
"..kotak hati ini dilanda ribut
serabut kapal maka jadinya
ada yang nak
tapi hati menolak
ada yang mahu
tapi jiwa meronta tiada bertemu
ada yang mencuba
minda pula gagal menerima
kenapa ni?
tak bersyukur?
tiada sampai serunya?
atau sudah tiada rasa?
mungkin juga takut?
kosong.
penat.
itu lebih tepat
mungkin jasad ini selesa begini
sendirian saja
perih
ditambah lagi
kotak hati
diketuk dan cuba dibuka
kembali
sampai bila
sampai ke mana
mahu diheret pergi
lelah
silih berganti
ada sesuatu
tersangkut tergantung juga tenggelam
di situ
apa mahunya
aku tak pasti
aku keliru
tak pernah begini
jangan biarkan aku lari
lagi.."
mungkin jawapan nye terletak kepada kesabaran dan ketabahan hati > ke mane kah arah tujuan nye
ReplyDelete: ye lah. thank you.
ReplyDelete