malam, kau bawalah rinduku untuk dirinya yang jauh dariku..
hujan, bawa air mataku yang mengalir membasuh lukaku..
Song played : Ombak Rindu by H&A.
Mood : Just okay.
Room condition : Superclean. ;)
Subhanallah. bukan main payah nak menaip walau se entri pun. si biru ni dah lama terbuka. terbiar. teronline senantiasa. tapi jari-jari ni sangat malas memandangkan otak juga semakin lembap saban hari. perut sentiasa lapar rasa nak makan. ala-ala ada rama-rama in my stomach. damn. itu pepatah untuk orang nervous. sekarang aku tak nervous. cuma rindu. rindu yang semakin menyakitkan kala hari berganti hari. buat masa ni, aku terlalu rindukan tiga perkara ini.
1. Putih.
2. Bau lewat malam dan awal pagi.
3. Zaman belajar.
Pertama, dah hampir 21 hari putih hilang. gagal dikesan. kehilangannya seakan tiada logika pada mata aku. aku tau ia bukan misteri seekers atau apa. cuma, aku masih belum mampu terima kehilangannya gara-gara kecuaian aku. bukan, aku yakin ada hati yang kurang senang atau mungkin niatnya membalas dendam. bukan aku menuduh tetapi segala sudut dan segi tampak seakan membenarkan rasa hati aku. aku hampir kehilangan kata-kata dan mungkin juga jiwa tatkala tapak yang menempatkan putih itu kosong. putih lesap. hampir tiga tahun setengah aku bersama putih. mana mungkin? aku hanya mampu pasrah. tanpa air mata hingga saat ini. maaf, aku tak mampu redha. kecewa aku bukan kepalang.
Kedua, sudah sekian lama baru minggu ini aku dapat rasa bau malam. perasaan sayu dan hiba kala hari beransur pagi. kota lumpur senyap sunyi. jika di dibanding dengan kehidupan lalu, aku merasai bau ini hampir setiap malam. aku suka suasana hening. aku cinta kesunyian malam. tika itu perasaan tenang berada di tahap tertinggi. aku benci hiruk pikuk. aku bosan dengan kenderaan lalu lalang. kesibukan kota dan manusia mendambakan dunia. jika saja aku dapat merasa ketenangan seumpama ini, tatkala bulan bersinar dan hari menjengah subuh. saat paling indah. aku mengimpikan saat ini dan aku mahu berada di pantai sambil mendongak ke langit mengira bintang. aku rindukan angin malam ditemani bintang terang.
Ketiga, sekarang sudah hampir setahun aku meninggalkan zaman belajar. aku rindu semua kenangan. jika aku amati setiap satu kejadian dalam hidupku sepanjang proses pembelajaran aku berjalan, pasti terlalu minor kumpulan kenangan hitam. terlalu banyak perkara manis. aku masih bisa mengingati setiap detik waktu. aku terlalu rindukan zaman remajaku. bukan lah bermakna aku sudah tua. cuma, bila umur meningkat dan usia menginjak, menembusi zaman awal dewasa ini kadangkala buat aku rasa sesak nafas. tercungap-cungap aku menyusun langkah dan mendaki. aku masih di kaki bukit. masih jauh lagi perjalanan pengembaraan ini. aku terlalu rindu akan hidupku sebagai pelajar suatu masa dahulu. terlalu pantas masa. sehingga suatu saat aku benci melihat jam dan masa berlalu bagaikan air yang terjun terus tanpa pernah naik ke atas dan menoleh lagi.
perasaan rindu yang mendalam buat aku sakit. sugul saja muka ku setiap pagi bangun untuk bekerja. menarik nafas sedalam-dalamnya, memejamkan mata, aku tahu. aku hanya perlu ikhlas dan meneruskan hidup ini hanya kerana Allah.
kehilangan putih menyebabkan aku mengalami kesukaran untuk melangkah saban hari ke tempat kerja. gara-gara kerja, aku bangun dan tidur awal setiap malam sehingga jarang sekali aku bertemu bau malam yang aku cintai itu. dan kerana kerja ini, aku semakin merindukan zaman belajar aku. jelas, ia cukup berbeza. rindu. rindu. rindu. perasaan rindu dan kesepian ini kian kerap kali muncul sehingga aku tidak kenal lagi siapa aku yang dulu. hambar dan pudar mungkin ungkapan terbaik bagi menggambarkan perasaan aku kala ini. mungkinkah aku sudah kehilangan nikmat sebuah rasa? tolong jawab aku.
No comments:
Post a Comment