Tuesday, January 31

_gaduh_

Drying up in conversation
You will be the one who cannot talk


Dont leave me high, dont leave me dry..


Song played : High and Dry by Radiohead.
Mood : Stuffy.


Serak-serak basah suara aku tiga empat hari ni. rasa nak terkoyak tekak. apa yang aku belum cuba? namakan saja. naik muak jadinya. sama juga keadaan rumah sementara aku ni. dingin senantiasa. gara-gara hati yang kurang bersih dan mulut yang berbau longkang.


apabila kau ramai kawan, kau bergaduh.

apabila kau kurang senang, kau bergaduh.

apabila gaya serba tak kena, kau bergaduh.

apabila hati dan jiwa tak sebulu, kau bergaduh.

apabila kau lebih meluah dari memendam, kau bergaduh.

apabila kau sangsi cemburu buta, kau bergaduh.

apabila tak sependapat tak sehaluan, kau bergaduh.

kau bergaduh, bila saja kau mahu.


seolah semua yang kau pandang hitam belaka tiada putihnya.

seolah hanya kau yang tegak dan mereka serong semuanya.

seolah mereka semua patung kau saja lurus lagaknya.


penat. muak. dan jelek.

bukan ke bergaduh itu tiada satu pun baiknya melainkan membawa kemudaratan semata?

ada kau fikirkan itu?



TIDAK? ah, maka kau kekal saja lah begitu.


Sunday, January 22

_sesat_

One baby to another says I am lucky to have met you..
I dont care of what you think unless it is about me..

you, you, I like you.

Song played : Drain You by Nirvana.
Mood : Lost.

ngeh. jika mengikut kadar mood aku saat ini, boleh dikira sebagai sesat. ah, SESAT? padahal dari tadi duduk fikir saja. macam mana aku nak mendefinasikan perkataan sesat yang aku maksudkan tadi, aku sendiri kurang pasti. 

aku di bawah. di syurga aku. aku tercanguk sendirian saja kala ini sedang yang lain sudah lama dibuai mimpi nan indah. mungkin lah kot. dang! sejak tadi fikiran aku kosong. tangan meliar melayari segala jenis laman sesawang yang terlintas. tapi tak ada sedikit pun yang menarik perhatian aku. tak ada langsung yang dapat mencuri pandangan aku. tak ada juga yang dapat menangkap perasaan aku. hanya aku dan si biru. kosong. dan kosong.

aku sepatutnya tidur. dan pernyataan ini aku dah sedari sejak tadi. sejak jam 12 tadi. sejak semua ahli keluarga naik menuntun satu sama lain menuju ke kamar masing-masing. kecuali aku. manusia abnormal dan membosankan yang masih setia pada sang malam. hanya aku dan bintang. aku dan malam. 

beberapa jam lagi aku harus bergerak. mencari gadis-gadis kota teman seperjuangan aku zaman remaja dulu. uh ya. aku masih remaja. tapi lebih tepat jika terma 'awal dewasa' digunakan bagi merujuk kepada status aku dan teman-teman lain. rindu benar aku untuk berkumpul dan bergelak ketawa bercanda bergurau senda dengan mereka. entah apa lah cerita kali ini. nah, sebenarnya jika cerita sama diulang berjuta kali pun, aku tak pernah jemu bosan menghadap mereka. mereka teman terbaik yang pernah aku ada. 

sementara kami masih lagi boleh dikategorikan sebagai 'single' walaupun ada diantaranya yang termasuk dalam kumpulan 'not available', baik aku menikmati dan mencipta saat dan detik manis. alamak, makin rancak otak dan makin ligat pula jari aku saling bekerjasama antara keduanya. nampak seperti perasaan sesat aku semakin kelam dan jalan terang aku dan mula kelihatan. dang! 

seketika aku sedih. kemudian terkedu. dan kini aku sendiri jadi tak sabar menanti. lihat saja apa yang bakal aku bicara selepas semua penantian selesai. ayuh ke kotak hijau aku buat masa sekarang.

Tuesday, January 17

_refleksi_

I just cant seem to find a way..
to leave the love behind..

why we have to play these games we play..

Song played : Stuck by Stacie Orrico.
Mood condition : Weird.

mandi sudah. makan sudah. mencuci segala pakaian sudah. melipat dan menyusun atur baju-baju mengikut saiz jenis dan warna juga sudah. memilih dan menggosok semua baju untuk kerja hari esok juga sudah. eh, tipu. sehelai je. sebab itu sahaja yang berkenan di hati buat masa ni. yang lain? dah BOSAN. mahu tidur. mahu normal. tetapi selagi tak menoreh-noreh kertas putih dengan menarah-narah idea dalam kepala, selagi itu hati tak bisa tenang.

***

aku cuma ada satu yang terlintas kala ini. cuma satu perkataan. its reflection. ya, refleksi dalam bahasa melayu. bagaikan cermin. setiap kali melihat, aku seolah-olah terpandang imej serupa. 
gaya dan bicara. 
lagak dan ego. 
riak wajah dan kerut muka.
cara melampiaskan marah melalui pandangan mata.
lebih memilih untuk diam dari meneruskan kata-kata.
bukan kerana menjaga hati atau berselindung kepura-puraan, 
cuma khuatir butir kata lebih berbisa

itu cuma apa yang aku rasa. mungkin sama tapi tak serupa. lumrah manusia, tak pernah sedar keegoan dan sifat antagonis dalam diri. hingga suatu saat, terjelapuk suatu tubuh lain seakan serupa berdepan bertentang empat mata. kita akan berasa bagai berhadapan dengan sebuah cermin. refleksi terhadap kelakuan dan tingkah laku.

mungkin aku perasan.

tapi aku kadangkala dapat merasa. seolah-olah itu adalah refleksi aku. diri aku. yang bisa bikin aku tersenyum sinis menolak jauh-jauh kebenaran yang aku sendiri pasti. mungkin bukan semua. tapi hampir separuhnya. 

aku nampak refleksi aku. 
aku nampak dia. 
aku nampak refleksi aku pada dia. 
aku nampak siapa diri aku bila saja aku nampak dia. 
mungkin aku adalah refleksi dari dia. 
atau mungkin dia adalah refleksi nyata dari diri aku.
ia mungkin menjadi apa saja. 



dan refleksi itu sebenarnya membuat aku terkaku.

Friday, January 13

_mustahil_

smiling right from ear to ear..
almost laughed herself to tears..

and if its not enough, try again, over and over again.

Song played : A Little Piece of Heaven by A7X.
Mood condition : Empty.

Segar dapat bersiram tengah malam. ya, tahu lah tak baik. tapi best kot. ngeh. dari tadi terperap dalam kamar mandi berduyun-duyun idea datang. bermacam tajuk entri terlintas melintas. rasa macam berkobar-kobar tak cukup satu malam. seakan tak menyempat menunggu kerja siap baru meraba-raba si biru ni. rasa macam nak segera hamburkan segala perasaan atas laman sesawang yang satu ni. oh tidak, malang sekali. seusai mandi tadi, capai baju serba merah jambu dari atas ke bawah dan segera duduk di kerusi yang tak seberapa empuknya ni. sentuh tetikus jingga. 

Put on the earphone. both ears. volume turn up to 99%. keep clicking everywhere. anywhere. pick a song. slowly head banging take place. change one song to another. eat some butterscotch bread. sip some homemade hot milo. ready to burst out all the awesome ideas. (I do think its awesome). you dont? I dont care. urghh. its already 2.52am. and DANG! I dont know what to write. I dont have any idea right now. I am totally blank.

Psiko sekejap. kadang-kadang orang kena rasuk pun terspeaking juga. pernah dengar? haa. sama la dengan. ngeh. aku pun tak pernah dengar cerita dongeng sedemikian rupa. awal pagi ni aku cuma nak melahirkan rasa dan keluhan hati aku. dari lima akan menjadi empat. lama-lama tinggal tiga. berdua dan kemudiannya satu. mungkin tak satu yang terakhir tu aku? MUNGKIN. kenapa? aku belum pasti. nanti aku cuba cari jawapannya bila perkara lima menjadi empat itu selesai. atau mungkin juga setelah satu persatu jumlah itu semakin berkurangan baru aku akan mula gelabah katak memandang nun jauh ke depan. suatu saat, suatu ketika dahulu aku pernah terfikir. pernah terbayang. cuma apa yang aku rasa dahulu tak mungkin sama. mungkin rasa itu pernah singgah ala-ala serupa, tapi manakan mungkin pada kadar yang sama. 

Bagi kami jumlah berkurang. pada dia, angka bertambah. asal saja dia bahagia. kami turut gembira. buat aku dan yang lain, mungkin punya impian dan anganan seumpama dia. cuma belum masa. YA, belum tiba waktu. aku sendiri tak dapat membayangkan dan menganggarkan keadaan dan perasaan andai saja saat itu tiba. sumpah, tak tercapai akalku. bagai lagu Ellyana. urghh. aku bukan mengeluh. bukan juga cemburu. ia suatu perasaan kosong yang menarik-narik hati untuk meluahkan sebuah rasa yang teukir di minda dalam bentuk kata-kata. mungkin bukan aku. mungkin bukan mereka yang lain. tapi dia. kerana dia yang telah bersedia. semoga semuanya baik-baik saja. 

Kadangkala aku terfikir, jika kisah hidupku ini bagaikan sebuah novel sebenar bersama hasil nukilan penuh dengan ketelitian pada setiap inci jalan cerita, ingin saja aku selak ke episod terakhir dan helaian penghabisan cerita. aku sendiri tak sabar untuk mengetahui drama tidak bersiri ini. tak perlu aku gigih membaca setiap patah dan membelek setiap helaian. tapi, mana mungkin. tidak mungkin. MUSTAHIL.

Wednesday, January 11

_adil_

you keep on falling
and no one can here you calling
so you end up self destructing

Song played : Ghetto by Akon.
Mood : Fresh.

Ngeh. ada hati nak menaip selepas mandi. dari tadi duduk terpacak tak buat apa pun. kertas berhamburan. rasa hati menggunung nak siapkan lambakan kerja. semacam malas pulak. as expected. dang! esok bila fail-fail kau tersusun cantik sampai kau sendiri dah lupa apa yang kau patut submit, tak payah laa nak sibuk-sibuk emosional di pejabat. cari pasal sendiri. nanti tiba dateline, senyum saja lah pada bos, garu-garu kepala sikit dan jawab, " I'll do it now and put it on your table by today, Mr B!". janji palsu. semua tahu.

Ala, kerja office, di office laa kan? kerja rumah, di rumah. baru lah adil namanya. dalam buku akhlak darjah lima masa sekolah agama dulu pun ada kata, ADIL itu adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. owh, okay. sekarang aku dah jadi tak adil. kain baju menimbun siap dilipat tak reti pulak nak susun. dah nak pindah sangat gamaknya. eloklah, nanti susun terus masuk kotak, bawak balik Punc. kalau dah malas sangat, biar saja lah. nak pakai, cari dari kotak. lepas tu kau porok je balik semua tu dalam kotak. begitulah seterusnya sehinggalah kau temui kotak-kotak kau di rumah sampah kecil depan rumah tu. kau cuba lah. jika kau tak percaya pada kudrat mak kau untuk angkut semua kotak itu ke bawah. *dush*

Letih laa dua tiga minggu ni. badan letih. otak juga. rasanya dah terlalu banyak mengeluh tentang perkara negatif semata. seakan langsung tiada perkara positif dan membahagiakan. siapa kata tiada? ada lah. tapi sedikit sangat sampai tak berapa perasan itu adalah perkara manis. dang! teruk gila. apa yang indahnya? entah. eh, benci betul dengar perkataan 'entah' tu. dengar, baca or sebut. semua tak suka. seakan jawapan endah tak endah. seakan diluah bagi memberi respon sekadarnya pada sebuah penyataan. seakan suatu garisan mendatar di atas sehelai kertas. haihh, entah lah. oopss. sebagai sebuah keluhan tak berkesudahan pun ada. ahh. malas fikir lagi.

Tengok? perkara timbunan dan lambakan kerja pejabat dan rumah yang tertangguh, aku pandang enteng. tidak berbicara lantang atas sesuatu dan menjalankan tanggungjawab terhadap diri sendir dengan baik, aku gagalkan. sentiasa merasa cahaya putih dan memandang gelap hitam pada pandangan cara dan laku insan lain, aku tongkatkan. suatu tika, aku terdetik. bukan aku tak punya masa memperbaiki diri, kelakuan dan tutur kata, tapi sebenarnya aku di antara dan salah seorang manusia yang malas. malas berfikir. malas merenung. malas mengheret sehingga berderet-deret. lebih teruk, bukan aku tak punya masa, cuma aku malas mencari masa. sekaligus ia menjadikan aku manusia paling teruk pada mata aku sendiri. 

Jika kau kekal malas sebegini, jangan kau bentak hidupmu masih sama berlingkar di kaki bukit sedang yang lain sudah mula mendaki. tahniah si kaki bukit! sila kau kemukakan plan B.





Sunday, January 8

_rindu_

malam, kau bawalah rinduku untuk dirinya yang jauh dariku..
hujan, bawa air mataku yang mengalir membasuh lukaku..

Song played : Ombak Rindu by H&A.
Mood : Just okay.
Room condition : Superclean. ;)

Subhanallah. bukan main payah nak menaip walau se entri pun. si biru ni dah lama terbuka. terbiar. teronline senantiasa. tapi jari-jari ni sangat malas memandangkan otak juga semakin lembap saban hari. perut sentiasa lapar rasa nak makan. ala-ala ada rama-rama in my stomach. damn. itu pepatah untuk orang nervous. sekarang aku tak nervous. cuma rindu. rindu yang semakin menyakitkan kala hari berganti hari. buat masa ni, aku terlalu rindukan tiga perkara ini. 

1. Putih.
2. Bau lewat malam dan awal pagi.
3. Zaman belajar. 

Pertama, dah hampir 21 hari putih hilang. gagal dikesan. kehilangannya seakan tiada logika pada mata aku. aku tau ia bukan misteri seekers atau apa. cuma, aku masih belum mampu terima kehilangannya gara-gara kecuaian aku. bukan, aku yakin ada hati yang kurang senang atau mungkin niatnya membalas dendam. bukan aku menuduh tetapi segala sudut dan segi tampak seakan membenarkan rasa hati aku. aku hampir kehilangan kata-kata dan mungkin juga jiwa tatkala tapak yang menempatkan putih itu kosong. putih lesap. hampir tiga tahun setengah aku bersama putih. mana mungkin? aku hanya mampu pasrah. tanpa air mata hingga saat ini. maaf, aku tak mampu redha. kecewa aku bukan kepalang.

Kedua, sudah sekian lama baru minggu ini aku dapat rasa bau malam. perasaan sayu dan hiba kala hari beransur pagi. kota lumpur senyap sunyi. jika di dibanding dengan kehidupan lalu, aku merasai bau ini hampir setiap malam. aku suka suasana hening. aku cinta kesunyian malam. tika itu perasaan tenang berada di tahap tertinggi. aku benci hiruk pikuk. aku bosan dengan kenderaan lalu lalang. kesibukan kota dan manusia mendambakan dunia. jika saja aku dapat merasa ketenangan seumpama ini, tatkala bulan bersinar dan hari menjengah subuh. saat paling indah. aku mengimpikan saat ini dan aku mahu berada di pantai sambil mendongak ke langit mengira bintang. aku rindukan angin malam ditemani bintang terang.

Ketiga, sekarang sudah hampir setahun aku meninggalkan zaman belajar. aku rindu semua kenangan. jika aku amati setiap satu kejadian dalam hidupku sepanjang proses pembelajaran aku berjalan, pasti terlalu minor kumpulan kenangan hitam. terlalu banyak perkara manis. aku masih bisa mengingati setiap detik waktu. aku terlalu rindukan zaman remajaku. bukan lah bermakna aku sudah tua. cuma, bila umur meningkat dan usia menginjak, menembusi zaman awal dewasa ini kadangkala buat aku rasa sesak nafas. tercungap-cungap aku menyusun langkah dan mendaki. aku masih di kaki bukit. masih jauh lagi perjalanan pengembaraan ini. aku terlalu rindu akan hidupku sebagai pelajar suatu masa dahulu. terlalu pantas masa. sehingga suatu saat aku benci melihat jam dan masa berlalu bagaikan air yang terjun terus tanpa pernah naik ke atas dan menoleh lagi. 

perasaan rindu yang mendalam buat aku sakit. sugul saja muka ku setiap pagi bangun untuk bekerja. menarik nafas sedalam-dalamnya, memejamkan mata, aku tahu. aku hanya perlu ikhlas dan meneruskan hidup ini hanya kerana Allah. 

kehilangan putih menyebabkan aku mengalami kesukaran untuk melangkah saban hari ke tempat kerja. gara-gara kerja, aku bangun dan tidur awal setiap malam sehingga jarang sekali aku bertemu bau malam yang aku cintai itu. dan kerana kerja ini, aku semakin merindukan zaman belajar aku. jelas, ia cukup berbeza. rindu. rindu. rindu. perasaan rindu dan kesepian ini kian kerap kali muncul sehingga aku tidak kenal lagi siapa aku yang dulu. hambar dan pudar mungkin ungkapan terbaik bagi menggambarkan perasaan aku kala ini. mungkinkah aku sudah kehilangan nikmat sebuah rasa? tolong jawab aku.


Friday, January 6

_2 0 1 2_


 .. Today is the sixth day in January. It is 2012 now. I wished to drop by at least an entry per day starting this new year. Sadly said, the year started with kinda hectic and damn busy days. As always. I am in the office now. I haven’t taken my lunch yet. As always. Yeah, again. So, I have changed my mind now. I am forcing myself to jot down at least an entry per week, AT LEAST. Sounds ridiculous? I am. If I have just EXTRA time which I know that could never been happened, I will write more. I promise. I wish.

And HAPPY NEW YEAR to all.

It is a new year, new book, new chapter with the same old pathetic me. Lets going through this life together..