..pernah rasa tak? rasa apa? kosong laa..haihh. kalau markah kosong, tak pernah la kan. sebab dulu first time exam add math, at least saya dapat 7/100. okay la tu. ada je orang yang dapat 3. ahaa. that was six years ago. ;) kosong ni, bukan macam tin yang tergolek kat tepi jalan. bukan jugak macam kotak rokok yang dah kosong. atau pun balang gula yang kosong tapi malas nak isi. kosong yang saya rasa, kosong hati. kosong dalam minda. kekosongan jiwa. pernah rasa ke tak ni? adoiyai. tin kosong, sila lah tolong buang. kalau kotak rokok kosong, apa lagi berhenti laa merokok. dan kalau balang gula dah kosong, pegi giant dan beli la. hmm, sekarang ni saya rasa sangat kosong. macam suatu perasaan kehilangan. apa yang hilang? saya tak pasti. saya fikir hidup saya lengkap. ada keluarga jumpa setiap minggu. ada kawan boleh jumpa selalu. ada orang2 istimewa yang sanggup temankan saya. saya masih lagi study yang boleh bawa saya fikir jauh tentang masa depan. tapi kosong tu tetap ada. kenapa ya? saya penat fikir. saya penat cuba cari. tapi tahun ni, saya jumpa satu ketika tu. kekosongan tu seolah terisi pulak. semuanya nampak sempurna walhal masa tu banyak perkara yang sangkut kat otak saya. pelik kan? tapi semua tu sekejap je. sekarang ni, saya dah rasa kosong balik. saya rindu masa tu. ketika tu. waktu itu. hari-hari tu. ya, kerinduan itu sangat menyakitkan. dan ketika perasaan kosong ini datang lagi, rindu dan sakit tu singgah bersama-sama. tak apa lah, saya harap cerita kosong ini bukan sekadar omongan kosong. bagi saya, perkara kosong ini, mengajar saya menghargai setiap detik yang 'penuh'..
hidup mmg penuh ngan no kosong (0)... sebagai teman (sbb nk berehat, mesti kt tercari2 dikalo idup terlalu sibuk), musuh (dikala bosan dan xtau ape nk wat, so harap2 ade benda/aktvt nk wat. xkn asyik2 nk berborak kosong je).
ReplyDeleteso hargai la setiap langkah yg kt ambik, biar pn ia baek (tauladan) dan buruk (pengajaran)...
ingin berkongsi lagu.... slmt memdengar...
ReplyDeleteToo Phat - Alhamdulillah
(Dian Sastro)
disaat waktu berhenti... KOSONG
dimensi membutakan mata,memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa.....