Sunday, November 14

_tidur_

..dah lama rasanya tak tidur dengan betul. time exam lagi laa kan? kira tidur sekadar cukup syarat supaya tak blank. aha! bila laa nak jadi normal. dah lima tahun macam ni. kelawar gila. adehh. siang tidur. malam berjaga. entah bikin apa. dah lama tak rasa perasaan basuh muka, tutup lampu, pergi katil, tarik selimut dan tidur. dah lama sangat! asyik-asyik tertidur. bila sakit-sakit badan sebab tidur tak betul, sibuk mengomel. marah diri sendiri. padahal, sendiri yang tak cuba jadi normal. kan nikmat tu jadi macam orang lain. jadi NORMAL. haisshh. hari ni ahad, dan ini dah masuk dua kali. duhh. dah dua kali ahad saya tidur 6-6. teruknya! zohor asar langgar saja. sedap sangat tidur. eh, tidur bila-bila masa pun sedap. kan? haipp haipp. jangan buat lagi! saya tak suka laa. saya mahu jadi normal macam zaman sekolah dulu. sangat nikmat!

No comments:

Post a Comment