahirnya, tapi sangat la kebal pada batinnya. bayangkan. kebalkan? itu semua gara-gara awak.

_cloud_

..miles away
there's hopeless smiles
brighter than mine
and I need for you to come
and go
without the truth
falling out
old incisions
refusing to stay
like sun through the trees
on a cloudy day
you brighten my life
like a polystyrene hat
but it melts
in the sun
like a life without love
but
I have waited for you
so
I'll keep crying out
without you..

Saturday, November 13

_darah_

hati
hati luka
hati luka berdarah
hati luka berdarah kasih
hati luka berdarah kasih sayang
hati luka berdarah kasih sayang awak

tapi

awak
awak tak
awak tak nampak
awak tak nampak hati
awak tak nampak hati luka
awak tak nampak hati luka saya

sebab awak buta mata hati.
tolong pergi.

Friday, November 12

_bunga_

..sab'atun..
3 : nasi lemak
5 : jarum
8 : rambut
15 : kereta
19 : ais krim
27 : gitar

..thamaniatun..
27 : kapal terbang
31 : air mata

..tis'atun..
26 : tembok

..'asharatun..
1 : kuih raya
10 : hati
16 : biruputih
18 : tingkap

.haishh. ini bunga. yang sangat sukar nak jumpa. ya, bunga la. ini bukan cerita.

_you_


..faith you're driving me away. you do it everyday. you don't mean it but it hurts like hell. my brain, says I'm receiving pain. a lack of oxygen. from my life support. we too young to fall asleep. too cynical to speak. we are losing it can't you tell? we scratch our eternal itch. a twentieth century bitch. the headshrinkers. they want everything. suck your teenage thumb. toilet-trained and dumb. when the power runs out we'll just hum. this this is our new song. just like the last one. a total waste of time. and if you're frightened then you can be frightened. you can be it's okay. its totally okay. i mean it.. :

_kosong_

..pernah rasa tak? rasa apa? kosong laa..haihh. kalau markah kosong, tak pernah la kan. sebab dulu first time exam add math, at least saya dapat 7/100. okay la tu. ada je orang yang dapat 3. ahaa. that was six years ago. ;) kosong ni, bukan macam tin yang tergolek kat tepi jalan. bukan jugak macam kotak rokok yang dah kosong. atau pun balang gula yang kosong tapi malas nak isi. kosong yang saya rasa, kosong hati. kosong dalam minda. kekosongan jiwa. pernah rasa ke tak ni? adoiyai. tin kosong, sila lah tolong buang. kalau kotak rokok kosong, apa lagi berhenti laa merokok. dan kalau balang gula dah kosong, pegi giant dan beli la. hmm, sekarang ni saya rasa sangat kosong. macam suatu perasaan kehilangan. apa yang hilang? saya tak pasti. saya fikir hidup saya lengkap. ada keluarga jumpa setiap minggu. ada kawan boleh jumpa selalu. ada orang2 istimewa yang sanggup temankan saya. saya masih lagi study yang boleh bawa saya fikir jauh tentang masa depan. tapi kosong tu tetap ada. kenapa ya? saya penat fikir. saya penat cuba cari. tapi tahun ni, saya jumpa satu ketika tu. kekosongan tu seolah terisi pulak. semuanya nampak sempurna walhal masa tu banyak perkara yang sangkut kat otak saya. pelik kan? tapi semua tu sekejap je. sekarang ni, saya dah rasa kosong balik. saya rindu masa tu. ketika tu. waktu itu. hari-hari tu. ya, kerinduan itu sangat menyakitkan. dan ketika perasaan kosong ini datang lagi, rindu dan sakit tu singgah bersama-sama. tak apa lah, saya harap cerita kosong ini bukan sekadar omongan kosong. bagi saya, perkara kosong ini, mengajar saya menghargai setiap detik yang 'penuh'..

Wednesday, November 10

_unta_

..that was a beautiful night I ever had. a month ago. I cant clarify. really. I can feel it. deeply in heart. I know, it seems weird and sounds so wrong to feel this way. but. there is no turning back. it was you. and me. yeah, I am a happy and lucky girl that night. I guess. I am sorry for what happened. please, keep your sweet smile on. and this is for you.

untuk terakhir ku ingin bertemu
memelukmu
menjagamu
meski aku takkan pernah
bisa lagi melihatmu
cinta ini takkan hilang
sampai mati kan ku simpan
kerna hati ini
tak mungkin bersatu
menjalani cinta ini
meski aku takkan pernah
bisa lagi melihatmu
cinta ini takkan hilang
sampai mati kan ku simpan

("_)

_lima_

..ehem, apa? apa lima? entah? buku lima kot. tak pun lima kali sehari. haa. ke lima ringgit? decide sendiri la. tu bukan sekadar angka okay? banyak maksud. hidup ni banyak perkara yang melibatkan LIMA. lima perkara. lima hari. lima waktu. lima kilometer. lima pinggan. banyak ah. malas pulak nak listkan. adik beradik saya pun lima. saya lahir bulan lima. haishh. pening deyh. banyak kan? okay2, apa kata cerita pasal lima ringgit? hurmm, kalau dah cerita bab duit. kita kena la masuk bab barang2 kan? ahaa. banyak barang lima ringgit sekarang. murah. ala, duit hijau tu. senang je keluar. sekali bagi, dapat satu barang. makan satu hari lima ringgit pun cukup. kalau saya laa. mungkin ada orang, sekali makan dah lima ringgit. kalau tiga kali? darab lah. takkan tu pun nak pakai kalkulator kot. adoi. lima best kan? sifir lima pun paling senang nak hafal. 5 10 15 20 25 30 dab seterusnya. tak kuasa ah nak jadi cikgu math pulak. tapi kan...saya lagi suka seringgit. sebab? kalau bayar guna lima ringgit, dapat LIMA barang. cool kan? ahaks. sokong? sepp! give me 5ive!

_bintang_

..bintang, terlihat terang. saat dirimu datang. cinta, yang dulu hilang. kini kembali pulang..bintang? tak pasti sangat la rupanya. sebab dari kecik diajar lukis bintang tu ada lima bucu. tapi kat bendera Malaysia, bucu nya ada 14 pulak. hmm, ada keraguan di situ. lagi-lagi, saya tak pernah tengok dari jarak dekat apa tah lagi nak pegang. tapi, saya cuma harap khabar angin tentang keistimewaan bintang adalah benar. sebab ada yang kata bulan tu cahaya nya lebih terang. oh, saya juga masih ragu-ragu di situ. tiada fakta sahih yang saya dapat. mungkin saya tak habis cari kot. tapi, saya masih ingat kata-kata unt, cahaya bisa dicari, tapi kegelapan sukar di ukur. tak faham kan? dia kata, suatu hari nanti dia bagitau. hmm, bila? tunggu je laa nampaknya. andandon oku dika.

Tuesday, November 9

_putih_


..yeah, putih. mungkin sama juga dengan maksud baru. ataupun suci. indah kan bila semua nya tampak bersih tanpa cela? putih itu bersih. bersih tu pulak bagus dan baik. tapi, setiap yang putih itu takkan selamanya kekal macam tu. lambat cepat, pasti pasti ada hitamnya nanti. eh, maksud saya, coretan atau kenangan laa. bukan hitam apa pun. tanda hitam atau kesan kotor tak semestinya buruk. mungkin itu suatu tanda atau titik permulaan bagi suatu pengalaman? siapa tau kan? jadi, mari kita kotorkan laman putih ni..lets jum..