Tuesday, October 25

_she_

she is normal.
just like you.
she know how to drive.
she can drive.
a bit.
but she dont have a car.

she know how to ride.
she can ride.
she has a scooter.
but she dont have a license.

she is walking alone.
she is riding alone.
she is crying alone.

she keeps shouting.
she keeps yelling.
she keeps screaming.

and she do cursing.

because she smells like shit.
she can smell fuel on her palm.
she cannot breath well.
she is so numb.

and still, she keep on cursing.
yes.
she is angry.
she mad at something.

until,
she forgot how to be thankful that she is still alive.
how god loves her so much.
He gave her another chance of living her life.

she looks terrible now.
she seems NOT normal now.
poor thing..




_seperti_



..jika kau tak seperti aku

apa kau harapkan?
aku seperti kau?

apa kau bayangkan?
aku kejarkan kau?

apa kau fikirkan?
aku menuruti kau?

kau salah.

kau mahu aku seperti dirimu.
kau mahu aku mengejarmu.
kau mahu aku menurutimu.

kau silap.
mungkin, kau yang seperti aku..

Tuesday, October 18

_drama_

..ini cerita tentang si Z. dia terkaku dan perlahan-lahan meletakkan gagang telefon. hati serba tak kena. dia berkira-kira mahu gembira hari itu. khabar yang diterima tadi buat dia kaget dan bingung. ah, dia bisa berdikari! bukan dia tak biasa. jari pantas mendail. gagang digenggam erat mengharap jawapan pasti. hati berdoa semuanya berjalan baik. yes! kelihatan senyuman bersama lesung pipit itu. love you, E, detik hati Z.

..Z menunggu dengan perasaan sabar. E muncul dan memeluk Z dari belakang. bagai sepasang manusia yang bertahun tidak bertemu. ah, sinis saja bunyinya. mereka gembira. jalan bersama. makan bersama. meluah perasaan sesama mereka. bergurau senda. galak saja kelihatannya kedua gadis yang berkawan sejak belasan tahun lagi itu. indah rasanya punya teman yang sentiasa buat hati berasa canggung jika kehilangan. E, sentiasa ada. bila-bila saja Z perlukan dia. masa berlalu pantas, E dan Z lupa pada sorotan waktu. apa yang mereka tahu, mereka bahagia punya antara satu sama lain. lewat malam, Z akhirnya tiba di kondo kediamannya.

..selesai membersihkan diri, Z capai telefon mininya yang serupa digimon itu. teragak-agak hatinya mahu menekan butang call. dia letak kembali. hati rasa tak senang. Z merebahkan diri baring berselimut. di dalam gelap, itu pasti. telefon berbunyi. cagas saja tangannya mengangkat walau hati tak bergerak selari dengan tingkah laku. ya, pertelingkahan berlaku. wujud ketidak puasan hati. kata-kata bertindak membatasi akal. nafsu amarah menjadi raja. tiada keputusan dibuat. akal mati. malam itu, Z menapak sendirian bertemankan kotak putihnya. hati yang riang gembira awal malam tadi, kini patah. patah hatinya mahu saja dicampak ke dalam pool. pandangannya dihempas ke air yang tenang itu. biar setenang mana air itu, tapi hati Z berkocak bagai tak mahu. pedih dia mendengar kata-kata luahan yang dia pasti cepat lambatnya, bakal kedengaran terluah jua. sakit, Z sakit. dia terluka.

..Z berkalih ke kanan. ke kiri. tiga empat kali tidurnya terganggu. jam baru menunjukkan pukul 5.30 pagi. ah, masih awal. Z capai selimut. menyambung mimpi sialannya kembali. di buangnya beruang tidak bersalah itu. diletak jauh dari pandangannya. hati Z masih sakit. tidak keruan.

..Z menekan punat kiri telefon mininya. biliknya masih gelap. OH TIDAK! jam tepat memaparkan angka 9.56 pagi! pasti saja Z terlompat dari katilnya. 16 missed call dan 9 messages. kelam kabut Z. dia terus mendail pantas. 2 talian penting gagal disambungkan. Z memaki diri. mencaci-caci. tiada langsung kata-kata suci yang ditebar melainkan sumpah seranah terhadap diri. Z cuba sekali lagi. talian bersambung. kali ini, dia mengurut dada. dia segera meminta maaf. namun, langit tak selalunya cerah. nasib Z tak selalunya baik. perkara indah tak selalunya singgah dalam hidup Z. Z pasrah. dia kelewatan hari itu. dia gagal mengawal perasaannya malam tadi. natijahnya, dia bangun lewat. dia ditinggalkan. dia harus sendirian ke pejabat. Z bingung. bagaimana harus dia ke Kota Lumpur berbekalkan lesen yang sudah mati?

..Z bergegas mengenakan pakaian yang dikiranya sesuai. tidak dipedulinya kasut kegemarannya hari itu. dia pakai seselesa yang boleh. dia capai seminimum outfits yang boleh. dia harus limitkan dirinya. hari itu. hanya untuk hari itu. hari Rabu. Z capai helmet dan kunci scooter putih kesayangannya. Z capai sweater untuk membalut tubuhnya. jauh di sudut hatinya, Z tak yakin. cuma kali ini, Z nekad. dia akan redah saja.

..tepat jam 11.00 pagi, Z sudah duduk di kerusinya. otaknya kosong. gara-gara cinta, Z gadis kuat hatinya, cekal jiwanya, jatuh tersembam. tidak pernah dia terfikir dia bakal sekecewa itu. Z cantas hatinya dari terus mengelamun. Z kerja seperti biasa. kekok saja dia hari itu. ah, dia tak peduli 4 pasang mata yang kerap bertanyakan khabar harinya. tentu saja harinya tidak baik seperti selalu. tentu saja.

..cahaya mentari terbenam menemani Z pulang petang itu. hatinya kosong lagi. entah apa lagi yang mahu dijejaknya. lantas, diikutkan saja langkahnya. nasib baik ada si putih. asal saja putih tak meragam, pastinya putih menjadi buah hati utama Z. perjalanannya bahaya. meredah lautan kereta yang berpusu-pusu. mereka juga mahu pulang ke pangkuan keluarga, anak dan isteri. sama seperti Z. bezanya, tiada siapa menanti kepulangan Z. seperti selalu. mungkin dia saja terhegeh-hegeh menyorong pipi memberitahu rutin hariannya. adapun, tiada mereka-mereka yang kisah jalan hidupnya. kasihan Z.

..malam dingin itu, Z kembali ke pool. sudah menjadi tempat cuci kakinya kini. dalam diam, Z mula membenci hari Rabu. dan hampir saja dia jatuh benci pada dirinya sendiri. kasihan, berjuta-juta kasihan aku pacakkan pada Z.




..jika saja aku diberi pilihan, pastinya aku tak mahu jadi seperti Z. Z, kau kalah lagi. dalam dunia yang kau cipta sendiri.

..

..

..

Thursday, October 13

_sleep_

..shit.
I couldnt sleep.
have tried so hard.
why are you keep coming.
why I can see you everywhere.
yes, you.




_korban_


..rumah aku hingar bingar tika ini. ada pesta facial barangkali. hampir sepuluh gadis di hall sana. gamat. aku pulang tadi. mereka berpandangan sesama mereka. dan akhirnya ada yang bersuara. bertanyakan aku siapa?

oopss. sad to say, its my home. and who the hell you girls are? fine. you can stay. but, do not make that silly awkward faces. because I am not really in the good mood. thank you.

..otak aku ligat. aku sendiri tak pasti tentang apa. cuma satu patah perkataan muncul entah untuk keberapa kalinya hari ini. korban. ya, KORBAN. apa yang nak dikorbankan? atau ada mangsa bakal terkorban? mungkin sebuah pengorbanan harus dilakukan? entah. serius, entah. aku tak tahu.

..bagi aku, semua perkara tiada jalan pintas. ia adalah antara kau mahu atau tidak. kau nak usaha atau berdiri tegak. kau mahu cuba atau kau mahu ikutkan saja. hidup mungkin punya banyak pilihan. banyak cara. ia terletak pada bahu kau sendiri untuk galas atau campak ke tepi. semuanya, terpulang. kau tentukan apa kau nak. dalam pada kau cuba capai apa kau nak, kau akan jumpa sejuta perkara yang halang kau untuk bertindak sedemikian. yang menghalang kau untuk kecap apa yang kau nak gapai. terlalu BANYAK. yang aku pasti, perkataan korban itu akan terbit di kala kau benar-benar harus lakukan pengorbanan tu.

..sudahlah. jauh menerawang melayan perasaan, gamaknya kau kekal di situ tanpa melakukan apa-apa. serupa seperti aku saat ini. aku tahu apa aku nak. aku mahu. aku selalu tau apa yang aku nak dan mahu.

..berbeza kali ini, aku benar-benar buntu. fikiran sebu. lidah kelu. perlakuan ku kaku.







..buat masa ni, aku rasa lebih baik aku korbankan kotak putih ni. aku dah tak tahan menatap dia setiap masa. apa pengorbanan aku nak buat? mudah. cukup MUDAH.

..buang kotak putih. dan gantikan dengan yang hijau. lebih ringan. lebih baik..

..eh, aku lupa.
Sometimes we expect more from others just because we would be willing to do that much for them. there you go. here, the terms of sacrifice play its role. which means sacrifice needs expectations in order for them to exist. and for you to put aside the fucking sacrifices is by avoiding the damn expectations.

Monday, October 10

_tenth_


..I am taking a leave today.
there is something about this date.
yeah, something.
I am searching my mind frantically.
but,
all I can see is an image of someone..

it happened, again.
there is nothing else could I say.
I was just hoping for a sincere smile.
full stop.

Happy Birthday, you.

Sunday, October 9

_semut_

..ni nak cerita pasal semut ni. sang makhluk yang kecil. tapi kelibatnya saja, cukup buat aku tak senang duduk. jadi marah juga mungkin. kalau lah aku bisa bicara sama sang kecil ini, ingin saja aku selidik satu persatu tentang kehidupan 'rajin' nya itu. khabarnya, makhluk yang satu ini, kecil tapi berbisa. alah, apa nak takut. alah bisa tegal biasa. kan? ngeh.

..sebenarnya wahai semut, entri ini bukan tentang kau saja. kau bukan siapa-siapa pada aku untuk aku nobatkan dikau sebagai watak utama. cuma kerapkali aku ditimpa bala malapetaka, kerap jua nama kau bertakhta. bukan di hati. tapi, di kepala. kenapa? ya, aku tau kau tak bisa membaca coretan hati aku tentang kau cik semut, cuma kadangkala aku kagum. mustahil kau tak pernah dengar tentang lagu atau cerita berkaitan nama mu? nak aku nyanyi? baiklah, aku dendangkan sedikit buat kau..

"enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas"

..urghh. sekali baca, aku ketawa. dua kali baca, aku terpesona. kali ketiga, aku gagal faham maksudnya. bukan ke orang kata kau makhluk rajin, kelihatan saja pada mata ku kala tertancap pada lagu itu, seolah-olah kau melarikan diri. bila saja kau sakit, kau lari? bila saja yang lain pula sakit, mereka juga lari. jadinya, siapa yang akan kekal cekal hadapi hari?

..aku bukan mempertikai. tidak juga melatah. aku cuma bingung. apa aku juga harus lari setiap kali disakiti?

..ceritakan pada ku sang semut kecil. tolong?

Thursday, October 6

_here_



..grr. here I am. where? well here.

This is my first time updating my blog from the office. Being surrounded by the files and papers doesn't make you sounds busy and charismatic. Okay, I am so not. Been receiving so many calls today make me sounds like a receptionist. ceh. I know what's on your mind. Fine. But, at least I enjoyed picking up the calls. ahaks. Okay, I lied.

Here, at some stage, I just want to quit. Being in this field cause me headache every time I deal with the rushing madness and stress environment. okay, I admit. Its not the job that I hate the most. Its more to myself whom failed to manage me myself. Yes, every single time I get frustrated with the job, the guilt feeling came across my heart. I know it shouldn't happened. Should never happen for the young adult like me who sincerely want to have the feeling in being in THIS field. And each time I am having that kind of feelings, I know I am a loser.

Owh, life! This is my life. And guess what? Here I am. Still here.


Yes, right here..

Tuesday, October 4

_terasa_


..hah. kau pernah rasa? err. maksud aku, kau pernah terasa? kau pernah tak rasa perasaan terasa? kau reti beza terasa dengan terkecil hati. kedengaran sama saja maksudnya pada telinga aku. eh, serius ni. kau pernah buat orang terasa? ke kau tak perasan kata-kata kau buat orang terasa? atau kau rasa orang takkan rasa terasa dengan rasa hati yang kau luahkan tu? atau mungkin kau suka pandang enteng saja pada rasa hati manusia? asalkan apa saja kata bisa dari dada kau terluah. termuntah. asal saja kau puas? kau rasa, kau pernah tak terasa dengan manusia yang sengaja buat kau rasa terasa? supaya kau dapat rasa perasaan terasa dia.

ada kau fikir semua ni? ada tak kau rasa? hmm?

_kerja_





..teruk.
mood aku makin teruk.
rasa aku separuh mati.
jiwa aku tak ada nyawa.
teruk.
semakin teruk.

apa yang terjadi?

Monday, October 3

_benci_

..apa?
apa aku tak suka?

aku tak suka bila
rasa jari mahu berdansa
tiada penghubung ke alam maya

aku jadi lebih tak suka
bila saja aku rasa sempurna
hati tiba-tiba gundah gulana

makin lama
tak suka menjadi benci

benci?
apa aku benci?

aku jadi benci
bila saja aku temui diri
aku pasti tergelincir jatuh lagi

aku tambah benci
tika perasaan itu datang melewati
hanya kau yang muncul menghampiri

aku semakin benci
bila saja mata mahu besendiri
perasaanku kosong jiwa menjadi mati
berdepan hakikat ke sana langkahku pasti..






Saturday, October 1

_tipu_

..urghh. asyik sangat melayan lagu Grenade ni dari tadi. perut lagu Keroncong Untuk Ana. hati gundah gulana nyanyi So Far Away. adoi. apa nak jadi. lagu, bukan main cepat menghafal. bila belajar? bukan main cepat lupa. banyak makan semut? eh, tak. semut rela datang kot. sebab? manis? ah, tak kuasa.

..pernah tak kau rasa otak macam bengang sangat. sampai kau tak boleh fikir. sampai tahap kau tak tau nak buat apa. kau nak mula dari mana. kau nak pegang apa. kau nak pandang siapa. nak lihat ke mana. semuanya kau tak tau. pernah? mungkin ya. mungkin tak. mungkin juga tak pasti. ish. aku pernah. mungkin bukan kerap kali. tapi aku pernah. dan ya, aku sedang.

..secara analoginya, kau akan rasa ia biasa saja. di penghujung jalan kau rasa ia tak mengapa. mungkin setelah kau lalui beberapa persimpangan, kau bakal ketemu sama noktahnya. nah, mana mungkin jalan tiada berpenghujung. mana mungkin sandiwara tiada pengakhiran. mana mungkin cerita hidup kau tiada penghabisan. kau hidup bertemankan sifat palsu. kau hidup meyakinkan diri kau sempurna. kau hidup bergembira bertemankan air mata pada malam harinya. kononnya, kau masih tak apa-apa. kau berpijak di bumi nyata, kau dongak ke langit. dan ya, asal saja kau tegar kekal tegak di situ, kau fikir kau nyata. dari atas hingga bawahnya.

..sudahlah. cukup untuk aku teriak. kau fikir kau siapa? takkan selamanya kau mampu hidup memperdaya. memutar kata. hanya kerana kau takut menghadapi dunia. kau takut mengaku dosa. kau tak bisa menjadi sesiapa.

..kau, manusia GAGAL.