..lagi sekali. eh, bukan lah. dah berkali-kali. tapi, kerana ini. dek kerana perkara ini tangisan ini entah untuk ke berapa kali. saya tak pasti. perlu ke 'itu' jadi penyebab pada tangisan ni? saya penat. bukan badan, tapi jiwa. sampai kadang mati akal dibuatnya. saya nak, saya cuba, saya percaya. semuanya tak mustahil. tapi, nampaknya kuasa Allah tu lebih dari segalanya. saya mungkin bukan gadis polos yang ikut semua telunjuk. saya juga mungkin bukan gadis manja yang bisa dijinakkan dengan mudah. dan saya bukanlah gadis liar yang bikin gara-gara hanya sekadar untuk meraih perhatian. saya gadis biasa. tiada yang luar biasa. saya sama macam manusia lain. macam awak. bezanya, saya gadis yang kenal diri saya dan saya tetap dengan cara dan lenggok ni. apa pun, siapa pun saya, betapa jauhnya beza saya dengan orang lain, saya tak rasa hati saya patut dicalar. macam ni. yea, memang tak nampak. kalau boleh nampak, dah tentu banyak hati dah terubat kat dunia ni. luka ni kan awak, memang lah boleh sembuh. tapi kesan parut tu susah nak hilang. dan, kalau pun hilang, memori tentangnya takkan padam. ini bukan papan kekunci yang ada butang delete mahupun backspace yang dengan mudah dan tanpa ragu-ragu kita tekan kalau berlaku kesilapan. ini kehidupan. berpijaklah di bumi yang nyata. kalau parut tu hilang, kita tetap tau sesuatu pernah berkesan di situ. kalau la kan? kalau la awak boleh nampak hati saya, saya yakin awak akan tengok hati paling banyak kesan calar berbirat dan parut buruk menetap. haihh. terima kasih atas kekuatan yang Allah bagi pada saya selama ni. biarpun hati ni begini, kekebalannya saya je yang rasa. dan hanya Allah yang lebih mengetahui. nak tau kebal macam mana? bukan. bukan. bukan macam gaban suria perkasa hitam tu. kebal nya hati ni sampai tahap sebal. saya yakin saya mampu terima apa saja. atas segala kesusahan dan keperitan yang saya lalui, hati saya sangat sangat sangat rapuh pada zahirnya, tapi sangat la kebal pada batinnya. bayangkan. kebalkan? itu semua gara-gara awak.
: awak itu adalah sebuah kondisi yang sukar didefinisi.
ReplyDelete