Wednesday, December 19

_selasa_




While somehow saving you
It must have been the season
That threw us out of line
Once I stood so tall

Now I'm searching for a sign
So don't need your salvation
With promises unkind
And all the speculations
Save it for another time



Because we all need a reason
A reason just to stay
And Some just can't be bothered
To stick around another day
And some say this can't be real.



Song Played : Victim by Avenged Sevenfold
Condition : Exhausted but feeling fine.

ha, genap sebulan selepas entri terakhir. sekarang jam 3:45 pagi. aku dah layan movie sebuah. dah hadap hearing pagi tadi setitik dua. masih, ya aku masih segar. entah kenapa. rasa mahu berjoget berdansa menari gelek tatkala hari menginjak subuh ni. silinder? seketul dua? hee.
sementara masih mampu ni, aku nak kisahkah khabar si X. kesian X hari ni. hari yang panjang buat dia. kenapa? sebab 18.12.2012.
18 haribulan? tak ada apa pun yang istimewa. sebenarnya, dari semalam aku tengok X gelisah. cuak menghadapi hari Selasa barangkali. alah, macam lah ini kali pertama. dah puluhan kali aku kira. sampaikan pak jaga depan pintu MDC tu pun dah kenal X. X biasa ke meeting atau hearing atau mitigation di Jalan Cenderasari yang aku rasa bukannya asing lagi bagi dia. mungkin X nervous untuk kes yang dia perlu selesaikan petang Selasa. mungkin mudah, tapi bila dia harus berdepan dengan warga asing? X canggung tak tentu arah.

pagi tu, X bangun macam biasa. dek kerana housemate dia yang mandi bagaikan kilat kebiasaannya, dia tak endah untuk berbaring seminit dua lagi. tapi nasib X malang dari awal pagi, si A, housemate X, mandi bukan main lama. entah apa dibikinnya. panas hati X. aku pun rasa nak curah lagi minyak di hati X yang mendidih tu. fuhh. batu api sungguh.
X sarung seluar hitam dan kemeja putih. dan tudungnya turut dipadan putih. sudahnya, hampir jam 8 baru X keluar rumah. macam biasa, langkah X tak pernah kecil. lincah saja berdesup perginya. tak hirau kiri kanan. sambil radio ditukar ke frekuensi 95.8fm, X menuju ke LRT.
cagas saja X sentuh kad pada mesin di LRT, tettt! "Sila sentuh semula. Baki tidak mencukupi." Kelam kabut X capai sekeping RM20 dan segera ke kaunter. tiga empat orang beratur di hadapan X. X kelihatan hampir hilang sabar. selesai, X lari tak guna eskalator. dan masih, dia baru saja terlepas train. menitik peluh X. X punya ngam ngam 20 minit untuk ke Masjid Jamek. X tau, dia tak angkat sempat. walau dia on time, dia tetap akan jadi yang paling lewat.

8.23am, X tiba di Stesen Masjid Jamek. menyelit sana sini. jalan bagai kan lari tak cukup tanah. X tak fikir panjang, terus tahan teksi. menjadi norma pada X untuk berjalan kaki meniti tetepi untuk sampai ke MDC. kerana kelewatan, X sanggup membayar RM4.50 untuk perjalanan yang hanya tepi hidung tu. X memang nak cepat.

sempat X tukar kasut dalam teksi tadi. bukan dia mahu berlagak tinggi, dia harus menyarung kasut itu untuk kerja ini. seperti dijangka, X datang on time. tapi, dia tetap paling lewat dan kelihatan golongan veteran yang lain telah menanti berpakaian lengkap. tie and full suit, of course! X berbalas senyuman. hearing kes 104 bermula. in that very small cozy room, they were having a hearing consist of 16 people against Dr WF Meow. hee. biar betul kau ni, X? dia doktor gigi atau doktor kucing? DANG!
Alamak, dah pukul 4:20 pagi. aku kena tidur. kisah kesian X ni, aku sambung nanti. biarkan X dengan hearing dia dulu. biar dia belajar erti fokus. okay? Chiow.


Monday, November 19

_cermin_


With everything happening todayYou don't know whether you are coming or goingBut you think that you are on your way
Life lined up on the mirrorDont blow it
Look at me when I am talking to youYou looking at meBut I am looking through you

Song played : Mirror by Lil Wayne ft. Bruno Mars

Condition : Unstable.

Kira-kiranya, dah seratus tujuh puluh lapan hari aku biarkan kertas putih ni tak berconteng. sedangkan, selama ratusan hari ni, jutaan cerita sudah aku kepamkan. aku punya masa. cuma aku tak punya rasa. bermalasan sahaja setiap kali aku mahu meluah semua dalam bentuk kata-kata. tanpa sedar, beberapa hari sahaja lagi tahun ini akan berakhir. tahun menjengah ke tahun yang lain. siapa kata tiada beda? banyak. cuma  kita sahaja tak mahu dan segan silu mahu mengaku bahawa tiada apa yang berubah, tentang kita. aku sendiri rasa hari berlalu dengan diri aku yang masih sama. setiap hari memandang refleksi diri dalam cermin, setiap pagi, dan setiap kali, aku hanya lihat diri aku yang masih sama. naik jelak mengampu untuk memperbaiki diri. hasilnya? tetap saja aku dapat apa yang terbentang di cermin yang aku lihat setiap hari. 

mungkin dengan ketiadaan sang cermin, kita lebih tercari-cari siapa diri kita? dan bagaimana kita kelihatan pada mata dunia? mungkin dengan ketiadaan sang cermin, kita lebih terpanggil untuk memperelok tingkah laku dan budi bahasa? kerana tiada lagi balikan batang tubuh kita untuk diperlihatkan kepada kita semula. 


mungkin, harus aku musnahkan saja semua cermin-cermin dunia.


Friday, May 25

_game_




Open up a beer
And you say get over here
And play a video game

I'm in his favorite sun dress
Watching me get undressed
Take that body downtown

Go play a video game

Song Played : Video Games by Lana Del Ray
Condition : Unstable

It is 25 May 2012.
It was my last day been employed in Wan Balbir & Associates.
I have a lot to say about today.

Since in the morning up until now.
I just could not do it now. 

I mean, finding the truly feelings about today.
Things for sure, he was not there today.

He was not in the office all day. 
He called. 
He spoke to me over the phone.

Just a short and awkward conversations between two.






I am not happy as I thought I would be.

Damn me. Its now looks like a game. And this seems like the hardest part. Damn me, twice.

Thursday, May 3

_conversation_

All of these words whispered in my ears
tell a story that i cannot bear to hear
Just because I said it
It dont mean that I meant it
People say crazy things

Just because you heard it..

Song Played : Rumors Has It by Adele.
Condition : Hungry but still in the mood. Nice.

Today is Wednesday. May 2nd. Almost a week ago, this was how the conversations went..

*B's room.

KNOCK KNOCK!

S : Boleh I masuk, sir?
B : Boleh..
S : Boleh I duduk? I nak bincang dengan you sikit.. *showing the brown envelope*
B : Boleh...Hmm, apa ni?
S : Surat. Surat untuk you.
B : Surat? Mengapa surat ni? Surat Cinta?

open up the envelope..

B : Janganlah.. apa ni? I dah beritahu you jangan beri saya surat ni..? Haa? Mengapa?
S: Mengapa? err.
B : Haa.
S : I've got another job offer. Tetapi, I kena buat pilihan dulu. And, once you accept this letter then only I can make a decision and response to them. I have two options. Either litigation or convey which of course I will be accepting either one because of the payment. Lagipun, kita bekerja untuk wang, kan?
B : You really want to go, ha? I cant keep doing this with you. I really cant do this. This particular moment is really unsettling for me.
S : Then, how can I negotiate with you..?
B : I cant give you an answer now. If you are asking for something now, please give me two months. Let me settle down this first. (referring to the office management).
S : Im not leaving now. Im giving you a month notice so that, perhaps you can get a replacement?
B : Ya, saya tau. Tetapi, right now, at this very moment I am not in possession to deal with this. Okay now that I've got this, fine. I will call you and talk to you later. 
S : Yeah, tapi..
B : Please, because you are all moving too fast for me. I am just trying to adjust everything...*sighh*
S : Okay, so apa I boleh buat sekarang? macam mana?
B : I pun nak beritahu you. Tetapi, like I said Im not in the possession to do it right now. Not today. And not for the next one week.
S : Sebab I kena beri keputusan pada mereka by this Friday.
B : I know. That's why. Give me two three months, let me settle this firm.
S : Ya, I tahu. tapi peluang bukan selalu datang.
B : Ada banyak peluang akan datang. Dalam khidmat guaman ni, pasti ada.
S : Maybe in two three months later, you tak akan bagi I pergi juga?
B : Tak tak tak. Bukannya I tak bagi you pergi. I nak dalam position di mana I boleh tawarkan you sesuatu yang lebih structured. Sekarang, macam terlalu banyak gelora di dalam firm ini. Right now, Im working on the cash flow, man. *Laughing loud*  Im pumping money into the firm. I need to bring up somethings than only I can talk to you. And I will talk to you. I have told you. Im not running anywhere.

*****

B : I really cannot play with games right now. I have to move on the certain structure. Up to you. I hope you will stay. I want you to stay. You might think the grass is greener on the other side, but if you take the time to water your own grass it would be just as green. Im not trying to scare you. I really would like you to be part of this team. I need to sort somethings first. I have to make her happy first than I can make you happy.

*****

S : The reason if I were to leave is not because of the stress, but its just that I get the chance and I just grab it.
B : Haihh. Really haa? Dont laa like that..
S : Sebenarnya I tak fikir sangat. but, this is the money issue..
B : You have to wait laa. Its not something that I can just do. Its not my firm anymore.
S : But, what if there are other firms offering me higher..?
B : That will happen anytime and every time.
S : Yes, thats why I do think this is the time.
B : *faking his laugh* Hmm. Dont go. I'll make it up to you.
S : Oh, you buat I rasa nak menangis sekarang.. *tears drop*
B : Eh, janganlahh. I tak nak.. Im sorry.

hand over a box of tissue..

*****

S : So, you are not going to accept my resignation letter?
B : Let me have a think about this and come back to you. In a meantime, please dont go.

********





Okay, Im not pointing to the point that my boss was trying to 'nego' and asking me to not leaving the firm. If you were in my shoes, you will know exactly how I felt for this big man who being my boss for almost a year. He is a nice guy. But, I can feel that he needs me for the sake of the firm and not because of my performance or achievement. And yes, I dont see him appreciate his employees. I am sorry but I do have this kind of believes where the relationship between employer and employees is all about money. Just money. And the vital reason for me to leave the place which I love the most is simply because I dont feel worth it anymore.

This worth-no-more feeling Im having right now is leading me to the Road Not Taken by Robert Lee Frost. Between both roads, I will be choosing the less traveled by others. Bismillah.










Wednesday, April 25

_run_


We will pick up your feet,
We have got a deadline to meet,
I am going to see you make it on time,
Do not relax,
I want elbows and backs,
I wanna see everybody from behind..



Song played : Working For The Man by Roy Orbison.
Condition : Good and fresh.


Hey hey hey. It took me about 4 hours sitting on the blank document on my lappy without typing any single letter. I know what to write. I just do not know how to write. Yeah, by tapping my fingers on the qwerty, I know. Obviously. But, The feeling I felt just now was f***ing weird. Awkward. Excited. Anxious. Mixed up. Is this love? pheww. pheww. Crap.

Why cant I just say it straight to his face? How? Like how? I will figure it out tomorrow. 

Cant this be a better way rather than drafting an 'essay' or 'cause papers' to you? This is much more simple. This is how it supposed to be..


                                           Dear B,


                                           I quit. Sayonara. 


                                           Regards,
                                           Your only staff.






OH, I WISH!






sigh. my dearest boss, I know you will not sad after you receive my white love letter, but I am sure you will get upset and disappointed. My apologize to you.

Monday, April 16

_break_

Now here we are,
So close,
Yet so far,
Haven't I passed the test?
When will you realize,
Baby, Im not like the rest..

The world is ours if you want it,
We can take it if you just take my hand,
There is no turning back now,
Baby, try to understand..

Because you have been hurt before, 
I can see it in your eyes,
You try to smile it away,
Some things you cant disguise,
Baby, I can ease the ache..

I dont wanna break your heart,
I want to give your heart a break,
I know you are scared if its wrong,
Like you might make a mistake,

There is just one life to live,
And there is no time to waste..

Song played : Give Your Heart A Break by Demi Lovato.
Condition :  Weak and tired plus blood mixing with saliva in the damn mouth.

I am not okay. there is something isnt right. yeah, my heart said so. Im not feeling good as well. feeling sick, to be certain. Im done cleaning up my-upside-down-blue-box. nothing much. just trying to put things back to their places. much better now. but, the condition of my room doesn't pictured the condition of my bloody heart. I lost the feeling that once Im proud of long time ago. it was no longer there. slowly fade away. until one point I just knew that there is no chance for me to felt that way again.

I keep looking for it. I dont want to be a creepy stressful young lady for like, forever. but, seems so. uhh. the actual situation suffered by my heart is subdued.

I was talking to my little brother an hour ago. like nothing else much more relevant to said to him, I was asking how he was doing in KK. not to mention that I met him today. yeah, couple of hours ago. ridiculous me. dang! by mistake, it turns out that he found that was something wrong with his so called 'independent strong heart sistah'. uhh. she is not strong all the time by the way. not today at least. he managed to burst out my laugh by making me click on the link he gave me through the chat. thank you for that, growing up brother. haha. and yeah, ridiculously, he made me try on something that I never heard before. sound hard and stupid to me at first. what the hell was it? 

"tarik nafas. when exhale pretend nafas keluar ikut liang between your both kening. it works laa. rasa relaks kan? haha ;)'"

nice try bro. ngeh.

so..I will have to take a nap now. I was thinking to read some more chapters on Jonathan Tropper, but it give me much more pain than heal. I wasn't expecting all this shits, but it just happened. and its hurt.

the title of the book and the song that I listened to while writing this crap are both leading me to pain. are they related much? or is it just me? aha. 

or is it me who need to give the heart a break?

oh God, I just hate being heart broken.




Sunday, April 15

_moving_


You wanted control ; so we waited..
I put on a show ;  now I make it..
You say Im a kid ; my ego is big..

I dont give a shit ; and it goes like this..




Song played : Moves Like Jagger by Maroon5.
Condition : Soap in my mouth and head spinning around.


Okay. 15 April. pagi-pagi meraba si biru. aku gagahkan juga membuka laman putih yang aku rindukan hampir setiap hari ini. tapi aku tak berdaya. keletihan. kepenatan. ketandusan idea. semuanya bekerjasama menyumbang kepada kemalasan aku yang tahap dewa ini untuk mencaras-caras. 54 hari jika mengikut kiraan aku yang dah lama meninggalkan ilmu hisab ni. cukup lama. bersawang juga keadaannya. dang! 

satu yang aku pasti, hampir dua bulan ni, berjuta perkara yang mahu aku layangkan ke dunia ciptaan aku sendiri. hingga suatu saat, cagas saja tangan aku menaip sebuah rasa pada telefon bimbit yang tak seberapa itu. ada kala, perasaan berkarya aku muncul tatkala aku di dalam perjalanan menuju ke tempat kerja, dan lebih tepatnya, di dalam bas. ya, BAS RAPID U83. uhh. berbaris juga tajuk-tajuk entri yang aku campakkan pada nota digital aku supaya aku dapat berkongsi segala kejadian yang aku alami saban hari. malangnya, terbiar sepi tanpa dibaca walau oleh aku sendiri. pathetic me. thank you, I know.

owh, bagi mengasah semula otak aku yang dah berkarat dan jari jemari yang sudah mula mengeras gara-gara mula menjadi 'akauntan' dan 'HR' tak rasmi di office baru aku, aku perlukan sedikit masa. berapa lama? tolong jangan ada bertanya. dang! okay, mungkin office, keadaan dan tempatnya yang baru tetapi invisible system dan company nya masih sama. begitu juga isi di dalamnya. and sadly said, itu yang membuatkan keadaan aku lebih teruk dari dahulu. 

kenapa? you judge, and please do not tell me.

-cubicle lapuk aku di WBA lama-
-dua hari sebelum -

-kotak tiada sempadan-



for all the good old days, this is the present..





sound awesome to some of you, but it was totally insane for me. why?


the only staff for 5 lawyers under 3 registered legal firms?










how does it sound to you now? superb, HELL NO.









Tuesday, February 21

_playlist_


Just how deep do you believe?
Will you bite the hand that feeds?

Are you brave enough to see..?

Song Played : The Hand That Feeds by 9 Inch Nails.
Mood : Sick *due to coughing like hell*

Dah lama lagu ni ada dalam playlist. tapi jarang-jarang aku putarkan. dulu dalam mp3, antara lagu favourite masa atas katil. zaman belajar la. itu pun jika ada masa ber la la la sebelum lelap. biasanya ketika zaman sebagai pelajar, tertidur itu perkara biasa. tidur aku tak pernahnya betul. memang normalnya tiada langsung! now, mp3 pun dah semakin uzur meningkat usianya, jadi bersemadi di dalam kotaknya saja. *sigh*

sekarang? zaman kerja? yang diidam-idamkan dan dimimpi-mimpikan setiap jasad yang berada di universiti merata itu setelah tamatnya sesi pembelajaran dan kautan ilmu, kononnya? uhh. malas aku nak bicara. lalui saja sendiri. kadangkala, nak memanjakan diri pun tak kesampaian tiada berkesempatan. inikan pula nak layan segala track kegemaran dalam handphone mahupun apa jua medium elektronik serupa, MEMANG TIADA DALAM CARTA. rutin harian yang membosankan dan malap sahaja rupanya. hanya income di hujung bulan yang menjadi motivasi. tetapi, wajarlah. bekerja untuk wang. dan wang memang harus diberi sebagai imbuhan kepada kerja yang dijalankan saban hari. pergi balik pusing macam mana pun, circle dia memang macam tu. ya tak? ya kan? ya kan sajalah. ini kata aku. bukan kata orang.

cakap pasal kerja. lama dah aku nak update tentang kerja aku. bukan untuk tatapan sesiapa. dan aku juga tak bicara atau meluah kata di medium ini buat santapan khas. ini cuma cara aku bertutur bebas. ada mana-mana bahagian kata-kata aku yang salah? aku harap suatu hari, bila saja aku baca semula kisah semua ini, mungkin saja bisa meletus gelak terbahak-bahak? siapa tahu? tapi buat masa tika ini, segala butir kata adalah apa yang aku rasa. tentang aku. tentang semua yang terjadi sekeliling aku. apa saja. dan yang penting, ini kata aku. bukan kata dia mahupun manusia mana-mana.

bidang mungkin masih sama. suasana berbeza. cara dan tekanan yang jauh jurang antara dua. dua perkara seakan serupa tapi tak sama. jujur aku katakan, memang aku tertekan saban hari. tapi jujur juga aku katakan, aku selesa. bagaimana tertekan dan selesa bisa wujud pada noktah yang sama? jika tidak aku, mungkin hati yang lain juga pernah rasa. cuma mungkin kami belum bertemu untuk berkongsi rahsia pelusuk hati yang sama. 

beban? mungkin lebih baik aku nyatakan ia sebagai cabaran. yang agak berat. bagi aku. keluhan saban hari kelihatan bagaikan rungutan. bisa robek dan berdarah sang telinga jika saja ia mampu bersuara. siapa yang mahu? TIADA. begitu juga aku. kita sama saja. setiap hari berdepan dengan karenah masa dan tarikh. terkejar-kejar? BIASA. berlari-lari? BIASA. tersua-sua muka? BIASA. lama-lama aku juga terBIASA dengan 'sistem' yang wujud secara sendirinya ini. ingin saja rasa hati nak memaling muka buat tak endah, malangnya, aku gagal. aku cuba fokus pada apa senarai yang hanya menjadi tugas aku SAHAJA, namun tetap jua aku gagal. bak kata Mr B, it is several and joint system. we need to know every inch. if needed, we must have the eyes at the back of our mind. nothing specific...

mendengar saja katanya, hati aku meradang. perasaan aku berang. aku bengang. mana mungkin dia mengerti perasaan kami. he never did. owh, hampir saja aku lupa. sebelum dia menjadi siapa dia sekarang, dia pernah menjadi seperti aku. dia pernah lakukan apa yang aku jalankan. mungkin situasi berbeza tetapi fitrahnya? aku YAKIN SAMA. bukan aku mahu mengadu yang bukan-bukan. bukan aku membesar-besarkan perkara kecil. lumrah lah manusia bersifat meluah, bukan? begitu juga aku. sekali lagi, ini kata aku. bukan mereka.

pelik dan kelakar hidup manusia, mengomel perkara sama. benci dan merungut sini sana. tapi yang satu ini lah diturutkan jua. biar berjuta mulut aku bercerita buruk atau sakitnya tentang ia. semuanya aku yang rasa. sakit mereka, mereka juga sendiri menggalasnya. lain manusia lain cara. hakikatnya, aku memang sayangkan kerja ini. aku cintakan perkara yang satu ini. aku tak pernah dapat lihat diri aku dalam bidang lain. mungkin kerana hanya ini yang aku tahu? yang aku mampu? uhh. terlalu kecil dunia kau, S. bodoh dan naif. 

adil kah aku membanding cara hidup dan kerja pilihan aku dengan manusia lain yang selesa dengan apa pilihannya? manusia tiada sempurna. manakan mungkin takdir semua kita adalah sama. Allah lebih tahu apa kehendakNya. tidak adil untuk aku membezakan kesusahan aku dengan kesenangan orang lain sedangkan aku tidak pula membandingkan kesenangan aku dengan kesusahan mereka yang lain. bila saja sikap adil tiada timbul jua, kelak kejam pula akan tiba. 

benarlah, bersyukur itu jauh lebih baik dari bersabar. bersabar adalah perkara yang terjadi akibat dari musibah atau apa saja celaka yang menimpa tapi kita tak mampu menolaknya. jauh berbeza dengan bersyukur, suka duka perit jerih rasa hidup, kita mampu bersyukur. manusia sama tetapi takdir mereka berbeza. bersyukur lebih berat dilakukan kerana perkara RELA dan IKHLAS harus turut serta.

malam ini, aku sedar aku kejam. tidak bersyukur. aku hanya bersabar atas semuanya. jadi, manakan datang adil nya? 

So naive
I keep holding on to what I want to believe
I can see
But I keep holding on and and on


Thursday, February 2

_doa_

Jika engkau minta satu dunia..
Akan aku cuba..


Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia.


Lagu dimainkan : Terukir di Bintang oleh Yunalis Zarai.
Mood : Berbahasa-bahasa.

Hari yang baik semalam. sedikit tenang. sudah aku mula menjamah nasi lewat malam semalam. sudah aku telan ubat-ubatan yang menjanjikan kesihatan badan untuk mendaki hari-hari seterusnya. sudah aku nyahkan segala perkara yang membuat aku sesak dan kesempitan. hanya mahu mencari sedikit ruang dan masa untuk menyusun atur langkah. harapan aku cuma satu agar badan lemah lesu tiada berdaya jauh dariku. 




"Ya Tuhan Kami, berikanlah rahmat kepada Kami dari sisiMu dan sempurnakanlah bagi Kami petunjuk yang Lurus dalam urusan Kami ini, "


Aminn.









Tuesday, January 31

_gaduh_

Drying up in conversation
You will be the one who cannot talk


Dont leave me high, dont leave me dry..


Song played : High and Dry by Radiohead.
Mood : Stuffy.


Serak-serak basah suara aku tiga empat hari ni. rasa nak terkoyak tekak. apa yang aku belum cuba? namakan saja. naik muak jadinya. sama juga keadaan rumah sementara aku ni. dingin senantiasa. gara-gara hati yang kurang bersih dan mulut yang berbau longkang.


apabila kau ramai kawan, kau bergaduh.

apabila kau kurang senang, kau bergaduh.

apabila gaya serba tak kena, kau bergaduh.

apabila hati dan jiwa tak sebulu, kau bergaduh.

apabila kau lebih meluah dari memendam, kau bergaduh.

apabila kau sangsi cemburu buta, kau bergaduh.

apabila tak sependapat tak sehaluan, kau bergaduh.

kau bergaduh, bila saja kau mahu.


seolah semua yang kau pandang hitam belaka tiada putihnya.

seolah hanya kau yang tegak dan mereka serong semuanya.

seolah mereka semua patung kau saja lurus lagaknya.


penat. muak. dan jelek.

bukan ke bergaduh itu tiada satu pun baiknya melainkan membawa kemudaratan semata?

ada kau fikirkan itu?



TIDAK? ah, maka kau kekal saja lah begitu.


Sunday, January 22

_sesat_

One baby to another says I am lucky to have met you..
I dont care of what you think unless it is about me..

you, you, I like you.

Song played : Drain You by Nirvana.
Mood : Lost.

ngeh. jika mengikut kadar mood aku saat ini, boleh dikira sebagai sesat. ah, SESAT? padahal dari tadi duduk fikir saja. macam mana aku nak mendefinasikan perkataan sesat yang aku maksudkan tadi, aku sendiri kurang pasti. 

aku di bawah. di syurga aku. aku tercanguk sendirian saja kala ini sedang yang lain sudah lama dibuai mimpi nan indah. mungkin lah kot. dang! sejak tadi fikiran aku kosong. tangan meliar melayari segala jenis laman sesawang yang terlintas. tapi tak ada sedikit pun yang menarik perhatian aku. tak ada langsung yang dapat mencuri pandangan aku. tak ada juga yang dapat menangkap perasaan aku. hanya aku dan si biru. kosong. dan kosong.

aku sepatutnya tidur. dan pernyataan ini aku dah sedari sejak tadi. sejak jam 12 tadi. sejak semua ahli keluarga naik menuntun satu sama lain menuju ke kamar masing-masing. kecuali aku. manusia abnormal dan membosankan yang masih setia pada sang malam. hanya aku dan bintang. aku dan malam. 

beberapa jam lagi aku harus bergerak. mencari gadis-gadis kota teman seperjuangan aku zaman remaja dulu. uh ya. aku masih remaja. tapi lebih tepat jika terma 'awal dewasa' digunakan bagi merujuk kepada status aku dan teman-teman lain. rindu benar aku untuk berkumpul dan bergelak ketawa bercanda bergurau senda dengan mereka. entah apa lah cerita kali ini. nah, sebenarnya jika cerita sama diulang berjuta kali pun, aku tak pernah jemu bosan menghadap mereka. mereka teman terbaik yang pernah aku ada. 

sementara kami masih lagi boleh dikategorikan sebagai 'single' walaupun ada diantaranya yang termasuk dalam kumpulan 'not available', baik aku menikmati dan mencipta saat dan detik manis. alamak, makin rancak otak dan makin ligat pula jari aku saling bekerjasama antara keduanya. nampak seperti perasaan sesat aku semakin kelam dan jalan terang aku dan mula kelihatan. dang! 

seketika aku sedih. kemudian terkedu. dan kini aku sendiri jadi tak sabar menanti. lihat saja apa yang bakal aku bicara selepas semua penantian selesai. ayuh ke kotak hijau aku buat masa sekarang.

Tuesday, January 17

_refleksi_

I just cant seem to find a way..
to leave the love behind..

why we have to play these games we play..

Song played : Stuck by Stacie Orrico.
Mood condition : Weird.

mandi sudah. makan sudah. mencuci segala pakaian sudah. melipat dan menyusun atur baju-baju mengikut saiz jenis dan warna juga sudah. memilih dan menggosok semua baju untuk kerja hari esok juga sudah. eh, tipu. sehelai je. sebab itu sahaja yang berkenan di hati buat masa ni. yang lain? dah BOSAN. mahu tidur. mahu normal. tetapi selagi tak menoreh-noreh kertas putih dengan menarah-narah idea dalam kepala, selagi itu hati tak bisa tenang.

***

aku cuma ada satu yang terlintas kala ini. cuma satu perkataan. its reflection. ya, refleksi dalam bahasa melayu. bagaikan cermin. setiap kali melihat, aku seolah-olah terpandang imej serupa. 
gaya dan bicara. 
lagak dan ego. 
riak wajah dan kerut muka.
cara melampiaskan marah melalui pandangan mata.
lebih memilih untuk diam dari meneruskan kata-kata.
bukan kerana menjaga hati atau berselindung kepura-puraan, 
cuma khuatir butir kata lebih berbisa

itu cuma apa yang aku rasa. mungkin sama tapi tak serupa. lumrah manusia, tak pernah sedar keegoan dan sifat antagonis dalam diri. hingga suatu saat, terjelapuk suatu tubuh lain seakan serupa berdepan bertentang empat mata. kita akan berasa bagai berhadapan dengan sebuah cermin. refleksi terhadap kelakuan dan tingkah laku.

mungkin aku perasan.

tapi aku kadangkala dapat merasa. seolah-olah itu adalah refleksi aku. diri aku. yang bisa bikin aku tersenyum sinis menolak jauh-jauh kebenaran yang aku sendiri pasti. mungkin bukan semua. tapi hampir separuhnya. 

aku nampak refleksi aku. 
aku nampak dia. 
aku nampak refleksi aku pada dia. 
aku nampak siapa diri aku bila saja aku nampak dia. 
mungkin aku adalah refleksi dari dia. 
atau mungkin dia adalah refleksi nyata dari diri aku.
ia mungkin menjadi apa saja. 



dan refleksi itu sebenarnya membuat aku terkaku.

Friday, January 13

_mustahil_

smiling right from ear to ear..
almost laughed herself to tears..

and if its not enough, try again, over and over again.

Song played : A Little Piece of Heaven by A7X.
Mood condition : Empty.

Segar dapat bersiram tengah malam. ya, tahu lah tak baik. tapi best kot. ngeh. dari tadi terperap dalam kamar mandi berduyun-duyun idea datang. bermacam tajuk entri terlintas melintas. rasa macam berkobar-kobar tak cukup satu malam. seakan tak menyempat menunggu kerja siap baru meraba-raba si biru ni. rasa macam nak segera hamburkan segala perasaan atas laman sesawang yang satu ni. oh tidak, malang sekali. seusai mandi tadi, capai baju serba merah jambu dari atas ke bawah dan segera duduk di kerusi yang tak seberapa empuknya ni. sentuh tetikus jingga. 

Put on the earphone. both ears. volume turn up to 99%. keep clicking everywhere. anywhere. pick a song. slowly head banging take place. change one song to another. eat some butterscotch bread. sip some homemade hot milo. ready to burst out all the awesome ideas. (I do think its awesome). you dont? I dont care. urghh. its already 2.52am. and DANG! I dont know what to write. I dont have any idea right now. I am totally blank.

Psiko sekejap. kadang-kadang orang kena rasuk pun terspeaking juga. pernah dengar? haa. sama la dengan. ngeh. aku pun tak pernah dengar cerita dongeng sedemikian rupa. awal pagi ni aku cuma nak melahirkan rasa dan keluhan hati aku. dari lima akan menjadi empat. lama-lama tinggal tiga. berdua dan kemudiannya satu. mungkin tak satu yang terakhir tu aku? MUNGKIN. kenapa? aku belum pasti. nanti aku cuba cari jawapannya bila perkara lima menjadi empat itu selesai. atau mungkin juga setelah satu persatu jumlah itu semakin berkurangan baru aku akan mula gelabah katak memandang nun jauh ke depan. suatu saat, suatu ketika dahulu aku pernah terfikir. pernah terbayang. cuma apa yang aku rasa dahulu tak mungkin sama. mungkin rasa itu pernah singgah ala-ala serupa, tapi manakan mungkin pada kadar yang sama. 

Bagi kami jumlah berkurang. pada dia, angka bertambah. asal saja dia bahagia. kami turut gembira. buat aku dan yang lain, mungkin punya impian dan anganan seumpama dia. cuma belum masa. YA, belum tiba waktu. aku sendiri tak dapat membayangkan dan menganggarkan keadaan dan perasaan andai saja saat itu tiba. sumpah, tak tercapai akalku. bagai lagu Ellyana. urghh. aku bukan mengeluh. bukan juga cemburu. ia suatu perasaan kosong yang menarik-narik hati untuk meluahkan sebuah rasa yang teukir di minda dalam bentuk kata-kata. mungkin bukan aku. mungkin bukan mereka yang lain. tapi dia. kerana dia yang telah bersedia. semoga semuanya baik-baik saja. 

Kadangkala aku terfikir, jika kisah hidupku ini bagaikan sebuah novel sebenar bersama hasil nukilan penuh dengan ketelitian pada setiap inci jalan cerita, ingin saja aku selak ke episod terakhir dan helaian penghabisan cerita. aku sendiri tak sabar untuk mengetahui drama tidak bersiri ini. tak perlu aku gigih membaca setiap patah dan membelek setiap helaian. tapi, mana mungkin. tidak mungkin. MUSTAHIL.

Wednesday, January 11

_adil_

you keep on falling
and no one can here you calling
so you end up self destructing

Song played : Ghetto by Akon.
Mood : Fresh.

Ngeh. ada hati nak menaip selepas mandi. dari tadi duduk terpacak tak buat apa pun. kertas berhamburan. rasa hati menggunung nak siapkan lambakan kerja. semacam malas pulak. as expected. dang! esok bila fail-fail kau tersusun cantik sampai kau sendiri dah lupa apa yang kau patut submit, tak payah laa nak sibuk-sibuk emosional di pejabat. cari pasal sendiri. nanti tiba dateline, senyum saja lah pada bos, garu-garu kepala sikit dan jawab, " I'll do it now and put it on your table by today, Mr B!". janji palsu. semua tahu.

Ala, kerja office, di office laa kan? kerja rumah, di rumah. baru lah adil namanya. dalam buku akhlak darjah lima masa sekolah agama dulu pun ada kata, ADIL itu adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. owh, okay. sekarang aku dah jadi tak adil. kain baju menimbun siap dilipat tak reti pulak nak susun. dah nak pindah sangat gamaknya. eloklah, nanti susun terus masuk kotak, bawak balik Punc. kalau dah malas sangat, biar saja lah. nak pakai, cari dari kotak. lepas tu kau porok je balik semua tu dalam kotak. begitulah seterusnya sehinggalah kau temui kotak-kotak kau di rumah sampah kecil depan rumah tu. kau cuba lah. jika kau tak percaya pada kudrat mak kau untuk angkut semua kotak itu ke bawah. *dush*

Letih laa dua tiga minggu ni. badan letih. otak juga. rasanya dah terlalu banyak mengeluh tentang perkara negatif semata. seakan langsung tiada perkara positif dan membahagiakan. siapa kata tiada? ada lah. tapi sedikit sangat sampai tak berapa perasan itu adalah perkara manis. dang! teruk gila. apa yang indahnya? entah. eh, benci betul dengar perkataan 'entah' tu. dengar, baca or sebut. semua tak suka. seakan jawapan endah tak endah. seakan diluah bagi memberi respon sekadarnya pada sebuah penyataan. seakan suatu garisan mendatar di atas sehelai kertas. haihh, entah lah. oopss. sebagai sebuah keluhan tak berkesudahan pun ada. ahh. malas fikir lagi.

Tengok? perkara timbunan dan lambakan kerja pejabat dan rumah yang tertangguh, aku pandang enteng. tidak berbicara lantang atas sesuatu dan menjalankan tanggungjawab terhadap diri sendir dengan baik, aku gagalkan. sentiasa merasa cahaya putih dan memandang gelap hitam pada pandangan cara dan laku insan lain, aku tongkatkan. suatu tika, aku terdetik. bukan aku tak punya masa memperbaiki diri, kelakuan dan tutur kata, tapi sebenarnya aku di antara dan salah seorang manusia yang malas. malas berfikir. malas merenung. malas mengheret sehingga berderet-deret. lebih teruk, bukan aku tak punya masa, cuma aku malas mencari masa. sekaligus ia menjadikan aku manusia paling teruk pada mata aku sendiri. 

Jika kau kekal malas sebegini, jangan kau bentak hidupmu masih sama berlingkar di kaki bukit sedang yang lain sudah mula mendaki. tahniah si kaki bukit! sila kau kemukakan plan B.





Sunday, January 8

_rindu_

malam, kau bawalah rinduku untuk dirinya yang jauh dariku..
hujan, bawa air mataku yang mengalir membasuh lukaku..

Song played : Ombak Rindu by H&A.
Mood : Just okay.
Room condition : Superclean. ;)

Subhanallah. bukan main payah nak menaip walau se entri pun. si biru ni dah lama terbuka. terbiar. teronline senantiasa. tapi jari-jari ni sangat malas memandangkan otak juga semakin lembap saban hari. perut sentiasa lapar rasa nak makan. ala-ala ada rama-rama in my stomach. damn. itu pepatah untuk orang nervous. sekarang aku tak nervous. cuma rindu. rindu yang semakin menyakitkan kala hari berganti hari. buat masa ni, aku terlalu rindukan tiga perkara ini. 

1. Putih.
2. Bau lewat malam dan awal pagi.
3. Zaman belajar. 

Pertama, dah hampir 21 hari putih hilang. gagal dikesan. kehilangannya seakan tiada logika pada mata aku. aku tau ia bukan misteri seekers atau apa. cuma, aku masih belum mampu terima kehilangannya gara-gara kecuaian aku. bukan, aku yakin ada hati yang kurang senang atau mungkin niatnya membalas dendam. bukan aku menuduh tetapi segala sudut dan segi tampak seakan membenarkan rasa hati aku. aku hampir kehilangan kata-kata dan mungkin juga jiwa tatkala tapak yang menempatkan putih itu kosong. putih lesap. hampir tiga tahun setengah aku bersama putih. mana mungkin? aku hanya mampu pasrah. tanpa air mata hingga saat ini. maaf, aku tak mampu redha. kecewa aku bukan kepalang.

Kedua, sudah sekian lama baru minggu ini aku dapat rasa bau malam. perasaan sayu dan hiba kala hari beransur pagi. kota lumpur senyap sunyi. jika di dibanding dengan kehidupan lalu, aku merasai bau ini hampir setiap malam. aku suka suasana hening. aku cinta kesunyian malam. tika itu perasaan tenang berada di tahap tertinggi. aku benci hiruk pikuk. aku bosan dengan kenderaan lalu lalang. kesibukan kota dan manusia mendambakan dunia. jika saja aku dapat merasa ketenangan seumpama ini, tatkala bulan bersinar dan hari menjengah subuh. saat paling indah. aku mengimpikan saat ini dan aku mahu berada di pantai sambil mendongak ke langit mengira bintang. aku rindukan angin malam ditemani bintang terang.

Ketiga, sekarang sudah hampir setahun aku meninggalkan zaman belajar. aku rindu semua kenangan. jika aku amati setiap satu kejadian dalam hidupku sepanjang proses pembelajaran aku berjalan, pasti terlalu minor kumpulan kenangan hitam. terlalu banyak perkara manis. aku masih bisa mengingati setiap detik waktu. aku terlalu rindukan zaman remajaku. bukan lah bermakna aku sudah tua. cuma, bila umur meningkat dan usia menginjak, menembusi zaman awal dewasa ini kadangkala buat aku rasa sesak nafas. tercungap-cungap aku menyusun langkah dan mendaki. aku masih di kaki bukit. masih jauh lagi perjalanan pengembaraan ini. aku terlalu rindu akan hidupku sebagai pelajar suatu masa dahulu. terlalu pantas masa. sehingga suatu saat aku benci melihat jam dan masa berlalu bagaikan air yang terjun terus tanpa pernah naik ke atas dan menoleh lagi. 

perasaan rindu yang mendalam buat aku sakit. sugul saja muka ku setiap pagi bangun untuk bekerja. menarik nafas sedalam-dalamnya, memejamkan mata, aku tahu. aku hanya perlu ikhlas dan meneruskan hidup ini hanya kerana Allah. 

kehilangan putih menyebabkan aku mengalami kesukaran untuk melangkah saban hari ke tempat kerja. gara-gara kerja, aku bangun dan tidur awal setiap malam sehingga jarang sekali aku bertemu bau malam yang aku cintai itu. dan kerana kerja ini, aku semakin merindukan zaman belajar aku. jelas, ia cukup berbeza. rindu. rindu. rindu. perasaan rindu dan kesepian ini kian kerap kali muncul sehingga aku tidak kenal lagi siapa aku yang dulu. hambar dan pudar mungkin ungkapan terbaik bagi menggambarkan perasaan aku kala ini. mungkinkah aku sudah kehilangan nikmat sebuah rasa? tolong jawab aku.