Monday, November 29

_dia_


"..kotak hati ini dilanda ribut

serabut kapal maka jadinya

ada yang nak

tapi hati menolak

ada yang mahu

tapi jiwa meronta tiada bertemu

ada yang mencuba

minda pula gagal menerima

kenapa ni?

tak bersyukur?

tiada sampai serunya?

atau sudah tiada rasa?

mungkin juga takut?

kosong.

penat.

itu lebih tepat

mungkin jasad ini selesa begini

sendirian saja


perih

ditambah lagi

kotak hati

diketuk dan cuba dibuka

kembali

sampai bila

sampai ke mana

mahu diheret pergi


lelah

silih berganti

ada sesuatu

tersangkut tergantung juga tenggelam

di situ

apa mahunya


aku tak pasti

aku keliru

tak pernah begini

jangan biarkan aku lari

lagi.."

2 comments:

  1. mungkin jawapan nye terletak kepada kesabaran dan ketabahan hati > ke mane kah arah tujuan nye

    ReplyDelete