Tuesday, January 17

_refleksi_

I just cant seem to find a way..
to leave the love behind..

why we have to play these games we play..

Song played : Stuck by Stacie Orrico.
Mood condition : Weird.

mandi sudah. makan sudah. mencuci segala pakaian sudah. melipat dan menyusun atur baju-baju mengikut saiz jenis dan warna juga sudah. memilih dan menggosok semua baju untuk kerja hari esok juga sudah. eh, tipu. sehelai je. sebab itu sahaja yang berkenan di hati buat masa ni. yang lain? dah BOSAN. mahu tidur. mahu normal. tetapi selagi tak menoreh-noreh kertas putih dengan menarah-narah idea dalam kepala, selagi itu hati tak bisa tenang.

***

aku cuma ada satu yang terlintas kala ini. cuma satu perkataan. its reflection. ya, refleksi dalam bahasa melayu. bagaikan cermin. setiap kali melihat, aku seolah-olah terpandang imej serupa. 
gaya dan bicara. 
lagak dan ego. 
riak wajah dan kerut muka.
cara melampiaskan marah melalui pandangan mata.
lebih memilih untuk diam dari meneruskan kata-kata.
bukan kerana menjaga hati atau berselindung kepura-puraan, 
cuma khuatir butir kata lebih berbisa

itu cuma apa yang aku rasa. mungkin sama tapi tak serupa. lumrah manusia, tak pernah sedar keegoan dan sifat antagonis dalam diri. hingga suatu saat, terjelapuk suatu tubuh lain seakan serupa berdepan bertentang empat mata. kita akan berasa bagai berhadapan dengan sebuah cermin. refleksi terhadap kelakuan dan tingkah laku.

mungkin aku perasan.

tapi aku kadangkala dapat merasa. seolah-olah itu adalah refleksi aku. diri aku. yang bisa bikin aku tersenyum sinis menolak jauh-jauh kebenaran yang aku sendiri pasti. mungkin bukan semua. tapi hampir separuhnya. 

aku nampak refleksi aku. 
aku nampak dia. 
aku nampak refleksi aku pada dia. 
aku nampak siapa diri aku bila saja aku nampak dia. 
mungkin aku adalah refleksi dari dia. 
atau mungkin dia adalah refleksi nyata dari diri aku.
ia mungkin menjadi apa saja. 



dan refleksi itu sebenarnya membuat aku terkaku.

No comments:

Post a Comment