Wednesday, January 11

_adil_

you keep on falling
and no one can here you calling
so you end up self destructing

Song played : Ghetto by Akon.
Mood : Fresh.

Ngeh. ada hati nak menaip selepas mandi. dari tadi duduk terpacak tak buat apa pun. kertas berhamburan. rasa hati menggunung nak siapkan lambakan kerja. semacam malas pulak. as expected. dang! esok bila fail-fail kau tersusun cantik sampai kau sendiri dah lupa apa yang kau patut submit, tak payah laa nak sibuk-sibuk emosional di pejabat. cari pasal sendiri. nanti tiba dateline, senyum saja lah pada bos, garu-garu kepala sikit dan jawab, " I'll do it now and put it on your table by today, Mr B!". janji palsu. semua tahu.

Ala, kerja office, di office laa kan? kerja rumah, di rumah. baru lah adil namanya. dalam buku akhlak darjah lima masa sekolah agama dulu pun ada kata, ADIL itu adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. owh, okay. sekarang aku dah jadi tak adil. kain baju menimbun siap dilipat tak reti pulak nak susun. dah nak pindah sangat gamaknya. eloklah, nanti susun terus masuk kotak, bawak balik Punc. kalau dah malas sangat, biar saja lah. nak pakai, cari dari kotak. lepas tu kau porok je balik semua tu dalam kotak. begitulah seterusnya sehinggalah kau temui kotak-kotak kau di rumah sampah kecil depan rumah tu. kau cuba lah. jika kau tak percaya pada kudrat mak kau untuk angkut semua kotak itu ke bawah. *dush*

Letih laa dua tiga minggu ni. badan letih. otak juga. rasanya dah terlalu banyak mengeluh tentang perkara negatif semata. seakan langsung tiada perkara positif dan membahagiakan. siapa kata tiada? ada lah. tapi sedikit sangat sampai tak berapa perasan itu adalah perkara manis. dang! teruk gila. apa yang indahnya? entah. eh, benci betul dengar perkataan 'entah' tu. dengar, baca or sebut. semua tak suka. seakan jawapan endah tak endah. seakan diluah bagi memberi respon sekadarnya pada sebuah penyataan. seakan suatu garisan mendatar di atas sehelai kertas. haihh, entah lah. oopss. sebagai sebuah keluhan tak berkesudahan pun ada. ahh. malas fikir lagi.

Tengok? perkara timbunan dan lambakan kerja pejabat dan rumah yang tertangguh, aku pandang enteng. tidak berbicara lantang atas sesuatu dan menjalankan tanggungjawab terhadap diri sendir dengan baik, aku gagalkan. sentiasa merasa cahaya putih dan memandang gelap hitam pada pandangan cara dan laku insan lain, aku tongkatkan. suatu tika, aku terdetik. bukan aku tak punya masa memperbaiki diri, kelakuan dan tutur kata, tapi sebenarnya aku di antara dan salah seorang manusia yang malas. malas berfikir. malas merenung. malas mengheret sehingga berderet-deret. lebih teruk, bukan aku tak punya masa, cuma aku malas mencari masa. sekaligus ia menjadikan aku manusia paling teruk pada mata aku sendiri. 

Jika kau kekal malas sebegini, jangan kau bentak hidupmu masih sama berlingkar di kaki bukit sedang yang lain sudah mula mendaki. tahniah si kaki bukit! sila kau kemukakan plan B.





No comments:

Post a Comment